Cendawan Goreng Celup Tepung
simple je resepi ni, belajar dari mak & adik maisya haritu masa balik kg. Before ni selalu buat jadik lembik je cendawan tu, kali ni memang rangup...tapi tak tau le next time buat boleh menjadik ke idak sebab resepi tak de sukatan,
Cendawan Goreng Celup Tepung
Cendawan tiram-dibersihkan dan toskan, lap bagi kering kalau lembap sangat
tepung gandum
tepung beras
tepung jagung
air kapur
garam
rempah(ikut suka nak letak apa, kari ke..maisya letak rempah masala)
air
Semua bahan-bahan(kecuali cendawan) digaul sebati. Nisbah setiap tepung tu maisya letak sama byk je setiap jenis. Adunan ni jangan terlalu cair.
Celup cendawan dalam adunan dan goreng hingga garing.
Ulasan
cendawan ni memang besh goreng,,adunan tepung tuh,memang ala2 tempura tuh,tepg gandum+tepung beras+tpg jagung.(kata omputih dlm show kt sini la) pastu cicah dgn sambal kicap..fullamak..alamak...kemain ckp,bukannya buleh buatpun kt sini..hihi
tak pernah beli lagi tepung tenpura, ok ek? Ada jenama yg best ke?
ct,
kat sana tak de jual cendawan ni ke? dulu pernah tengok kak noormasri masa dia dok uk,dia goreng button mushroom tu syle cam ni.
cendawan masia best2..sini cendawan butang nk celup tepung camnooo... x best lgsung!!
tak pa..slow-slow belajar
shima,
ha..ha..tak dapat le nak tolong...