Udon

Alhamdulillah berjaya buat udon sendirik!So semalam buat Kakiage Udon.

Udon
420g Tepung gandum
180g Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar garam
280cc air

-Larutkan garam dalam air.
-Tuangkan sedikit demi sedikit air ke dalam campuran tepung gandum dan tepung ubi sambil menggaulnya dengan chopstick/garfu.
- Satukan adunan hingga jadi doh.
-Masukkan doh ke dalam beg plastik( the best guna plastik beras tu ).
-Alaskan atas plastik tu dengan kain then pijak-pijak hingga leper. Bila dah leper, lipat-lipatkan doh dan pijak lagi hingga leper semula...ulang proses ni about 10 kali. ( Ni cara tradisional buat udon, kalau tak mau pijak guna tangan ler ye )
-Biarkan doh dlm plastik tu dan peramkan 2 hingga 3 jam pada suhu bilik.
-Lepas tu bolehlah gunakan pasta machine tu utk gelek dan potong macam buat mee kuning tu. Kalau nak ikut cara tradisional kena roll then hiris dengan pisau.
-Gunakan tepung jagung atau tepung ubi kentang/potato starch utk handle doh tu semasa menggelek dan memotong supaya adunan tak melekat-lekat.
-Celur udon dalam air yg mendidih( gunakan 1 L air utk 100g udon ). Biarkan beberapa saat dalam air mendidih tu then barulah kacau-kacau udon dengan chopstick/garfu supaya udon tak melekat. Bila air mendidih sekali lagi, kecilkan api dan biarkan lebih kurang 7 - 10 minit
-Basuh udon tadi dengan air ( paling bagus gunakan air yg sejuk ).Toskan udon dan bolehlah dimakan.


Kuah dia just kicap, dashi (guna air rebusan ikan bilis ), gula dan garam. Nie anggaran resepi utk kuahnya…boleh adjust ikut tekak masing-masing ye..

Udon no Tsuyu
900ml air
1 sudu besar gula
Secubit garam
2 sudu besar kicap
segenggam ikan bilis.

Rebus ikan bilis dengan air utk dapatkan stoknya. Tapis dan asingkan ikan bilis. Tambah bahan-bahan yg selebihnya kedalam stok ikan bilis tadi dan renihkan sekejap.

Makan dengan kakiage=mixed tempura. Maisya just guna carrot, kentang dan bawang yg dihiris halus dan goreng dengan tepung tempura. Utk tepung tempura maisya guna resepi dari VIDEOJUG.

Tepung Tempura
250 ml air ais
250g tepung gandum
150g tepung jagung
minyak utk menggoreng

Satukan tepung dan simpan di dalam freezer sekurang-kurangnya ½ jam. Kononnya dengan cara ni tempura akan jadik ringan.
Tuangkan air ais ke dalam campuran tepung dan gaul guna chopstick/garfu jer…gaul sikit-sikit jer tak payah sampai sebati.
Gaulkan sayur-sayuran campur yg nak digunakan( maisya guna carrot, kentang dan bawang yg dihiris halus) dengan tepung sedikit …make sure sayur-sayur tu tak berair.
Ambik sejemput sayur-sayuran campur dan bubuh dalam satu mangkuk. Cedokkan sedikit adunan tepung tempura dan gaul sayur-sayuran tadi.
Goreng dengan minyak yg banyak. Make sure minyak dah betul-betul panas. Jangan goreng banyak-banyak dalam satu masa.
Buat hingga semua habis.

Ulasan

hanny berkata…
aku kalau malas nak masak, tinggal ngan anak2 dok buat udon tenpura jer nih.. tapi aku lebih suka soba dari udon.. budak2 nih lak suka udon.. udon kenyang sket..
Maisya berkata…
memang senang kan nak buat tambah-tambah kalau dok kat sana, semua ingredients senang dapat. Saya dulu masa kat sana kurang berminat nak makan Japanese Food ni...lebih suka pi makan kat kedai pakistan..he..he..