Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mee dan pasta

Mee Sanggul

Imej
Resepi dari kakak & adik ipar. Maisya baru kenal mee sanggul ni sejak kawin...try buat ikut style family husband. MEE SANGGUL Bawang merah(tumbuk) Bawang putih(tumbuk) Udang kering(tumbuk) Cili kisar Kicap Sos tomato Udang Kucai Taugeh Gula Garam Kacang tanah (tumbuk) Mee sanggul(rendam hingga lembut) Tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar dan udang kering hingga garing. Masukkan sos tomato dan kicap Tambahkan udang Masukkan gula( kak ipar kata gula letak byk sikit ) Masukkan garam Masukkan mee dan sayur Gaul rata , bila dah kering dan sebati baru tambahkan kacang tanah. Tutup api. Ni gambar label mee sanggul yg Maisya guna. Gambar mee sebelum masak lupa nak snap so pinjam gambar dari http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/ . Macam ni le rupanya.

Mee Kuah

Imej
Mee kuah yang sempoi, sesuai waktu kurang rajin nak memasak. Mee Kuah Bawang merah Bawang putih Udang kering Cili kisar Sos Tomato Udang hidup Mee Sawi Telur Garam Kisar bawang merah, bawang putih dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak. Masukkan air dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih. Masukkan udang hidup. Biarkan hingga udang masak. Tambahkan garam secukup rasa. Masukkan sawi yg dah dipotong-potong dan pecahkan telur ke dalam kuah. Biarkan hingga telur masak. Tutup api. Bolehlah dituang ke atas mee yg dah dicelur. Siap utk dimakan! * Sayur sawi dan telur tu tambah ke dalam kuah bila nak makan, tak de la nanti sayur tu layu je. * Boleh jugak kalau nak letak daging.

Penang Char Kuey Teow

Imej
Resepi ni dah pernah cuba sebelum ni...ada kat entry ni: http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/06/penang-char-kuey-teow.html Cubaan sebelum ni tak berapa jadik part nak jadikan dia berkuah tu. Kali ni ok sikit. Maisya dah ubah sikit dari resepi asal. Kemudian dibantu dengan tips dari Kak Rahmah pada entry yang dulu bagaimana cara nak masak. Ni Maisya tulis resepi yg dah diubah serta tips dari Kak Rahmah Penang Char Kuey Teow Bahan-bahan ( 2 org ) * UTK PASTE * 200 gm udang 250ml air 4 ulas bawang putih di ketuk 6 sb sos tiram 3 sk kicap pekat 3 sb kicap manis 1 kiub pati ikan bilis 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk) 1 sk gula * UTK MEE * 300gm kuey teow 1 sb cili boh kerang sedikit kucai & taugeh 2 biji telur UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pa...

Mee Goreng Mamak

Imej
Mee Goreng Mamak buku masakan gerai terbitan ALAF21 diambil dari http://ruzalila80.blogspot.com/2009/03/mee-goreng-mamak.html bahan-bahan: 200g mee kuning sedikit tauge 2 ulas bawang putih-tumbuk 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tomato 1 keping tauhu goreng (tak letak) sedikit kubis n sawi (tak letak) 1 biji telur *2 sudu besar kuah kacang sedikit timun n tomato (tak letak) garam n minyak masak *Maisya tambah daging dan jugak udang **bahan kuah kacang (maisya guna kuah kcg lebihan makan dgn cucur udang) 500g kacang tanah-rendam semalaman.buang kulit. sedikit bawang putih n merah sedikit serbuk cili sedikit ikan bilis *kesemua bahan ini dikisar hingga sebati cara-cara membuatnya panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau masukkan cili kisar dan masak hingga garing masukkan sawi, tauge n kobis seterusnya masukkan telur, kicap, sos tomato n garam kacau sebati..kemudian masukkan kuah kacang, mee dan goreng dengan api kuat bila hidang, masukkan t...

Curry Laksa

Imej
Haritu teringin nak makan laksa kari so cari resepi dan buat, walaupun ada kurang bahan sikit...daun kesom tak de plak kat kedai. Resepi dari Mat Gebu. Untuk mee laksanya seperti biasa Maisya buat guna resepi UDON . Sambal tu tak buat sebab org lain tak makan, so takat buat utk sorang makan je malas le plak rasanya. CURRY LAKSA http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/01/curry-laksa.html Bahan Utama:- 1 bungkus mee laksa kering 500 g ayam (bahagian dada) 2 biji kentang, kupas dan potong dadu sederhana besar 7 batang putik jagung, hiris serong 10 biji tofu "pok", belah dua 2 biji tomato, belah 4 setiap biji 2 keping fish cake, hiris nipis 2 camca besar rempah kari daging 1/2 camca teh serbuk lada hitam 2 keping asam gelugor 1 genggam daun kesom 2 kuntum bunga kantan, belah dua 1 biji kelapa, diparut (atau susu sejat = 350 ml) Garam dan gula secukup rasa Bahan Kisar:- 2 batang serai 10 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 3 biji bu...

Spinach Pasta

Imej
cuba buat spinach pasta...before ni dah selalu buat yg plain je so try yg lain sikit. Resepi dan cara sama je macam pasta biasa cuma tambah bayam. Oklah jugak resultnya walaupu n tak berapa nampak hijau, maybe kena bubuh lebih sikit bayam tu. Maisya masak macam biasa dengan sos spagetti je. Spinach Pasta ( for 3 person ) Secekak bayam hijau(sebenarnya tak berapa sure sukatan ni...agak-agak je la) 3 biji telur(large) 3 cawan tepung 1.Mula-mula basuh bersih-bersih bayam dan ambik bahagian daunnya sahaja, toskan. 2.Masakkan sebentar bayam tadi dalam kuali (tanpa minyak) sehingga bayam layu.(refer gambar) 3.Biarkan sejuk lepas tu perahkan bayam tadi untuk buang lebihan air. 4.Cincang halus bayam tadi. 5.Sediakan tepung dan buatkan lubang ditengahnya, pecahkan telur dan tambahkan bayam yg telah dicincang tadi kat lubang tu(refer gambar) 6.Gaul telur&bayam dengan tepung sedikit demi sedikit dan ulilah sehingga jadi doh. Kalau rasa adunan agak kering(sebab maybe guna saiz telur yg kecil) ...

Laksa Johor

Imej
Dah lama nak cuba buat laksa johor sebab tak pernah makan tapi resepinya nampak leceh. Terjumpa resepi yg agak mudah di fotopages kak Anim ( http://penyulawa.fotopages.com/ ). Ni la hasilnya. LAKSA JOHOR http://penyulawa.fotopages.com/?entry=1486016 bahan utama 1 atau 2 pek speghetti - rebus spt arahan di pek rebus dan kisar (jgn buang air rebusan) 1 kg ikan kembung putih (ikan parang sweeter la walau banyak tulang but expensive) 250 gm udang putih yang kecil2 tu... (yg ni option jer tp kalau bubuh lg sedap) 100 gm ikan bilis basah (option jugak, jarang bubuh sebab susah dapat boleh abaikan) bahan kisar 15 butir bawang merah (lebih pun sodap) 10 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit (pakai serbuk pun boleh) 8 batang serai - dihiris 1 inci lengkuas 2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih (halus) sedikit udang kering belacan 1 senduk cili kisar minyak untuk menumis bahan lain 2 sudu besar kerisik 250 gm santan pati (beli terus kat pasar RM1) asam ...

Curry Laksa

Imej
Hidangan yg agak menarik...kuahnya tu basicly adalah kuah mee kari cuma ada tambahan daun kesum, bunga kantan, asam keping...macam buat laksa.... resepi asal ambik kat fotopages maklang tapi maisya buat ikut apa yg ada kat rumah je... Curry Laksa Nyonya http://ulampegaga.fotopages.com/?entry=1141163 sumber : chef lotffi Bahan-bahan kuahnya: Isi ayam dalam semangkuk kecil (maisya guna beef) Udang sederhana besar dlm 15 ekor Bawang merah 4 ulas } ditumbuk halus Bawang putih 3 ulas } Daun kesum dlm 3-4 tangkai - dihiris halus Bunga kantan dlm 3-4 batang - dihiris halus Cili blender dalam 6 sudu besar (tak letak..takut pedas sgt) Rempah kari 6 sudu besar Asam keping 1-2 keping Air agak2 dalam 3 cawan.. Santan dari sebiji kelapa (maisya guna fresh milk) Fish ball & fish cake (tak letak) Garam & gula secukup rasa.. Serai (dititik ) *Maisya tambah kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang semasa tumis tu. Bahan-bahan mee : Mee kuning- dicelur Taugeh - Sengkuang - dihiris batang mancis Ti...

Mee Kantonis

Imej
Resepi ada kat sini: MEE KANTONIS Muffin Coklat , resepinya maisya guna yg ni : DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN Tengok gambar atas ni...adunan yg sama tapi dengan acuan yg lain dan cara bakar yg sedikit berbeza ...yg hujung kiri dan kanan, maisya bakar letak atas redai oven(yg macam jaring tu), guna acuan tart dan jugak yg btk 4 segi...muffin merekah dengan elok Yg tengah tu guna acuan muffin(yg jenis sebijik-sebijik) tapi letak atas oven tray...merekah sikit-sikit je tapi ok jugak rupanya...kalau guna tray nampaknya, haba jadik kurang kuat so muffin kurang rekahannya. *nie nota/peringatan utk diri sendiri sebenarnya

Sizzling Mee

Imej
Haritu hubby beli mee sanggul so try buat sizzling mee ni. Cendawan shiitake tak de so maisya guna sos tiram cendawan jenama NONA...ok la nak dapatkan sikit rasa cendawan tu...sayur tu bubuh je mana yg ada kat rumah...memang bestla...anak-anak pun suka makan tapi terpedas sikit...lain kali maybe kurangkan or takmo letak cili kering tu. Sizzling Yee Mee Lilydvalley @ myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/1092 Bahan-bahan ( 2-3 org makan ) 2-3 sanggul (gulung) yee mee 5 ulas bawang putih 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa 3 biji cili kering- potong 2 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat 1/2 in halia- hiris nipis Serbuk lada hitam garam- secukup rasa Beberapa titik Minyak bijan 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air sedikit minyak utk menumis Cara-cara Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya. Masukkan ayam yg telah...

Penang Char Kuey Teow

Imej
Sebenarnya tak pernah makan pun Penang Char Kuey Teow ni maklumlah maisya jaaaraaang sangat pi keluar makan kat kedai so byk jenis masakan yg tak berapa tahu. ... Nie ada resepi utk buat paste CKT ni sekali. Boleh buat dan simpan dalam petiais, bila nak masak senang sikit kerja. Maisya dah cuba, sedap tapi tak taulah sama ke tak dengan yg kat kedai sebab tak pernah beli. Maisya buat just basah sikit tak bubuh air byk so tak berkuah. Nie CKT pastenya Untuk kuey teow tu maisya guna resepi yg ni : HOMEMADE KUEY TEOW Tapi agak malang haritu...masak tgh gelek bagi nipis doh tu, mesin mee tu rosak le plak...dah stuck, tak mo pusing...uhuk..uhuk...nasib baik dah gelek nipis semuanya cuma nak gelek lagi sekali utk ketebalan yg paling nipis tu cuma sempat siap 2/3 je so hasilnya, ada yg nipis ada yg tebal tapi oklah jugak. Nasib baik jugak part utk juraian mee tu tak rosak kalau tak kena guna pisau je la. Dah suruh hubby tgkkan , dah bukak mesin tu tapi tak tau tang mana yg rosaknya...terpaksal...

Laksa..my mom's style

Imej
My family punya kuah laksa simple jer tak guna banyak bahan..dari kecik dok makan yg ni so memang sedaplah...orang lain tak tau lah kan. Kat kg Maisya - Kuala Kangsar, mee utk laksa ni dibuat dari tepung gandum...biasanya kat tempat lain laksa ni guna tepung beras kalau tak salah. Rasa dia nak sama macam udon( dulu kat Jepun memang guna udon utk buat laksa ) so maisya guna resepi utk udon utk buat laksanya. Resepi boleh check kat sini: UDON . Untuk kuahnya plak: KUAH LAKSA Ikan kembung( ikan sardin pun ok ) Bawang besar Cili kering( rendam dlm air panas ) Bunga kantan Daun kesum Asam keping -ikan dibersihkan dan direbus dengan air yg banyak bersama asam keping hingga masak. -keluarkan ikan ambil isinya sahaja(asingkan tulang-tulangnya) dan masukkan dalam blender, tambah air rebusan tadi secukupnya dan kisar sampai hancur. -Tuang semula ke dalam periuk yg berisi air rebusan tadi -Kisar bawang dan juga cili , tuang ke dalam periuk tadi. -Tambah lagi asam keping, daun kesum dan bunga kant...

Mee Kuning

Imej
Bila check balik entry yg lepas-lepas, rupanya maisya belum lagi letak resepi mee kuning yg maisya selalu buat. Pernah guna resepi dari kak Noor(Noormasri) tapi sekarang lebih suka guna resepi dari kak 1mas2ra , sebab tak guna air kapur. Dulu maisya potong-potong dengan pisau je...ni la rupa mee yg pertama maisya hasilkan, punyalah lebar maisya potong...dah macam kuey teow plak...terlebih bubuh air kapur so warna dah jadik oren! Lepas dah beli mesin mee/pasta machine, barulah ada rupa mee sikit tapi still ada jugak masanya tak berapa menjadi. Adunan utk mee ni memang keras...rasa macam kurang air je tapi itulah yg ok...kalau gatai tgn pi tambah air nanti mee akan jadik lembik! ( dah berapa kali maisya buat jadik macam ni ). Ni gambar mee yg tak berapa nak jadi sebab doh lembik...yg ni guna mesin mee, tapi still buruk gak. Oklah ni resepi mee kuning yg pernah maisya gunakan MEE KUNING Resepi dari Noormasri ,FNR -Menghasilkan 700 g mee kuning Bahan-bahan: 350g tepung high protein 2 biji ...

Pasta & Egg Noodles

Imej
Cuba buat pasta menggunakan campuran tepung suji/semolina flour pulak. Mmmm..susah sikit nak handle doh ni, agak lembut...itupun dah letak extra tepung, maybe kena tambah lagi sikit tepung. Prefer resepi pasta yg Maisya guna sebelum ni, tak byk kerenah. PASTA http://theitaliancookery.com/pasta.htm Ingredients: (serves 4) * 1 1/2 cups white flour (maisya tambah lagi 1/2 cawan tepung) * 3/4 cup semolina * 4 eggs * 1 pinch of salt * 2 tbsp olive oil Optional Ingredients: Add these to make different colored pasta, but remember to add a little extra flour to maintain the consistency of the dough * Tomato paste * Spinach paste * Whole peppercorns, crushed Recipe: 1. Make a well at the center of the flour (semolina and white) and crack the eggs inside of that. 2. Add the oil to the eggs and mix with your hands slowly, so as not to spill anything. Start with your fingertips and make small circular motions that simultaneously mix the eggs and incorporate flour, so your mixture gradually thicken...

Laksam

Imej
Maisya sebelum ni tak pernah makan laksam....dulu-dulu ingatkan laksam ialah perkataan singkatan kepada laksa asam...ha..ha...lawak sungguh! Maklumlah maisya tak pernah sampai lagi ke kawasan pantai timur so banyak masakan kawasan pantai timur yang maisya tak tahu. Sejak join FNR, byk jugak yg dah belajar. Laksam ni salah satunya....First time buat last year rasanya(gambar no2)....tak sangka sedap pulak, masa tu buat sikit jer. Rasa tak puas plak makan tapi sebab agak malas nak buat laksamnya tu so lepas tu tak buat-buat dah. Last week rajinkan diri jugak buat...kali ni buat byk sikit so memang puas le makan. Tapi kali ni laksamnya agak susah nak digulung, pecah-pecah...rasanya kali ni terlebih bubuh air kapur tu sebab last time buat elok jer. Laksam recipe by Senorita posted at FNR Bahan-bahan 3 cawan level tepung beras 4 cawan air 1 sudu teh air kapur (ambik kapur sket pastu + air, kacau...pastu ambik air dia saja...jgn ambik kapur) 3 sudu besar level tepung ubi 1/4 sudu teh garam ...

Homemade Spagetti

Imej
Selepas direbus Dah siap dimasak! Dah lama mesin mee tak beroperasi so last week cuba buat pasta pulak. Memang dah lama nak try buat pasta sendiri, akhirnya berjaya juga buat. Resepinya simple saja. Maisya buat 3 adunan...suppose utk 3 person tapi banyak jugak dapat, boleh makan utk 4 org. Spagetti( for one person ) http://www.ajiwai.com/otoko/make/pasta.htm 100g tepung gandum( boleh guna tpg high protein atau tepung biasa...maisya guna tepung biasa jer) 1 biji telur(saiz sederhana) 1 sudu besar olive oil/ vegetable oil 1.Campurkan semua bahan. Ratakan telur dan minyak ke keseluruhan tepung, jadikan seperti breadcrumbs. 2.Uli adunan hingga jadik doh. 3.Rehatkan adunan sekurang-kurangnya 1 jam. 4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan leperkan dgn rolling pin dulu sebelum guna mesin mee. ( supaya mudah dan tak terlalu membebankan mesin ) 5.Canai dengan menggunakan mesin dari paling tebal hingga dapat ketebalan yg dikehendaki 6.Sidai selepas dicanai( refer gambar no 1 ) 7....

Homemade Kuey Teow

Imej
Dah lama teringin nak buat kuey teow sendiri tapi malas...last week buat jugak akhirnya. Dekat FNR ada resepi dari K.Noormasri tapi yang tu guna tepung high protein, boleh aja nak guna tepung gandum tapi sukatan air tu mesti lari sikit...tu yg malas tu. So Maisya try resepi yg ada di MyResipi. Ok jugaklah hasilnya cuma Maisya buat jadik agak lembut sebab pi gatai tangan tambah air...he..he..kena guna banyak tepung jagung masa roll tu sebab tak nak bagi dia melekat-lekat...memang bermandikan tepung haritu. Homemade Kuey Toew. oleh: umi_e http://myresipi.com/top/detail/917 Bahan-bahan ( satu kilo ) 350 tepung gandum 150gm tepung beras 1 biji putih telor 200 ml air tepung ubi/tepung jagung secukupnya minyak secukupnya air untuk merebus garam secukupnya Cara-cara -Satukan kedua jenis tepung,putih telur dan air ke dalam mangkuk adunan dan uli doh. -Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya) -Setelah adunan siap, masak air dan letak...

Udon

Imej
Alhamdulillah berjaya buat udon sendirik!So semalam buat Kakiage Udon. Udon 420g Tepung gandum 180g Tepung Ubi Kayu 2 sudu besar garam 280cc air -Larutkan garam dalam air. -Tuangkan sedikit demi sedikit air ke dalam campuran tepung gandum dan tepung ubi sambil menggaulnya dengan chopstick/garfu. - Satukan adunan hingga jadi doh. -Masukkan doh ke dalam beg plastik( the best guna plastik beras tu ). -Alaskan atas plastik tu dengan kain then pijak-pijak hingga leper. Bila dah leper, lipat-lipatkan doh dan pijak lagi hingga leper semula...ulang proses ni about 10 kali. ( Ni cara tradisional buat udon, kalau tak mau pijak guna tangan ler ye ) -Biarkan doh dlm plastik tu dan peramkan 2 hingga 3 jam pada suhu bilik. -Lepas tu bolehlah gunakan pasta machine tu utk gelek dan potong macam buat mee kuning tu. Kalau nak ikut cara tradisional kena roll then hiris dengan pisau. -Gunakan tepung jagung atau tepung ubi kentang/potato starch utk handle doh tu semasa menggelek dan memotong supaya aduna...

White Stew/Cream Stew

Imej
White Stew/Cream Stew sumber: Bistro SMAP's Complete Recipe book hidangan utk 4-6 org Bahan A: Isi ayam-digaul dgn garam dan lada sulah 3 ubi kentang 2 carrot 1 bawang besar 1 broccoli 5 cendawan butang 2 celery 15 kacang buncis Bahan B: 60g butter 60g tepung gandum 5 cawan susu segar suam 5 cawan stok ayam @ kiub ayam dilarutkan dgn 5 cawan air 1 helai laurel/bay leaf ( tak de pun tak pe la...) garam lada sulah 1 1/2 cawan fresh cream Bahan C: 200g twist macaroni/fussili - direbus sehingga lembut, ditos Cara: 1. Semua bahan A dipotong kecil/saiz yang sesuai 2. Cairkan butter dalam periuk dan goreng sebentar semua bahan A. 3. Alihkan periuk dari api. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. 4. Letakkan semula periuk atas api dan tambah susu. Gaul rata dan tambahkan pula stok ayam dan daun laurel. Gaul rata dan masak sehingga semua bahan empuk dgn api yg sederhana. Kacau sekali sekala. 5. Tambahkan garam dan lada sulah mengikut citarasa. 6. Tuangkan fresh cream sejurus sebelum tutup ap...