Produk dari Kacang Soya

Nie macam-macam eksperimen yg dibuat guna kacang soya. Haritu dah berjaya buat air soya, tauhu dan jugak okara cookies. Baru-baru ni buat lagi air soya.. so selain dari diminum, ni antara yg berjaya dihasilkan...



Tauhu Telur..resepi dah pernah letak dah. Dulu cuba buat guna air soya dlm kotak tu so kali ni try guna air soya homemade ni plak...seperti biasa, susah nak tanggalkan dari acuan...ingat nak alas dengan plastik tapi takde plastik yg tahan panas tu...kat mana ye nak beli?...mm...tak cantik so potong macam-macam bentuk jadiknya..janji boleh makan...ni goreng dan campur sekali masa masak sayur campur.




Lepas tu tangan ni gatai plak nak try buat fucuk( betul ke ejaan ni?...dalam bahasa jepun panggil yuba). Tengok cara macam senang so try le jugak buat tapi buat sikit je...sebabnya proses nak buat benda ni lama....kalau buat byk tak larat le plak,lagipun nak try je...lain kali boleh buat byk-byk plak. Tak sangka gak boleh jadik....dapat sikit je so campur jugak dlm sayur campur sekali dengan tauhu telur tadi. Nie cara nak buatnya, senang je cuma ambik masa sikit.


Homemade Fucuk

Panaskan air soya secara double boil supaya kerak tak terhasil. Seeloknya guna periuk yg bermulut besar dan periuk yg tak tinggi supaya senang nak kaut fucuk tu nanti. Maisya letak air soya tu dalam pinggan kaca je( sebab buat sikit so oklah )..lepas tu pinggan kaca tu letak plak atas periuk yg diisi air. Gunakan api yg sederhana...kacau susu soya tu sekali sekala. Bila air dalam periuk tu(periuk bahagian bawah tu) dah mendidih stop kacau dan biarkan hingga nampak macam ada selaput terbentuk dekat permukaan air soya tu(ambik masa lebih kurang 10 minit)...macam dalam gambar ni


Untuk cepatkan proses, kipas sikit bahagian permukaan air soya tu. Bila nampak macam selaput tu dan agak besar, ambik lidi dan angkat perlahan-lahan selaput tu. Ulang lagi proses macam di atas..iaitu tunggu hingga selaput terhasil dan angkat...buat le sampai habis.

Terpulang samada nak keringkan fucuk tu or nak guna terus. Maisya biar dia tersidai je sementara habis buat semua tu.

Lepas tu bolehlah tanggalkan dari lidi tu( dia akan melekat sikit kat lidi tu, just lurutkan je bagi dia tanggal ).

Bila buat air soya, semesti akan terhasil jugak okara(hampas soya)...sebenarnya dah cuba beberapa resepi yg guna okara ni tapi setakat ni yang paling sedap okara cookies haritu..yg lain tu biasa-biasa je dan ada jugak yg tak sedap langsung... tekak tak berapa boleh nak terima, dok baca review orang-orang jepun tu kata sedap je...tak taulah kot okara yg dijual tu tak sama rasa dengan yg homemade ni( kat jepun ada jual kat kedai, okara ni samada yg mentah atau powder )...kalau sebagai bahan sampingan ok lagi tapi kalau resepi yg guna okara sebagai main ingredients tu tak berapa ok bagi maisya...cookies haritu sedap maybe sebab dah disangrai dan dikisar halus dulu sebelum guna....mmm...so maybe boleh sangrai dulu dan kisar okara ni before guna utk resepi yg lain.

nie maisya letak resepi yg quite ok je la...tapi maybe lepas ni pikir 2,3 kali jugak kalau nak buat pun...ha..ha..tak pe boleh guna okara ni buat mask kat muka macam
balquen..haritu maisya guna utk scrub seluruh badan..tak de la rasa membazir.. dari buang macam tu saja.

Yang ni ok jugak sebab tak guna byk sgt okara tu


Okara & Potato Nugget
http://cookpad.com/waoneo/recipe/291502/

50g okara

4 biji kentang

2 sudu besar mayonis

4 sudu besar plain yogurt( atau mayonis )

garam, lada sulah

60g tepung ubi(kalau ada tepung ubi kentang guna yg tu kalau tak ,guna tepung ubi kayu je)

Rebus kentang sampai empuk dan lecekkan, tambah semua bahan yg lain dan gaul rata. Ambil sedikit dan bentukkan ikut suka(bulat ke, 4 segi etc). Buat sampai habis. Goreng dengan minyak yg banyak. Makan dengan sos.

*tambah kuantiti tepung jika adunan terlalu lembik.


Okara Korokke (croquette)

okara

bawang besar dicincang

serbuk kari

garam

untuk salut:

telur

breadcrumbs

Okara mentah tu ratakan dalam dulang oven dan dipanaskan sebentar dalam oven (suhu 160C selama 15 minit, separuh masa tu keluarkan dan gaul rata, sambung bakar)

Gaul semua bahan, tambah susu/air jika adunan terlalu peroi. Bentuk-bentukkan.

Celup dalam telur dan golekkan dalam breadcrumbs. Goreng dengan minyak yg banyak.

Ulasan

tuan umah berkata…
kita suka sgt tauhu telo ni...tp mhl sgt kt sini.kalau lapik greaseproof paper (mcm kertas minyak putih) ok ke kak maisya?
shima berkata…
bguihnyerr kak maisya...resepi yg dinanti2kan sudah tiba...masakan berasaskan okara...pasni xlaa membazir mcm2 buleh buat rupernyerr mmg kreatiflaa kak maisya nih :)
hanny berkata…
fucuk tu yuba ek dalam nihongo. Tak tahulah pulak. Hari tuh kohai tanya ada tak fucuk kat nihon, tapi aku pun tak tahu.Lepas nih bolehlah cari.
Bal aka Zai berkata…
wah..kak Maisya eksperimen yg unik...
Maisya berkata…
ct,
kalau kertas tu tak koyak kalau basah ok kot...

shima,
akak pun ikut resepi orang je bukan reka sendiri pun

hanny,
haah...yuba namanya tapi tak tau la ada ke jual kat suupa ek? tak pernah ternampak plak...lagipun nihonjin selalu makan yg fresh punya bukan yg kering tu.

bal,
he..he..saja je mengisi masa lapang...
ciku_nunu berkata…
perghhhh!! tabik toing2 sebab buat fucuk sendirik!! ni la 1st time tengok....
Maisya berkata…
ciku_nunu,
lama tak nampak nunu kat fnr...saja je cuba-cuba buat fucuk tu. Maisya ada letak link blog nunu kat blog ni, nak belajar edit gambar tapi tak terbuat-buat gak lagi...hu..hu..