Homemade Peanut Butter
Senang rupanya nak buat peanut butter di rumah. Beli yang dah siap di kedai sebenarnya lagi senang...tetapi kadang-kadang datang kerajinan nak bereksperimen di dapur. Ini hasil eksperimen baru-baru ini setelah membaca beberapa resepi di internet dan juga menonton video di youtube. Mentega Kacang Bahan-bahan yang perlu: 2 cawan kacang tanah 2 sudu besar minyak sedikit garam(kalau mahu) K acang tanah dipanggang( atau goreng tanpa minyak).Bersihkan kacang daripada kulit/selaputnya tu. Kisar semua bahan sampai halus dan berkrim. Kena sabar sikit masa mengisar tu sebab ambil masa dan kena selalu berhenti-henti dan kacau bagi rata. Bila rupa dah jadi macam peanut butter yang dijual tu dah siap la maknanya. Boleh ditambah coklat, atau apa-apa yang disukai. tips: 1)Masa mengisar tu kita kisar jangan lama-lama terus-menerus. Kisar beberapa saat, berhenti. Kisar lagi, berhenti....ulang-ulang proses ni sampai siap. Masa berhenti tu kacau-kacau sikit sup...