Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya dan Maisya minta maaf jika ada salah dan silap.

Lamanya tak update blog ni....Baby Aisyah pun dah nak masuk 2 bulan. Sempat jugaklah buat 4 jenis biskut utk hari raya tahun ni. Buat yg senang-senang je.

Kek buah ni senang je cara nak buatnya dan alhamdulillah hasilnya pun sedap. First time sebenarnya cuba buat kek buah. Resepi ni Maisya ambil di FNR(forum cari) tapi asalnya dari Kak Nur RN (Resepinet)

KEK BUAH MUDAH

BAHAN-BAHANNYA:

2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 1/2 CAWAN GULA
1 CAWAN AIR SEJUK
2 BIJI TELUR
250 GM MENTEGA
2 CAWAN MIX FRUIT
2 SUDU KECIL BICARBONATE
1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR
(maisya tak letak)
SEDIKIT GARAM

CARANYA:

1. AYAK TEPUNG DAN AMBIL SEGENGGAM DAN GAUL BERSAMA BUAH DAN LETAK TEPI.
2. AMBIL 3 SUDU GULA (DARI 1 1/2 CAWAN TU) DAN BAKAR DALAM PERIUK UNTUK JADIKAN
GULA HANGUS DAN MASUKKAN AIR DAN KACAU.
3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI MENTEGA, GULA, GARAM DAN MIX FRUIT KE DALAM PERIUK TU. BILA GULA DAN MENTEGA DAH CAIR, MASUKAN BICABONATE DAN CREAM OF TARTAR. KACAU-KACAU SEBAB IA AKAN MERUAP BILA KITA MASUKKAN BICABONATE TU. SUPAYA ADUNAN TAK KELUAR DARI PERIUK...GUNA PERIUK YANG TINGGI LEBIH KURANG 7 INCI.
4. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN SEBENTAR (AGAK-AGAK 10-15 MINIT).
5. MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SEBATI. PECAHKAN TELUR DALAM MANGKUK DAN KACAU-
KACAU (TAK PAYAH PUKUL SAMPAI NAIK) DAN MASUKKAN KE DALAM ADUNAN DAN KACAU
HINGGA SEBATI. KALAU ADUNAN LEMBIK SANGAT TAMBAH TEPUNG DAN KALAU TERKERAS TAMBAH AIR. ADUNAN NI TAK BOLEH CAIR....KALAU CAIR NANTI BUAH MENDAP KE BAWAH...PANDAI-PANDAI AGAK LA YE...
6. PANASKAN OVEN DULU DALAM 170 F . MASUKKAN ADUNAN DALAM ACUAN YANG DISAPU NGAN BUTTER DAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DAN BAKARLAH SEHINGGA MASAK (LEBIH KURANG 1 JAM)

NOTA: KEK BUAH NI KENA BIAR 1 HARI BARU SEDAP DIMAKAN


Biskut choc chip resepi daripada kak Liza. Dah pernah buat dulu dan resepinya boleh tgk di sini:
Biskut Choc Chips Rangup.

Tergoda dgn biskut ni bila nampak gambarnya di fp kak Rinn so cuba buat jugak.

DARK PIPING
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1896699

Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm gula castor
1 biji putih telur
1 tsp madu
250gm tepung gandum
80gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1/4 tsp baking powder
Secubit garam

Bahan Hiasan :
100gm coklat putih, dicairkan secara double boiler
50gm badam cincang, dipanggang dlm oven atau digoreng tanpa minyak hingga kekuningan

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum, tepung naik sendiri, baking powder dan secubit garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega, gula, putih telur dan madu hingga sebati.
*Tidak perlu pukul mentega dll sampai kembang mcm buat kek nanti biskut akan jadi terlebih rapuh dah mudah pecah. Cukup sekadar sebati dan rata. Pukul dengan spatula atau mixer ok.
3. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan mentega. Kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Tak perlu uli lama-lama.
4. Ambil sedikit adunan, masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga membentuk seperti di gambar.
5. Lengserkan loyang dengan mentega. Susun biskut dan bakar pada suhu 170 darj cel selama 12min - 15min.
6. Sejukkan di atas dawai penderai.
7. Celup hujung biskut dalam coklat putih dan taburkan badam cincang. Biarkan sehingga coklat mengeras, kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

Masa celup hujung biskut tu, cuma celup bahagian sebelah atas sahaja dan tabur badam cincang. Kalau celup sepenuh-penuh hujung dan celup dalam badam, nanti habis lebihan coklat putih menitis2 dalam mangkuk badam. Lagipun kalau celup sebelah sahaja lebih mudah untuk diletak sementara menunggu coklat puith tu mengeras.


Maisya suka dengan biskut ni , Gingersnaps....best dengan rasa halia dan rempah-rempah. Kandungan gula Maisya kurangkan.

GINGERSNAPS
http://www.joyofbaking.com/Gingersnaps.html

3/4 cup (170 grams) unsalted butter, room temperature
1/2 cup (105 grams) dark brown sugar (Maisya guna 1/4 cup soft brown sugar)
1/2 cup (100 grams) white granulated sugar(Maisya guna 1/4 cup sahaja)
1/4 cup (60 ml) unsulphured molasses (Maisya guna honey)
1 large egg
1/2 teaspoon pure vanilla extract
2 cups (280 grams) all purpose flour
1/2 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
2 teaspoons ground ginger (ginger powder ada dijual di kedai bahan kek)
1 1/2 teaspoons ground cinnamon --> 2 jenis rempah ni Maisya ganti
1/2 teaspoon ground cloves--------> dengan Allspices powder
* Maisya tambah 1/4 cawan candied ginger yg dah dicincang. Resepi candied ginger ni nanti Maisya post lain kali ye.

Garnish:
1 cup (200 grams) granulated white sugar or coarse white or brown sugar (for covering the cookie balls before baking)

Tip: Lightly grease, or spray with Pam, your measuring cup before pouring in the molasses. This prevents the molasses from sticking to the cup.

In the bowl of your electric mixer (or with a hand mixer), cream the butter and sugars until light and fluffy (about 2 - 3 minutes). Add the molasses, egg, and vanilla extract and beat until incorporated. In a separate bowl whisk together the flour, baking soda, salt, and spices. Add to the butter mixture and mix until well combined. Cover and chill the batter for about 30 minutes.

Preheat the oven to 350 degrees F (180 degrees C). Line two baking sheets with parchment paper.

Place about 1 cup (200 grams) of white granulated sugar in a medium sized bowl. When the dough has chilled sufficiently, roll into 1 inch (2.54 cm) balls. Then roll the balls of dough into the sugar, coating them thoroughly. Place on the baking sheet, spacing about 2 inches (5 cm) apart and, with the bottom of a glass, flatten the cookies slightly. Bake for about 12 - 15 minutes or until the cookies feel dry and firm on top. (The longer the cookies bake, the more crisp they will be.) Cool on a wire rack.

Makes about 4 dozen cookies.


First time cuba buat tart nenas. Nampak macam leceh nak buat so before ni tak pernah cuba. Tart ni jadik tak gebu, tak tahulah samada resepi ni memang utk jenis tart yg macam tu atau Maisya yg tersalah teknik. Jem nenas tu beli je...tapi tak cukup plak so baki adunan tu Maisya tambah sikit pewarna merah dan letak inti jem strawberry. Jem strawberry ni beli yg biasa sapu kat roti tu so agak cair...dah try masak dan campurkan dengan air tepung jagung tapi still meleleh jugak keluar bila bakar. Sepatutnya guna jem strawberry yg dibuat sendiri or yg dibeli di kedai bahan kek tu, barulah pekat dan ada serat. Tapi sebab memang tak rancang nak buat so terpaksalah guna apa yg ada. Sedap jugak dan anak-anak suka...diaorang tak pandang pun tart nenas tu, asyik makan yg strawberry je.

TAT NENAS
Sumber: Magnolia @ FNR(forum cari)

Bahan-bahannya
500 gram mentega
100 gram gula aising
3 putih dan 2 kuning telur
70 gram susu tepung
750 gram tepung gandum (biasenye ikut lembut supaya mudah ditekan)
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya
1. Satukan mentega dan gula aising, kacau sekejap. Tak yah nak buat creamy method cam kek tu.
2. Masukkan telur, kacau sebati dan masukkan esen vanilla.
3. Kemudian masukkan tepung susu dan tepung gandum. Uli perlahan-perlahan kalau rasa adunan melekit di jari, tambah tepung sikit demi sedikit. Semasa masukkan tepung jangan masukkan semua sekali, masuk sikit demi sedikit supaya adunan tidak terkeras. Sepatutnya adunan tu agak lembut (tak lembik) supaya senang dipicit keluar dari acuan tart gulung.
4. Letak inti dan gulung. Bakar sampai masak dan kekuningan. Tart ini memang gebu dan sedap.
NOTA: Kalau nak kulit tat kekuningan sikit, letak pewarna kuning sebelum masukkan tepung kedalam adunan. Dan kalau rajin sapu kuning telur yg dicampur dengan pewarna kuning diatas biskut sebelum dibakar

Ulasan

makcikkantin berkata…
welcome back maisya...wah anak kecik pun rajin baking.
MyLilBundle berkata…
salam kak maisya...
pekabar? lama sungguh rasanya x jenguk akak..bb aisya dah 2 bulan?? wahhh mesti raya thn ni byk kumpul duit raya yek! hehehehee sonoklaa tu beraya ngan bb..ermm kita minta maaf zahir & batin kalau ada salah dan silap ye..selamat hari raya utk akak sekeluarga.
as berkata…
salam..hai kak maisya..dah lama as tgk akak punya blog..nak mintk akak tnjuk cara buat topping kek guna fresh cream dgn bluberry..thanks kak..:) slmt hari raya...
Maisya berkata…
mck,
buat utk makan sendiri je bukan byk pun.

shima,
semoga selamat semuanya.

as,
nak tahu cara prepare fresh cream tu ke? akak pun tak biasa sgt dgn fresh cream ni...Fresh cream ada yg kena tambah gula ada yg tak so rasa la dulu kalau dah manis tu tak payah la tambah gula...lepas tu just pukul je sampai stiff tapi jangan overbeat plak nanti dia lembik balik.