Roti ...macam-macam ada..


Mini Loaf Bread
recipe taken from: http://cookpad.com/recipe/641947

300g tepung roti
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar yis kering
1 telur
25g butter - melted
90ml susu suam
90ml air suam

-Campurkan semua bahan kecuali butter dan gaul rata hingga jadi doh.(Air tu jangan tuang semua sekaligus...sebab maisya buat haritu doh jadik lembik sgt)
-Tambahkan butter dan gaul rata.
-Uli hingga adunan elastik (15 minit - atau lebih )
-Peram hingga adunan naik 2 kali ganda
-Tumbuk adunan dan uli sebentar untuk buang angin
-Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, bulat-bulatkan. Rehatkan doh 10 minit.
-Ambil satu bahagian doh dan canai, bentukkan seperti gambar dibawah.


Susunkan dalam loaf pan yang dah digris. Ulang hingga habis semua adunan.
-Rehatkan hingga naik 2 kali ganda dan bolehlah dibakar.Maisya bakar dengan suhu 175C guna api atas dan bawah selama 25-30minit(di rak yg bawah).
-Sebaik sahaja keluar dari oven sapukan permukaan roti dengan butter. Sejukkan di atas redai dan tutup dengan tuala.


***************************************************************************************






Sandwich Bun
idea di ambil dari : http://www.myresipi.com/top/detail/1238

300g tepung roti
1 1/2 sudu kecil yis kering
garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar butter
1 cawan susu/air

-Campurkan semua bahan kecuali butter dan gaul rata hingga jadi doh.
-Tambahkan butter dan gaul rata.
-Uli hingga adunan elastik (15 minit - atau lebih )
-Peram hingga adunan naik 2 kali ganda
-Tumbuk adunan dan uli sebentar untuk buang angin
-Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, bulat-bulatkan. Rehatkan doh 10 minit.
-Ambil satu bahagian doh dan canai. Sapukan butter ditengah-tengah dan lipat dua(rujuk gambar dibawah).



Susunkan dalam loyang yang dah digris. Ulang hingga habis semua adunan.
-Rehatkan hingga naik 2 kali ganda dan bolehlah dibakar.Maisya bakar dengan suhu 175C guna api atas dan bawah selama 15minit.
-Sebaik sahaja keluar dari oven sapukan permukaan roti dengan butter. Sejukkan di atas redai dan tutup dengan tuala.


*********************************************************************************



ni burger bun yg dibuat haritu tapi tak berapa nak naik(masa buat tu cuaca sejuk, hujan so doh lambat sangat naik) ... maisya guna resepi hot dog bun dari Yani di myresipi.com

***********************************************************************


yg ni tiru idea dari fotopages kak MaDiHa tapi ikut resepi sendiri...tiru rupa bentuk je...nanti nak try sepenuhnya resepi dari kak MaDiha tu. Boleh check sini utk resepi dan cara-cara:
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1785774


**************************************************************************

yang kat bawah ni resepi semua campur-campur dah tak ingat guna mana satu...so tgk gambar je la.









*********************************************************************

Nie utk pelbagaikan sapuan utk roti...sapu mayonis dan tabur gula lepas tu bakar...ok jugak rasa dia.

Ulasan

Bal aka Zai berkata…
Kak Maisya..gebu2nya roti.nampak lezat2..sayang Bal x dpt rasa..tengok gambar saja..
Maisya berkata…
Bal,
Nak rasa kena buat sendirilah :)
Anonymous berkata…
salam kak maisya,
saya ni minat sgt buat roti. slalu gak buat. tp knp selalunya roti sy di bhgn atas tu gelap. yg bhgn lain ok. ada tips tak?
soulha,cairo berkata…
salam..waduh rajin tul ler dia membanting..klu zaman2 dulu ada anak dara macam maisya nie sure rajin buat bendang..paling koman pun rajin basuh kainkan...hehehe..gurau2 erkk

sue nk tanya nie..dr pengalaman kak maisya resipi mana yang paling senang dan sedap arr buar roti..kira mcm agak perfect ler..

sbb kita pun buat jgk..tp tkderlah segebu mcm akak nie..nampak tkderlah msk bread softner bred improve ker..tp still gebu..boleh buat panduan. benda alah tu mana nk jumpa kt sini..bkn tkder, cari tk jumpa..hehehe

satu lg , guna tepung biasa ker tepung roti..sllunya orng kata tambah tepung biasa dengan tepung superfine lg okkan..

**
nak balik jgk..InsyaAllah hujung tahun nie....tu soalan bynk skit tu.
umeboshi berkata…
bestnye tengok pelbagai bentuk dan jenis roti ada. sendri buat, puas hati mkn nye,kan?!! uwaaaa...best best!
afiza berkata…
mayzatt... terrornyer bab masak2 nih. apit x tau pun mayzatt suka masak-masak.. next time leh gi umah mayzatt.. nak belajar masak la...
afiza berkata…
mayzatt... terrornyer bab masak2 nih. apit x tau pun mayzatt suka masak-masak.. next time leh gi umah mayzatt.. nak belajar masak la...
Maisya berkata…
anonymous,
dah terlebih masa kot?...guna api atas & bawah ke? Ada orang yg guna api bawah sahaja so boleh try guna api bawah sahaja.

Sue,
resepi yg perfect tu tak sure la plak...yg paling kerap digunakan resepi Tang Zhong method tu, resepi mini loaf yg baru buat ni pun best jugak, resepi roti asas Roshayati RNet.

Maisya pun tak pernah letak segala bahan chemical tambahan tu...rasa tak syok plak letak benda-benda camtu...kekadang cuma tambah baking powder sikit.

Maisya setakat ni pernah 2 kali je kot beli tepung roti...selalunya guna tepung biasa je. Ada satu tips utk menggantikan tepung roti: Untuk 1 cawan tepung roti boleh gantikan dengan 1 cawan tepung gandum tapi keluarkan 2 sudu besar tepung gandum dan gantikan dengan 2 sudu besar tepung jagung/tepung ubi. Maisya dah cuba dan hasilnya memang agak berbeza dari guna tepung gandum semata...cubalah.

Noora,
Memang syok makan hasil buatan sendiri.

Apit,
Saya ni lepas kawin ni la baru start masak macam-macamnya ...zaman Apit kenal saya dulu kat UM tu memang zaman langsung tak masuk dapur...he..he..
Kalau nak datang rumah kena bagi notis at least 24hours tau...umah sentiasa macam tongkang pecah...hu..hu..
MyLilBundle berkata…
wahhhh mcm masuk kedai roti..pilih..pilih.... kalaulaaa kak maisyo dok sblh umah ari2 nk order roti fresh! bestnyerrrr hiduppp :D
Maisya berkata…
shima,
akak buat roti dlm seminggu sekali jer...tak larat le kalau buat tiap hari unless ada breadmaker ke heavy duty mixer.
sue berkata…
Kak maisya...saya try buat roti aritu tp x jdla. Atas roti tu keras. Silap kat mana ek gaknya. Tgk roti akak npk sedap n gebu2 jer. Hehehe...jeles la
Maisya berkata…
sue,
keras kat bahagian atas tu sebab dah terlebih bakar ke? Macamana cara Sue bakar? Setiap oven tak sama...oven akak sesuai guna api atas dan bawah tapi sesetengah oven kena guna api bawah sahaja. Try ubah cara bakar tu. Lagi satu lepas keluar oven terus sapu dengan butter permukaan roti tu.