Coconut Blossom

Ada pelbagai versi resepi ni kat internet , yang Maisya buat ni secara asasnya guna resepi apam mekar kak Liza(berbeza sikit pada kuantiti ovalet yg digunakan) cuma ditambah inti kelapa je. Ini resepi yg dah diolah oleh Lady _Aries dari forum cari.

COCONUT BLOSSOM

Bahan
250 gm gula
2 biji telur sejuk
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml santan / susu cair / susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula, telur dan ovalet sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum dan susu. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan sedikit adunan kedalam acuan kertas. Letakkan inti dan picit lagi adunan ke atasnya.
9. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api yg besar.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan

Inti:
50g gula
125g gula melaka
1 s.k. cornflour dibancuh dengan 50g air
3 helai daun pandan
225g kelapa parut

Bahan-bahan untuk inti hendaklah disatukan lalu dimasak hingga kering.

Ulasan