Kuih Bom Pisang


KUIH BOM PISANG
resepi oleh Chef Norzailina @ Alaf21

600 g pisang ranum
1 biji telur
120 ml susu segar/santan
60-70 g gula pasir
210-230 g tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Lecek pisang kemudian masukkan telur, susu dan gula. Ayak tepung, soda dan garam ke dalam adunan. Kacau rata. Adunan hendaklah agak keras; jika lembik, bentuknya tidak akan bulat. Biar adunan selama 2 jam kemudian barulah dibentukkan bulat dan digoreng di dalam minyak yg panas hingga keemasan. Toskan minyaknya.

Nota:
Sukatan tepung bergantung pada kelembapan pisang kerana pisang yg terlalu ranum memerlukan tepung yg lebih.

Ulasan