Sotong

Sotong Goreng Tepung
che'iza @ myresipi.com (
http://www.myresipi.com/top/detail/4014)

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.


Sotong Masak Sos Berempah
resepi dari Baiduri Othman di FNR

Bahan2nya:-
1 kg sotong dibersihkan mcm biasa
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit halia
dua tiga sudu besar sos cili
dua tiga sudu besar sos tomato
cili merah
sedikit serbuk ketumbar & serbuk kurma
satu btg serai dititik
garam & gula
bawang besar dihiris

Cara2nya:-
Tumbuk cili merah bersama bawang putih, bawang merah & halia. Lepas tu tumis bersama serai. Kemudian masukkan serbuk ketumbar & serbuk kurma. Tumis hingga masak or brownish in color.
Kemudian masukkan sos cili & sos tomato. Masukkan garam & gula. Bila dah menggeledak baru masukkan sotong & bawang besar, kacau hingga masak. Jika suka boleh bubuh sedikit susu cair.
Lepas tu boleh dihidangkan & ditabur daun sup/daun bawang.

Ulasan

Pinchesska berkata…
salam maisya..

nk tanya..masa goreng sotong tu ada meletop2 tak. Me always takut bab tu..selalu sgt nasib tak baik..sotong selalu meletop2 masa digoreng..maybe tak tos sampai betul2 kering kot..
Maisya berkata…
Index,
tak de plak meletop kali ni...memang kena tos sampai kering
Anonymous berkata…
Asalammualikum,
Macam mana ya nak masak sotong supaya tak liat.

Terima kasih
Maisya berkata…
anonymous,
lepas dah cuci bersih dan potong sotong tu, masak dalam kuali tanpa minyak....biar sampai air yg keluar dari sotong tu kering. Kacau-kacau la sekali-sekala. Lepas tu bila nak masak sambal tumis ke apa, just masukkan last sekali..gaul-gaul dan tutup api.
Tanpa Nama berkata…
Jangan biar atas api lama2..dh masukkn sotong gaul smpai stong jd putih (jgn lana2) pastu terus tutup api :)