Kek Lapis
Kek ni sepatutnya dikukus tapi maisya try bakar plak. Ok lah jugak outcome dia...saja tak bubuh warna byk, just adunan plain dgn koko jer. Dia agak kering sikit mula-mula. Lepas semalaman dia jadik lembap sikit.
Setiap lapisan maisya bubuh 5 sudu makan(bumbung) adunan, lepas tu ratakan. First layer bakar pada suhu 150 C, api atas dan bawah selama 15 minit...letak di rak tengah. Layer seterusnya guna api atas sahaja suhu 140 C selama 10 minit, letak pada rak yang bawah sekali. Last sekali tutup dengan aluminum foil dan bakar guna api atas dan bawah 10 - 15 minit, letak di rak tengah. Ambil masa 2 jam lebih untuk siapkan..tapi berbaloi rasanya!
Ulasan