Apam Gula Hangus

Resepi ini dah jadi resepi favourite maisya...dah banyak kali buat dan jugak diolah jadik pelbagai versi. TQ so much to xette kerana sudi kongsi resepi ni di FNR

APAM GULA HANGUS
recipe posted by xette at FNR

1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 camt soda bikarbonat
1/4 cawan air

bahan gula hangus
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Sediakan gula hangus, biar sejuk. Ayak tepung, susu dan soda sebanyak 2 kali. Pukul telur dan gula hingga kembang, Masukkan air. Tambah gula hangus dan tepung berselangseli dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam acuan yg sudah dilengser dengan minyak. Kukus hingga masak

Ulasan