MYCYBERSALE 2017


Sudah tiba masanya yang ditunggu-tunggu oleh para pembeli online yang tegar!

!!MYCYBERSALE!!



Buat peminat buku, Bookcafe ada tawaran yang hebat sepanjang MYCYBERSALE ini.

Ada FLASH  SALE! Tahun ini mereka menawarkan buku serendah 1 sen senaskah. Saya pernah berpeluang membeli kitab Riyadussolihin dengan harga RM1 sahaja semasa Flash Sale. Kitab ini harga biasanya adalah RM120.

Tetapi bukan mudah sebab terpaksa bersaing dengan beratus-ratus orang untuk merebut buku yang sama dalam tempoh masa yang terhad.

Antara tips yang boleh saya kongsikan untuk Flash Sale ini ialah
1) Pastikan line internet kuat!
2) Login di website Bookcafe siap-siap beberapa minit sebelum Flash Sale berlangsung. Terus pergi ke page Flash Sale dan tunggu page itu diaktifkan.
3) Login website internet banking juga sebab anda akan diminta membuat bayaran segera.

Selamat mencuba!



Ulasan