Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2006

BEEF RECIPES

Imej
Daging Masak Kandar DAGING MASAK KANDAR resepi sumbangan crv dari board FNR, forum.cari.com.my Bahan: 1/2 kilo daging di potong besar sikit 2 biji ubi kentang 2 biji bawang besar - dikisar 2 ulas bawang putih-dikisar 2-3 sudu rempah kari ikan Sedikit cili kisar Sedikit daun kari 2-3 asam keping sedikit kicap pekat sedikit air Cara: satukan bawang besar, bawang putih, cili kisar dan rempah kari ikan. kacau hingga sebati. Tumiskan bahan yg telah disatukan tadi bersama daun kari sehingga rempah garing dan naik bau. Masukkan daging dan sedikit air dan sedikit kicap untuk menghitamkan sikit kuah tu juga asam keping. Biar sehingga daging 1/2 empuk dan msaukkan ubi kentang. Masak sehingga ubi dan daging empuk. note: Sedap lauk ni...mula-mula tu risau jugak sebab dlm resepi tulis rempah kari ikan, ingatkan tersilap taip ke apa. Tapi tawakkal saja ikut 100% seperti resepi tu. Alhamdulillah sedap, tak de plak rasa macam lauk kari biasa...Lauk ni sebenarnya digandingkan dengan Nasi Lemak India....

Update Resepi

Imej
Laksam Terengganu First time seumur hidup membuat dan makan laksam Terengganu ni( Maisya kurang arif skit pasal masakan orang pantai timur ni sebab tak pernah sampai lagik ke sana ). Tak tahulah menjadik ke idak laksam yg Maisya buat ni sebab me and hubby dua-dua tak pernah makan laksam....for me dah sedap dah. Laksam (sumbangan Senorita, board FNR forum.cari.com.my) Bahan-bahan 3 cawan level tepung beras 4 cawan air 1 sudu teh air kapur (ambik kapur sket pastu + air, kacau...pastu ambik air dia saja...jgn ambik kapur) 3 sudu besar level tepung ubi 1/4 sudu teh garam Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit. Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus. Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak) Angkat dan gulung kemas-kemas (spt gambar di atas). Buat begini hingga selesai semuanya. Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuan...

Roti Boyan

Imej