Mee Goreng Mamak


Mee Goreng Mamak
buku masakan gerai terbitan ALAF21
diambil dari
http://ruzalila80.blogspot.com/2009/03/mee-goreng-mamak.html


bahan-bahan:
200g mee kuning
sedikit tauge
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 keping tauhu goreng (tak letak)
sedikit kubis n sawi (tak letak)
1 biji telur
*2 sudu besar kuah kacang
sedikit timun n tomato (tak letak)
garam n minyak masak
*Maisya tambah daging dan jugak udang

**bahan kuah kacang (maisya guna kuah kcg lebihan makan dgn cucur udang)
500g kacang tanah-rendam semalaman.buang kulit.
sedikit bawang putih n merah
sedikit serbuk cili
sedikit ikan bilis
*kesemua bahan ini dikisar hingga sebati

cara-cara membuatnya
panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau
masukkan cili kisar dan masak hingga garing
masukkan sawi, tauge n kobis
seterusnya masukkan telur, kicap, sos tomato n garam
kacau sebati..kemudian masukkan kuah kacang, mee dan goreng dengan api kuat
bila hidang, masukkan tomato, timun, cili besar n daun bawang..

*Maisya masukkan telur last sekali...lepas dah masuk semua bahan dan sebati, ketepikan sikit mee, pecahkan telur....biarkan sampai 3/4 masak dan gaul rata.

*Kuantiti kicap & sos tu sesuaikan dengan citarasa masing-masing...Maisya letak lebih kicap.

Ulasan

indahhouse berkata…
salam kak maisya,
bestnya mee mamak! oh, mmg kena letak kuah kacang ya kak? lain dr yg saya penah buat. mesti sedap macam mee mamak ori ni.. :)
Maisya berkata…
indah,
ada macam-macam versi resepi mee mamak ni...tapi selalunya kalau beli kat kedai memang ada letak kuah kacang.

Catatan Popular