Karipap Pusing

dah lama tak buat karipap pusing....selalunya resepi karipap pusing ni jarang jumpa yg bagi sukatan dgn tepat so bila main agak-agak je tu ,bagi orang yg tak berapa pandai macam maisya ni kadang-kadang jadi elok kadang-kadang tak jadi. Kali ni try resepi dari myresepi sebab dia ada letak sukatan. Hasilnya memang memuaskan hati cuma maisya buat agak tebal dan besar...dapat 16 ketul je utk separuh adunan, sepatutnya boleh dpt dlm 30 ketul kalau ikut apa yg ditulis kat resepi tu....makan seketul pun boleh kenyang. Inti plak guna inti sardin. Tapikan....masa goreng ada karipap yg macam pecah/merekah(?)...pasal apa ek?



Karipap Pusing
lynn @ myresipi.com (Resepi asal diambil dari forum cari)
http://www.myresipi.com/top/detail/167


Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )
*Doh berminyak* :
150 gm (margerin + shortening)... (maisya hanya guna marjerin)
300 gm tepung gandum

*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan) .. (tuang separuh je dulu sukatan air ni dah tambah sikit-sikit ikut keperluan. Maisya kalau tuang semua, doh jadi agak lembik)

Cara-cara
Sila lihat gambar langkah demi langkah di sini: http://www.myresipi.com/top/detail/167


Step 1 : margerine + shortening, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar.

Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh gulungan tikar. Ambil satu doh gulung tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong ,kemudian gulung semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggulung adalah sbyk 2 kali di sini).

Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.

Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.


Ulasan