Rojak India/Pasembor




Sebelum ni dah pernah buat pasembor ni tapi guna resepi campur-campur...kali ni try guna sepenuhnya resepi dari alaf21 ni. Kuah dan cucur keras tu ok tapi cucur lembut tu tak berapa jadik...dia jadik liat ler....maybe cara maisya yg salah tapi next time kalau nak buat maisya akan guna resepi cucur yg biasa maisya buat je, tak guna telur.

ROJAK INDIA
sumber resepi: PUAN NORZAILINA NORDIN -alaf21

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Bahan Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

Ulasan