Mexican Bun

Last week buat mexican bun. First try tu tak berapa lawa sebab pi sumbat byk-byk dlm satu tray so dia bercantum, topping pun tak berapa elok ...oven kecik, malas nak bakar byk kali
Oleh kerana topping dia ada lebih so 2, 3 hari lepas tu buat lagi sekali...this time baru nampak lawa sikit.
Tak pernah makan before ni...sedap rupanya mexican bun ni.... boleh buat lagik nanti. Masa bakar tu wangi jer...
Maisya guna resepi ni utk topping dan filling dia. Utk rotinya maisya guna resepi
Roti Blueberry dari Yusnina.

Mexican Bun ( 17 biji bun )
recipe posted by Lilydvalley at http://myresipi.com/top/detail/830

Bahan-bahan
Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar

Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum

Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan

Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
-60 gm mentega

Doh Roti
-Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
-Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
-Masukkan telur dan air/susu segar.
-Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
-Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
-Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
-Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
-Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
-Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan

Ulasan