Friday, July 18, 2008

Acar Ikan Tenggiri


Resepi ambik kat fotopages maklang ,kurangkan cili sebab anak-anak(& hubby) tak tahan pedas.

Acar Ikan Tenggiri
Sumber : Variasi Masakan Mami-Hjh Fadhilah Hanoum
http://ulampegaga.fotopages.com/?entry=1172570

Bahan
2 keping ikan tenggiri – gaul ngan kunyit & garam. Goreng jangan terlalu garing.
2 biji bawang besar – dibelah 4
3 biji cili merah – dibelah 2
1½ cwn air
7 sm minyak goreng ikan tadi
1 sm gula
2 st cuka masak

½ st jintan manis }
½ st jintan putih } disangai & ditumbuk halus
2½ sm ketumbar }

Garam

Bahan Kisar :
10 cili kering
4 biji bwg merah
4 biji bwg putih
Kunyit hidup
Halia

Cara
Satukan bahan kisar dengan ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga sebati. Tumiskan dalam kuali dan goreng agak lama hingga garing.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rempahnya wangi.
Kemudian, masukkan ikan goreng, bawang besar, cili merah, cuka, gula dan garan…kacau rata hingga elok pekatnya…tutup api.

1 comment:

akakerin said...

Ni akak nak tegur jugak.Apa habaq pagi ni?