Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sayur-sayuran

Kerabu Mangga

Imej
Kerabu Mangga bahan-bahan: Mangga muda bawang merah cili merah/cili hijau/cili api limau kasturi udang kering kelapa parut kacang tanah gula  garam cara-cara: -udang kering dibasuh dan direndam seketika, toskan. Sangai(goreng tanpa minyak) udang kering hingga garing. Tumbuk hingga lumat. -kacang tanah disangai dan kemudian ditumbuk kasar. -kelapa parut disangai hingga perang kemudian ditumbuk lumat. -mangga dihiris halus -bawang merah di hiris nipis -cili dihiris nipis -ambil air perahan limau kasturi -gaulkan kesemua bahan hingga sebati *maisya tambah sedikit daun pegaga yang dihiris halus 

Hash Potato

Imej
First time menjadik buat hash potato ni. Sebelum ni dah try 2,3 kali resepi yg lain tapi tak menjadik.....kali ni sgt happy sebab dgn resepi yg sempoi menjadik jugak akhirnya hash potato ku~ Resepi dari cookpad.com Hash Potato ( menghasilkan 4 ketul saiz 5x5 cm ) http://cookpad.com/recipe/157692 2 biji kentang( lebih kurang 300g ) sedikit garam Kentang dibasuh bersih-bersih kemudian baru dibuang kulitnya. Selepas dibuang kulit jangan bagi kena air( jangan bilas etc ). Potong kentang dengan saiz yg bersesuaian agar senang nak masuk dlm food processor. Ambil 1/3 dari kuantiti kentang dan masukkan dalam food processor. Kisar hingga halus. Masukkan baki kentang dan juga sedikit garam. Kisar lagi tapi biar agak kasar, tak perlu sampai halus. Ambik sedikit dan bentukkan mengikut kesukaan; nak buat bulat ke, 4 segi ke tak kisahlah. Kalau boleh masa nak bentukkan ni kita buat macam buat daging burger iaitu kepal dan baling-baling antara dua tangan supaya kentang tu mampat tak de ruang antarany...

Kerabu Pucuk Paku

Imej
Kerabu Pucuk Paku http://aziancollections.blogspot.com/2009/09/kerabu-pucuk-paku.html 1 Ikat pucuk paku 2 Genggam taugeh Sebiji limau nipis 4 Sudu besar santan pekat 1/2 Kilo kerang (rebus sebentar & buang kulit) 3 Sudu besar kerisik Gula dan garam DITUMBUK 3 Biji cili merah 3 Biji cili api (tambah jika ingin pedas) 4 ulas bawang merah 2 Sudu besar udang kering (disangai) CARA MEMBUAT:- 1. Celur pucuk paku dan taugeh berasingan sebentar sahaja. 2. Satukan semua bahan dan perahkan limau. Gaul rata dan hidang

Cendawan Goreng

Imej
Resepi ni lebih kurang sama dengan yang maisya pernah letak sebelum ni: http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/07/cendawan-goreng-celup-tepung.html Dalam gambar ni yang kat belah atas tu bukan pisang goreng ye...he..he..tu fillet ikan. Cendawan Goreng http://nasron.wordpress.com/2007/11/20/resepi-terbaik-cendawan-goreng-yang-enak untuk lebih kurang 300 gm cendawan tiram - dicarik-carikkan kecil 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung beras 1 sudu teh garam (atau secukup rasa) 2 sudu besar air kapur 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu besar air/jus limau nipis@kasturi@lemon/cuka 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar ketumbar 1 sudu teh jintan kasar jintan manis, ketumbar dan jintan kasar sangai (goreng tanpa minyak) dalam 5 minit. lepas tu blender. masukkan semua bahan2 tu dalam mangkuk besar dan tuang air sikit demi sedikit. kacau. tambahkan air dan kacau lagi. begitulah hingga dapat kepekatan / kecairan yang sesuai. Cara Menggoreng; minyak kena banyak dan PASTIKA...

Cheesy Wedges

Imej
POTATO WEDGES http://zaliana.blogspot.com/2009/05/cheesy-wedges.html kentang (jenis kulit merah lebih gebu) air untuk merebus tepung berperisa(tepung goreng ayam tu) serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) minyak utk menggoreng Cara-cara Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....! Sos Keju http://amal5041.fotopages.com/?entry=1985098 200gm shredded cheddar cheese yg warna orange (maisya guna yg warna kuning je) 1 sudu besar butter 1 sudu besar tepung 50 m...

Bubur Lambuk

Imej
Antara menu wajib bulan puasa kan...kadang-kadang surau kat sini pun ada buat tapi kalau buat sendiri boleh la makan byk sikit. Kalau dulu mak selalu masak kanji (bubur nasi) ni kosong je...lepas tu makan dengan kerabu taugeh. Kali ni maisya makan dengan kerabu kacang botol BUBUR LAMBUK quinnie @ myresipi http://myresipi.com/top/detail/5478 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan) 1 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar minyak masak (minyak masak / minyak kelapa) 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga daging segenggam udang kering 2 helai daun pandan 1 sudu kecil halba 1 sudu kecil jintan kasar 1 biji bawang besar - hiris 3 biji bawang putih - hiris 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis 1 sudu kecil serbuk lada hitam 2 cawan santan pekat 6 biji bawang merah - buat bawang goreng daun sup dan daun bawang garam secukup rasa air secukupnya Cara-cara -panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang pu...

Tempe Goreng Berempah

Imej
Selalu goreng dengan garam kunyit je...kali ni buat yg lain sikit...jumpa resepi ni kat fotopages Shima. Sambal kicap tu tak buat pun sebab malas. TEMPE GORENG BEREMPAH resepi asal: majalah saji/Kak Muza (FRD) http://shima27.fotopages.com/?entry=1560743 6 keping tempe - dipotong 10 ulas bwg merah - ditumbuk/kisar 3 ulas bwg putih - ditumbuk/dikisar 125gm rempah kari daging 1 sudu teh perencah ikan bilis (maisya tak letak) 60gm tepung jagung 1 sudu besar cili kisar garam sedikit air 500gm minyak masak (utk menggoreng) sambal kicap: 5 tangkai cili merah - ditumbuk/dikisar 3 tangkai cili padi - ditumbuk/dikisar 125gm kicap pekat 5 sudu kecil gula - adjust ikut rasa 3 sudu kecil sos cili & sos tomato - adjust sendiri ** kicap cair secukupnya – kalau perlu CARA: 1. satukan bhn2 kisar/tumbuk dgn rempah kari, perencah ikan bilis, tepung jagung, air & garam..gaul rata & adunan mesti pekat 2. ambil tempe & celupkan/sapu rata dgn pes...perap seketika 3. panaskan minyak...goreng ...

Cendawan Goreng Celup Tepung

Imej
simple je resepi ni, belajar dari mak & adik maisya haritu masa balik kg. Before ni selalu buat jadik lembik je cendawan tu, kali ni memang rangup...tapi tak tau le next time buat boleh menjadik ke idak sebab resepi tak de sukatan, Cendawan Goreng Celup Tepung Cendawan tiram-dibersihkan dan toskan, lap bagi kering kalau lembap sangat tepung gandum tepung beras tepung jagung air kapur garam rempah(ikut suka nak letak apa, kari ke..maisya letak rempah masala) air Semua bahan-bahan(kecuali cendawan) digaul sebati. Nisbah setiap tepung tu maisya letak sama byk je setiap jenis. Adunan ni jangan terlalu cair. Celup cendawan dalam adunan dan goreng hingga garing.

Lauk-pauk

Imej
Resepi ni dapat dari rancangan memasak kat tv masa kat jepun, tapi dlm rancangan tu dia guna mugi-cha(barley tea)...kali ni maisya just guna teh biasa...jap...apa...erk nak bagi nama kat resepi ni? Daging Rebus Teh Bahan-bahan: Daging(biar seketul besar je, tak payah potong-potong) Teh uncang or serbuk Air Cara-cara: Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan uncang teh( teh ni kena pekat so guna 2 atau ikut le byk mana air yg guna ). Biar beberapa minit. Masukkan daging dan masak hingga daging masak dan empuk. Maisya guna pressure cooker so cepat je. Bila dah masak, toskan airnya. Hiris-hiris nipis daging tu dan bolehlah makan dengan apa-apa sos yg kita suka contohnya air asam, sesame seed dressing, etc. Sesuai utk makan dengan daging atau sebagai salad dressing Goma-dare( Sesame Seed Dressing) http://cookpad.com/recipe/268341 30g bijan 1/2 labu bawang besar 1/2 batang lobak merah 1 ulas bawang putih 350ml vegetable oil 100ml cuka 130ml kicap 50g gula(kalau guna kicap manis,...

Coleslaw

Imej
Inilah first time cuba buat coleslaw...tak sangka jadik sebijik cam yg makan kat KFC tu..Kalau ikut resepi, semua bahan dicampur sekali, tapi Maisya buat asing-asing. Tak campurkan sayur dan sos tu sekaligus sebab Maisya prepare agak awal. Dalam sejam before makan tu baru Maisya gaulkan semua sekali. Natural yogurt tu Maisya guna susu cair yg diperahkan jus limau nipis dan dibiarkan dalam 5 - 10 minit, then kacau rata. CRUNCHY COLESLAW Kiriman: noormasri, board FNR, forum.cari.com.my Bahan-bahan: 1/2 biji Kobis bulat } dihiris halus 1 btg lobak merah } dicincang halus 1 labu bawang besar} dicincang halus 6-8 sudu besar mayonis 6-8 sudu besar natural yogurt garam secukupnya serbuk lada hitam Cara membuat: Campurkan semua bahan didlm mangkuk, gaul sebati.Sedia dihidangkan

Creamy Potatoes

Imej
Resepi ni dicuba sebab masa tu bahan-bahan ni jer yang ada kat rumah...simple tapi mengenyangkan. Maisya ikut sebijik cam resepi cuma tak bubuh dill sebab tak de dan Maisya tambah grated cheese kat atas tu. Susu tu Maisya pakai susu cair. Creamy Dill Potatoes Post by: speedial, board FNR forum.cari.com.my Source: RecipeZaar A creamy, tasty potato dish that can be made ahead and baked when ready to serve. Ingredients: 4 medium potatoes 2 tablespoons melted butter 2 tablespoons flour 1 cup milk 1/2 cup mayonnaise 1/4 teaspoon pepper 1/4 teaspoon salt 1/4 teaspoon dry dill weed (ni tak tau ape benda nya maybe sejenis rumpai kot) Method: Boil potatoes until almost done, then peel and dice. Spread potatoes out evenly into casserole dish. Mix together butter, milk and flour and bring to a boil, whisking constantly. Cook for 1 minute more, then remove from heat. Add mayonnaise and rest of ingredients and mix. Pour mixture over potatoes in casserole. Sprinkle paprika and additi...

VEGETABLES

Imej
Pajeri Nenas First time masak pajeri nenas ni...guna resepi forumer MAKLANG dari board FNR forum.cari.com.my . Maisya pilih resepi ni dari banyak-banyak resepi tu sebab resepi ni tak guna santan....Masa rebus nenas tu Maisya tak tambah gula pun. Maisya guna jintan dlm bentuk serbuk so tak payah kisar dah. Pajeri Nenas Bahan(sendiri sukatlah ya): Nenas - (dipotong dan direbus sekejap, tambah sedikit gula), bila dah masak, toskan airnya. Bahan Kisar:- Bwg merah Bwg putih Halia Udang kering Jintan halus Jintan kasar Bahan Lain :- Kerisek Gula merah Kulit kayu manis,bunga lawang, daun kari Kari daging Air asam jawa Cili merah dibelah 2 Cara 1. Tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis,bunga lawang dan rempah kari yang digaul dengan air. 2. Masukkan kerisik dan nenas dan kacau. 3. Masukkan garam serta gula merah sedikit dan udang kering (ikut suka berapa ekor nak letak) 4. Masukkan sedikit air asam jawa,biar sampai pekat dan naik minyak 5. Campakkan cili merah dibelah 2 tadi. Pecal Curried Roa...