Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Salam Aidilfitri

Imej
Selamat Hari Raya dan Maisya minta maaf jika ada salah dan silap.

Lamanya tak update blog ni....Baby Aisyah pun dah nak masuk 2 bulan. Sempat jugaklah buat 4 jenis biskut utk hari raya tahun ni. Buat yg senang-senang je.

Kek buah ni senang je cara nak buatnya dan alhamdulillah hasilnya pun sedap. First time sebenarnya cuba buat kek buah. Resepi ni Maisya ambil di FNR(forum cari) tapi asalnya dari Kak Nur RN (Resepinet)

KEK BUAH MUDAH

BAHAN-BAHANNYA:

2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 1/2 CAWAN GULA
1 CAWAN AIR SEJUK
2 BIJI TELUR
250 GM MENTEGA
2 CAWAN MIX FRUIT
2 SUDU KECIL BICARBONATE
1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR (maisya tak letak)
SEDIKIT GARAM

CARANYA:

1. AYAK TEPUNG DAN AMBIL SEGENGGAM DAN GAUL BERSAMA BUAH DAN LETAK TEPI.
2. AMBIL 3 SUDU GULA (DARI 1 1/2 CAWAN TU) DAN BAKAR DALAM PERIUK UNTUK JADIKAN
GULA HANGUS DAN MASUKKAN AIR DAN KACAU.
3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI MENTEGA, GULA, GARAM DAN MIX FRUIT KE DALAM PERIUK TU. BILA GULA DAN MENTEGA DAH CAIR, MASUKAN BICABONATE DAN CREAM OF TARTAR…