Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Kek- pelbagai dekorasi

Imej
Sudah menjadi seakan suatu kewajipan bagi Maisya untuk buat kek semasa hari jadi anak-anak. Ini kek hari jadi yang dihasilkan sepanjang tahun 2016. Semakin lama dekorasi menjadi semakin simple, tidak seperti dahulu....hu..hu..hu..

Tudung Sekolah

Imej
Ada yang sudah mula buat persiapan untuk musim persekolahan tahun hadapan? Kali ini Maisya mahu memperkenalkan tudung sekolah jenama Tudung Si Comel . Sehingga 15 Oktober nanti ada promosi potongan harga untuk pembelian tudung sekolah. Harga jualan yang biasa adalah RM16.90 tetapi untuk tempoh promosi ini harga akan menjadi RM13.90 sahaja sehelai. Jimat RM3! Tudung Si Comel bukan hanya menjual tudung sekolah putih tetapi pelbagai warna. Warna biru pengawas, tudung kelabu untuk Pengakap, tudung merah jambu untuk Puteri Islam dan banyak lagi. Kalau nak cari anak tudung pun ada juga. Anak-anak Maisya memang pakai anak tudung daripada Tudung Si Comel . Sudah beberapa tahun, masih elok lagi. Boleh klik gambar di bawah untuk pergi terus ke laman  web Tudung Si Comel .

MYCYBERSALE 2017

Imej
Sudah tiba masanya yang ditunggu-tunggu oleh para pembeli online yang tegar! !!MYCYBERSALE!! Buat peminat buku, Bookcafe ada tawaran yang hebat sepanjang MYCYBERSALE ini. Ada FLASH  SALE! Tahun ini mereka menawarkan buku serendah 1 sen senaskah. Saya pernah berpeluang membeli kitab Riyadussolihin dengan harga RM1 sahaja semasa Flash Sale. Kitab ini harga biasanya adalah RM120. Tetapi bukan mudah sebab terpaksa bersaing dengan beratus-ratus orang untuk merebut buku yang sama dalam tempoh masa yang terhad. Antara tips yang boleh saya kongsikan untuk Flash Sale ini ialah 1) Pastikan line internet kuat! 2) Login di website Bookcafe siap-siap beberapa minit sebelum Flash Sale berlangsung. Terus pergi ke page Flash Sale dan tunggu page itu diaktifkan. 3) Login website internet banking juga sebab anda akan diminta membuat bayaran segera. Selamat mencuba!