Kuih Tiram


Kuih Tiram
http://lifeprettyshort.blogspot.com/2008/02/kuih-tiram.html

500 gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air (lebih kurang)

Bahan lain:
6 sudu tepung jagung(maisya guna tepung ubi)
6 sudu minyak masak

Satukan tepung, margerin, telur & garam, gaul hingga rata semua nyer hinga jadi mc bread crumb.
Masukkan air Jangan masuk semua, takut terlembik. Uli doh sehingga kita dapat doh yang licin.
Sediakan bancuhan tepung jagung dengan minyak. Satukan kedua dua bahan ini & kacau sehingga mendapat bancuhan seperti gam. (Jangan pekat sangat & jangan cair sangat).
Doh tadi dibahagi 2 .Setiap satu doh..kita canai nipis seperti nak buat karipap (kita akan dapat canai yang besar & lebar) :)
Sapukan bancuhan tepung jagung tadi keseluruh permukaan tepung.
Kemudian gulung memanjang. Jika mahukan lapisan yang banyak buat 2 kali proses ini..ataupun terus ke langkah seterusnya.
Kemudian potong kecil2. Potong lebih kurang sebesar ibu jari.
Gelek nipis setiap satu, kemudian goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.

Sira dengan gula halus. Simpan dalam botol kedap udara.

Ulasan

indahhouse berkata…
salam kak maisya,
oh, resipi kuih tiram...bestnya....!
Bal aka Zai berkata…
lama tak makan kuih tiram..
Name: Kak Wah berkata…
Slam kak maizat. Lama sungguh tak jenguk blog akak. Dah tahap pro chef nih.
Kacip_Fatimah berkata…
Selain kuih tiram, nama lain bg kuih ini kuih kapal terbang kan?
Maisya berkata…
indah,
makan memang laju jer tapi nak buatnya tu ....he..he..

bal,
bolehlah buat

wah,
mana ada pro...tgh belajar lagik ni.

kacip,
ada org panggil kuih lidah buaya jugak
Hanie Hanim berkata…
a'kum..

tumpang lalu... nak join sama... huhu..