Catatan

Tuna-Mayo Bun

Imej
Pernah seorang forumer di board FNR, forum.cari.com.my kata, resepi utk roti, pau dan donut ni sebenarnya boleh guna yang sama je cuma cara masaknya je berbeza. Dibakar, dikukus dan digoreng. Mungkin betul kata dia sebab Maisya pernah try guna resepi pau dan bakar...memang ok je jadiknya. Bun yang Maisya buat ni pun menggunakan resepi pau cuma Maisya tambah sebiji telur. Sesiapa nak try inilah resepinya: Tuna-Mayo Bun 2 cawan tepung gandum/tepung roti 1 camca teh instant yis 1/4 cawan gula 1 camca besar minyak/marjerin/butter/shortening 1/2 cawan air suam 1 biji telur( dipukul sedikit ) garam -Larutkan gula dalam air suam -Gaulkan tepung, garam dan yis. -Tambahkan telur dan air gula. Uli hingga jadi doh( doh masih melekit-lekit dan lembik pada peringkat ni ). -Tambahkan minyak/butter/marjerin/shortening. Uli hingga doh licin dan tak melekat di tangan( lebih kurang 30 minit ). -Peram hingga doh naik 2 kali ganda -Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar. -Bahagikan kepada ...

Donut Suria

Imej
Maisya kalau buat donut, kadang-kadang jadik kadang-kadang tak....walaupun guna resepi yg sama....mmm...tak taulah sebab apa, ni gambar masa menjadik elok. Guna resepi donut suria tapi guna 1 sb shortening+2 sb marjerin( sebab shortening tak cukup). Kali ni Maisya tak buat seperti cara yang diberikan dalam resepi. Maisya gaulkan semua bahan kering( tepung, susu tepung, yis, garam ). Kemudian Maisya larutkan gula dalam air suam dan tuang ke dalam adunan kering tadi. Gaul hingga jadik doh, dan baru tambah shortening/marjerin. Uli hingga licin. Separuh Maisya buat bentuk donut biasa dan separuh bentuk bulat. Dah habis bentuk-bentukkan tu terus Maisya goreng( tak de peram-peram dah ). Lepas goreng isikan dengan jem strawberry guna botol sos yg munjung panjang tu. Nampak macam banyak je inti sampai terkeluar padahal inti kat dlm tu secoet je, tak larat nak picit botol sos tu sebab botol tu jenis yg keras sikit. Ni resepi yang asal Donut Suria recipe by: sunsuria33 from board FNR, forum.car...

Puding Roti

Imej
Selalunya Maisya buat puding roti ikut resepi sendiri( tak de sukatan, bubuh je bahan-bahan ikut suka hati...he..he.. ). Kali ni try guna resepi k.Liza sebab ramai yang kata sedap. Maisya ikut bebetul resepi except kismis tu maisya ganti dengan kurma yang dicarik-carik. Adunan roti tu Maisya pukul sampai hancur le roti tu( kalau boleh nak blender tapi masa tu malas plak nak keluarkan blender, basuh,etc ). Hasilnya...memang puas hati la...elok je jadiknya. Sedap makan bila dah disejukkan. Ops! Kuah kastad tu Maisya buat jadik agak cair dan kurang manis sebab Maisya guna fresh milk bukan susu cair. Puding Roti post by hanieliza at board FNR, forum.cari.com.my Bahan: A: 500 ml susu segar/fresh milk 8 keping roti (gardenia/high 5) B: 4 sudu besar gula halus ( boleh tambah lam 1 0r 2 sudu kalau nak manis) 2 sudu besar butter 2 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu besar tepung jagung C: 2 sudu besar kismis hitam CARA: 1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam 2. Puk...

Agar-agar Pelangi

Imej
AGAR AGAR PELANGI sumber: majalah keluarga tahun 80an 15g agar-agar 1400ml air 2 cawan gula pasir 38g gula batu pewarna merah, hijau, kuning 4 keping roti 1 tin susu cair IDEAL 2 biji telur 1 biji limau kasturi, ambil jusnya 1. Bahagi agar-agar kpd 2 bahagian. Masak satu bahagian dgn 600ml air hingga larut. Kemudian, masukkan 1 cawan gula pasir dan 38g gula batu. Masak hingga gula larut. 2.Tapis dan tuangkan agar-agar ke dlm 3 bekas. Warnakan tiap-tiap satu dgn pewarna yg berlainan. Biarkan keras,kemudian parut halus dan campurkan semua warna. 3. Masak baki agar-agar dgn 800ml air hingga larut. Masukkan baki gula dan masak hingga larut. Tapis dan masukkan kedalam periuk lain; ketepikan. 4. Rendam roti dlm susu cair. Pukul telur hingga sebati, kemudian tuangkan ke dlm adunan roti dan kacau rata. Masukkan air perahan limau dan kacau. Tuangkan kedalam adunan agar-agar tadi dan jerang hingga mendidih. 5. Sediakan acuan yg telah dibilas. Masukkan agar-agar yg diparut hingga menutupi bahagia...

Kek Gula Hangus

Imej
Maisya try resepi ni semasa raya haji baru ni...buat utk bawak balik kg. Nasib baik menjadi elok je sebab before ni pernah gak buat kek ni( guna resepi lain ) tapi langsung tak de sarang. Tapi adunan ni tak dapat banyak...next time kena buat 2 adunan sekaligus. Kek Gula Hangus Puan Halimah post by Yume at board FNR, forum.cari.co.my 1 cawan gula 1 cawan air panas 2 sudu besar mentega * Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah bewarna perang, masukkan sedikit air panas( hati-hati kerana dia akan meletup-letup sikit ). Kacau hingga gula larut dan tuangkan baki air panas.Kacau hingga sekata. Tutup api. Masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair. Sejukkan. 4 biji telur 1 cawan susu pekat 1 cawan tepung gandum 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil esen vanila Cara: -Pukul telur sampai kembang & pekat. -Masukkan susu pekat ,kacau hingga sebati. -Masukkan tepung & soda bikarbonat yg telah diayak. -Tuangkan esen vanila. -Masukkan gula hangus. -Perap adunan ini sel...

Tuna-Mayo Spagetti

Imej
Resepi ni from my friend. Masa Maisya pergi rumah dia dulu( masa zaman bujang ), dia masakkan untuk Maisya. Very simple and it tastes good. Syikin, thank you! Tuna-Mayo Spagetti Bahan-bahan: 1 tin tuna mayonis ( Maisya guna brand Ayam ) 2 tangkai cili kering dibasuh, ditos dan dihiris halus ( boleh bubuh ikut suka banyak mana ) 3 ulas bawang putih dihiris nipis( nie pun bubuh ikut anggaran sendirik ) olive oil ( minyak biasa pun ok jer ) spagetti direbus hingga lembut garam dan lada sulah secukup rasa Cara: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang putih agak garing. Masukkan spagetti dan gaul rata. Tambahkan tuna mayonis ,garam dan lada sulah secukupnya dan gaul rata....dah siap!! nota: kalau tak jumpa tuna mayonis yg dlm tin tu boleh gunakan tuna yg dlm tin ( perahkan minyaknya dulu sebelum guna dan hancur-hancurkan isi tuna tu) dan campurkan dgn mayonis...agak-agaklah sukatan mayonis tu sebab kalau banyak sangat nanti spagetti jadik terlalu berminyak!

Mee Bandung Asli Muar

Imej
Maisya try resepi dari Puan Puti Mazura...tengok resepi, dia tulis guna 1 labu bwg putih....takut plak nak bubuh byk tu so Maisya kurangkan sikit. Gula pun Maisya kurangkan. Mee Bandung Asli Muar - mesra.net Kiriman: Puti Mazura Mashudi Sumber: Resepi Asli Muar Bahan-Bahan: 1 kg mee kuning 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 1 labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah ½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) ¾ - 1 cawan gula pasir 3 - 4 cawan air rebusan daging 1 sudu makan sos tiram Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, ...