Ayam Mayonis
Saja mencuba resepi yang lain dari yang lain.
AYAM MAYONIS
http://kacip.blogspot.com/2009/04/ayam-mayonis.html
Bahan-bahan :-
600 gm daging ayam, dipotong kecil
Dimayang/
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
4 sdb cili kisar
2 sdb mayonis
2 sdb sos cili (maisya letak sos tomato)
1 sdb serbuk lada hitam(tak letak)
2 tangkai daun ketumbar, dihiris 2 cm(tak letak)
3/4 cwn air
garam dan gula secukup rasa
*maisya tambah bunga lawang, bunga cengkih, pelaga semasa menumis
*maisya tambah serbuk badam pada langkah ke3
Cara-cara :-
1. Ayam yang telah dibersihkan dilumur garam dan serbuk kunyit lalu digoreng sehingga masak. Tidak perlu sampai garing. Sekadar empuk dan masak sudah mencukupi.
2. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis cili kisar hingga masak dan pecah minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau sehingga rata.
3. Masukkan air, serbuk lada hitam, garam, dan gula [anggaran 1 sdb] kemudian kacau lagi.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan sekejap kemudian tuang sos cili dan mayonis dan terus padamkan api. Kacau dan balik-balikkan ayam sehingga sebati dan mesra.
5. Akhir sekali taburkan daun ketumbar yang dihiris dan kacau-kacau sedikit supaya rata. Sedia untuk dihidangkan.

Ulasan
boleh check resepi dalam kategori ikan dari senarai kat sebelah ni...ada la beberapa resepi ikan kat sana.
kak Zana,
Lebih kurang macam kita letak yogurt la..lemak-lemak, masam sikit. Maisya dah try resepi ayam panggang mayonis kak Zana tu, sempoi tapi best!