Kuih Talam

Dah lama tak buat kuih-kuih talam ni...dulu selalu gak buat kuih lapis..sekarang malas sikit...lagipun kuih-kuih macam ni banyak betul guna santan...tu yang malas tu.

Kuih kaswi sebenarnya dah banyak kali buat tapi kadang-kadang jadik kadang-kadang tak...mana taknya, selalu lupa resepi yg mana satu yg jadik dan mana satu yg tak...bila nak buat jenuh gak selongkar file-file resepi tu....yg ni kali ni jadik elok...so better letak kat blog ni, nanti lupa lagi....hu..hu...maisya guna resepi DianaA tapi dah ubah sikit sebab nak buat rasa pandan. Resepi ni ambik kat blog Teratak Chetam.

nie resepi asalnya

KUIH KASWI

sumbangan Diana

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
400 gm gula melaka
200 gm gula pasir
125 gm tepung ubi
1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja
1000 ml air

Cara Menyediakan
Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan. C ampurkan tepung ubi, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi.

Tuangkan kedalam acuan yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam





nie dah dimodified...buat separuh dari adunan yg atas tu

KASWI PANDAN

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh air kapur
500 ml air
Beberapa helai daun pandan

Cara Menyediakan
Masak gula pasir dengan separuh dari jumlah air. Masak hingga gulanya larut. Tapis dan sejukkan. Kisar lebihan air dengan beberapa helai daun pandan. Tapiskan. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, kapur dan air pandan hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi. Tapis adunan jika berketul-ketul.

Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak(lebih kurang 15-20 minit). Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam. Tunggu sejuk dulu baru potong.


Kuih Talam Suji ni pon dah 2 kali buat tapi guna resepi yang berlainan...

yg first ni guna resepi dari buku Aneka Talam & Kuih Lapis kak Liza(Hanieliza).


TALAM SUJI

Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula perang
garam

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

Yang kedua ni resepi kak Liza jugak tapi yg ni ambik kat fotopages kak Liza, lain sikit resepinya dari yang dlm buku tu. Kali ni sebab gula merah tak de so lapisan atas tu bubuh serbuk koko.

TALAM SUJI
http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1086806


Lapis bawah :
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
(maisya letak 1 cawan gula )
1 cawan gula merah
(maisya tak letak, tapi tambah 2 sudu besar serbuk koko)

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

Ulasan