Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kuih-muih

Upside-down Pizza

Imej
Kalau nak describe hidangan ni ...mungkin boleh disamakan dengan bingka berlauk. Upside-Down Pizza loyang 9x9 inch http://qurrataaayun.blogspot.com/2011/05/upside-down-pizza.html Dough 2 bj telur 1 cawan susu 1 cawan tepung gandum 1 sudu besar minyak 1/2 sudu kecil garam - gaul sebati semua bahan. - sedia utk diguna Filling 1 keping dada ayam- kerat2 3 sosej/hotdog- kerat2 1/2 tin cendawan butang- hiris 1/2 bawang besar- dadu 3 ulas bawang putih- hiris halus 2 sudu besar tomato puree 1 sudu besar oregano garam - tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu - masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak - masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap. - gaulkan oregano dan perasakan garam Keju secukupnya Cara2: Panaskan oven 180 degree Letakkan filling dlm loyang ,tabur cheese atas filling. cuahkan adunan 'dough' kat atas. Bakar selama 25 minit, hingga keperangan. Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang. *Maisya tab...

Jemput-jemput Makaroni

Imej
Satu idea yang kreatif dari Hanis. Bila ada lebihan makaroni yg dah direbus bolehlah cuba buat ni. Sempoi je. Jemput-jemput Makaroni http://rahaniss.fotopages.com/?entry=1292515 Makaroni - yang siap direbus, toskan Tepung gandum - sama banyak dengan kuantiti makaroni 1 biji telur 1 labu bawang besar - dadu Udang basah (maisya guna crab stick) daun kucai (tak letak) garam dan air. Campurkan kesemua bahan, jemput dan goreng dalam minyak panas. Boleh juga guna isi ayam jika suka.

Cucur Nasi Ikan Bilis

Imej
Rasanya ramai yg cuba resepi ni....sangat suka dgn resepi ni sebab cucurnya lembut walau dah sejuk. Resepi ni kiranya penyelamat buat Maisya sebab Maisya selalu kalau buat cucur jadik liat..ha..ha..tak tau pasai pa peratusan cucur jadik liat tu sgt tinggi so bila jumpa resepi ni tersangatlah sukanya. Dah byk kali buat. CUCUR NASI IKAN BILIS http://yatiememories.blogspot.com/2010/10/cucur-nasi-ikan-bilis.html Bahan-Bahan 2 cwn nasi 2 cwn air 1 biji bwg besar 2 biji bwg putih 1/2 cwn ikan bilis 2 1/2 cwn tepung gandum 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) Daun sup/bawang (di hiris halus) sedikit garam Minyak untuk mengoreng Cara Membuatnya Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari...

Samosa

Imej
Samosa Inti 2 biji kentang saiz besar 1 sudu besar butter 1 cawan bawang besar dicincang 2 bawang putih dicincang 1 sudu besar halia ditumbuk 1 sudu kecil biji sawi 1 sudu kecil serbuk ketumbar 3/4 sudu kecil garam 1/2 ~ 1 cawan mix vege( dicelur sebentar dan ditos ) 1/2 ~ 1 sudu besar serbuk kari 1)Kentang dikupas kulitnya dan direbus hingga empuk. Toskan dan lecek kentang. 2)Cairkan butter dalam kuali dan masukkan bawang besar, bawang putih, halia, biji sawi, serbuk ketumbar, serbuk kari dan garam. Masak hingga bawang layu. 3)Gaul rata bahan dari langkah 2 dan mix vege kepada kentang lecek. Sejukkan sebelum digunakan. Kulit 2 cawan tepung gandum 1/2 biji telur sederhana besar( atau 1 telur saiz kecil ) 3 sudu besar marjerin 1/2 cawan air ais ( sukatan hanya anggaran ) + garam 1.Gaulkan telur dan marjerin (yang telah dicairkan) dengan tepung hingga jadi seperti serbuk roti. 2.Tuangkan air sikit demi sedikit hingga jadi doh. Rehatkan doh selama sejam. 3.Bahagikan adunan kepada beberapa...

Kuih Tiram

Imej
Kuih Tiram http://lifeprettyshort.blogspot.com/2008/02/kuih-tiram.html 500 gm tepung gandum 1 biji telur 2 sudu margerin sedikit garam 160ml air (lebih kurang) Bahan lain: 6 sudu tepung jagung(maisya guna tepung ubi) 6 sudu minyak masak Satukan tepung, margerin, telur & garam, gaul hingga rata semua nyer hinga jadi mc bread crumb. Masukkan air Jangan masuk semua, takut terlembik. Uli doh sehingga kita dapat doh yang licin. Sediakan bancuhan tepung jagung dengan minyak. Satukan kedua dua bahan ini & kacau sehingga mendapat bancuhan seperti gam. (Jangan pekat sangat & jangan cair sangat). Doh tadi dibahagi 2 .Setiap satu doh..kita canai nipis seperti nak buat karipap (kita akan dapat canai yang besar & lebar) :) Sapukan bancuhan tepung jagung tadi keseluruh permukaan tepung. Kemudian gulung memanjang. Jika mahukan lapisan yang banyak buat 2 kali proses ini..ataupun terus ke langkah seterusnya. Kemudian potong kecil2. Potong lebih kurang sebesar ibu jari. Gelek nipis setia...

Cakui

Imej
Terpikat bila tgk gambar cakui ni kat blog kak Zana. Resepi ni berlainan sikit dengan resepi yg pernah Maisya cuba sebelum ni. Resepi yg dulu tu ada tambahan baking soda selain dari yis dan adunan kena uli. Resepi kak Zana ni tak perlu uli cuma gaul-gaul je dengan senduk sampai sebati sebab adunannya lembik. Masa nak membentuk tu kenalah bermandi dengan tepung sikit supaya tak melekat kat cutting board dan pisau. Adunan kena peram 3-4 jam....so sebelum tidur dalam pukul 12 tgh mlm tu Maisya bancuh siap-siap dan bangun awal sikit sebelum subuh untuk goreng...takut jugak kalau adunan jadik masam kalau terlebih peram so Maisya simpan adunan dalam peti ais malam tu...alhamdulillah ok je rasa dia. Rupa dia tak secantik yg kak Zana buat tapi hasilnya lembut sampai ke petang. CAKUI http://zanazman.blogspot.com/2010/02/cakui-pau.html 400 gm tpg gandum 4 gm yis segera (maisya guna 1 1/2 sudu kecil) 1/2 sdb shortening (maisya tak letak) 1 sdb marjerin (maisya guna 1 1/2 sudu besar marjerin sebab...

Sardin Gulung

Imej
Antara kuih yg mudah utk disediakan... SARDIN GULUNG Untuk kulitnya gunakan roti sandwich yg digelek hingga nipis...make sure roti tu jadi betul-betul mampat, kalau tak dia akan serap minyak bila digoreng. Kalau rajin sila buang bahagian tepi roti tu....Maisya tak buang pun. Isikan intinya ( sardin ...inti ni ikut suka masing-masing la kan ). Gulungkan....boleh sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung gandum yg pekat bagi meng'gam' gulungan tu supaya tidak terbukak. Selalunya ramai yg akan celup dengan telur kemudian baru goreng, atau celup telur kemudian golek dalam breadcrumbs dan goreng( seperti gambar di atas ). Tapi sekarang ni Maisya lebih suka ikut cara Sheila Rusly ( seperti dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan ) iaitu terus je digoreng macam tu saja....hasilnya rangup diluar dan tidaklah byk serap minyak berbanding jika dicelup dlm telur( lihat gambar di bawah ). Boleh difrozenkan terus jika tak mau goreng masa tu. Selain digulung boleh jugak dilipat.

Kaswi

Imej
Resepi kaswi yg ada kelainan sebab ada tambah kicap...sgt puas hati dgn resepi ni. Kuih maisya tak berapa gelap sgt warnanya sebab gula merah tak cukup. KASWI http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1911380 Bahan2 1 1/2 cawan gula merah 5 cawan air 2 sudu besar gula pasir (jika perlu... kalau tak suka manis2 sgt tak perlu tambah) 3 cawan tepong gandum 2 sudu besar tepong ubi 1/2 sudu kecil kapur sirih/kapur makan (bancuh dengan suku cawan air & tapis semasa nk masukkan dlm bancuhan) 3 sudu besar kicap manis (utk menaikkan rasa lemak & memberikan warna yg lebih gelap) Bahan2 Lain Kelapa parut putih secukupnya Garam halus secukupnya.. ~ digaul bersama kelapa diatas kemudian dikukus sebentar Cara2 Menyediakan 1. Ambil 2 cawan air (dari 5 cwn air tadi) & campurkan dengan gula merah lalu dimasak sehingga gula merah hancur. Padamkan api & masukkan baki air yg 3 cawan tadi (supaya air gula menjadi suam). Sementara tu panaskan periuk pengukus dengan air secukupnya. 2. Masukkan...

Kuih Bom Pisang

Imej
KUIH BOM PISANG resepi oleh Chef Norzailina @ Alaf21 600 g pisang ranum 1 biji telur 120 ml susu segar/santan 60-70 g gula pasir 210-230 g tepung gandum 1 camca teh soda bikarbonat sedikit garam minyak utk menggoreng Lecek pisang kemudian masukkan telur, susu dan gula. Ayak tepung, soda dan garam ke dalam adunan. Kacau rata. Adunan hendaklah agak keras; jika lembik, bentuknya tidak akan bulat. Biar adunan selama 2 jam kemudian barulah dibentukkan bulat dan digoreng di dalam minyak yg panas hingga keemasan. Toskan minyaknya. Nota: Sukatan tepung bergantung pada kelembapan pisang kerana pisang yg terlalu ranum memerlukan tepung yg lebih.

Pau

Imej
Selalunya Maisya buat pau guna resepi yg ada pada yis mauripan tu je. Kali ni nak cuba resepi yg lain sikit sebab tgk cam gebu je gambar pau yg dihasilkan. But then, Maisya tak ikut resepi sepenuhnya sebab kat rumah ni takde shortening. Kalau ganti dengan marjerin nanti jadik warna kuning plak paunya. Maisya guna minyak so takde la putih melepak pau tu macam yg sepatutnya. Inti guna sekaya yg dibuat sendiri. Separuh Maisya letak inti sekaya, separuh lagi adunan Maisya buat saiz mini dan biarkan kosong je tanpa inti. Yang saiz kecik ni lepas dah kukus Maisya simpan dlm freezer. 2 hari lepas tu Maisya goreng dan kemudian belah dan letak sambal ikan bilis serta timun...jadiklah pau goreng @ burger Malaysia. Pau http://jasmeen.fotopages.com/?entry=1558881 Bahan :- 500 gm Tepung Pau (maisya guna tepung biasa) 2 sdt Baking powder 260 gm air suam 1/2 peket instant yis (mauripan) or 6gm 7 sdb gula halus 3 sdb shortening / lemak sayur (maisya guna minyak) Cara :- - Campurkan tepung & baki...

Karipap Pusing

Imej
dah lama tak buat karipap pusing....selalunya resepi karipap pusing ni jarang jumpa yg bagi sukatan dgn tepat so bila main agak-agak je tu ,bagi orang yg tak berapa pandai macam maisya ni kadang-kadang jadi elok kadang-kadang tak jadi. Kali ni try resepi dari myresepi sebab dia ada letak sukatan. Hasilnya memang memuaskan hati cuma maisya buat agak tebal dan besar...dapat 16 ketul je utk separuh adunan, sepatutnya boleh dpt dlm 30 ketul kalau ikut apa yg ditulis kat resepi tu....makan seketul pun boleh kenyang. Inti plak guna inti sardin. Tapikan....masa goreng ada karipap yg macam pecah/merekah(?)...pasal apa ek? Karipap Pusing lynn @ myresipi.com (Resepi asal diambil dari forum cari) http://www.myresipi.com/top/detail/167 Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji ) *Doh berminyak* : 150 gm (margerin + shortening)... (maisya hanya guna marjerin) 300 gm tepung gandum *Doh biasa*: 700 gm tepung gandum satu sudu kecil garam air (anggaran dlm 2 cawan) .. (tuang separuh je dulu sukata...

Kuih Kayu Keramat

Imej
KAYU KERAMAT Sumber : Nor Mariah http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1889820 Bahan2 500 gram tepung gandum 1 camca teh soda birkabonat 1 camca teh yis segera (mauripan) 6 camca makan gula 1 camca makan marjerin 300ml air suam Cara2 Menyediakan 1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika 2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi. 3.Tepung digaulkan dgn marjerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata. 4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td. 5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah). Boleh juga dibancuh malam dan simpan dlm peti sejuk, besok paginya baru goreng. 5. Gorenglah hingga kuih bertukar warna coklat & hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan lebihan kuah gulai semalam

Bengkang Tepung

Imej
BENGKANG TEPUNG Posted by Ida on July 20, 2008 http://1001resepi.com/?p=1050 Ingredients 2 eggs 2 cups coconut milk ( maisya guna 1 kotak santan Ayam Brands + air secukupnya ) 1 cup plain flour 1/3 cup corn flour ( maisya guna tepung kastad ) 1/2 cup sugar 1/2 teaspoon salt 2-3 drops green food colouring ( maisya tambah juga pandan paste ) Directions Mix all ingredients in blender/mixer and blend/mix until smooth. Pour batter into greased baking tin and bake in preheated oven for 30 to 45 minutes at 200C * Maisya bakar guna acuan bengkang kat atas dapur gas, lebih kurang sejam dengan api yg kecil .

Kuih Gunting

Imej
Kuih Gunting resepi chef norzailina nordin Bahan-bahan ( 1 balang ) 375gm tepung 2 sudu besar gula aising 2 sudu besar rempah kari 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh serbuk cili 2-3 tangkai daun kari-hiris halus 1 1/2 sudu teh garam pepper 90gm majerin (maisya cuma guna dlm 70g sahaja) 130-140ml santan (tambah air jika x cukup) Cara-cara Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh. Gunting n goreng.

Kuih Cara Moden

Imej
Resepi ni pun jumpa kat myresipi.com. Intinya guna kaya tanpa telur seperti dalam entry yang sebelum ni. Sedap kuih ni , lembut dan ringan. Ada iras kaya ball tapi ada rasa macam apam juga sebab guna yis. Yang bestnya adunan langsung tak lekat kat acuan so senang je nak keluarkan. Maisya guna tepung gandum je semua sebab tepung jagung dah habis. KUIH CARA MODEN wifemuda @ myresipi.com Resepi asal dari laman web saji http://www.myresipi.com/top/detail/7880 Bahan-bahan 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 250ml susu cair 4 sudu besar gula 1 sudu kecil yis kering (mauripan) sedikit garam 2 biji telur 3 sudu besar butter ( cairkan ) sekaya secukupnya Cara-cara -Campurkan semua bahan kering dan gaul rata -Kemudian masukkan susu dan telur -Gaul hingga sebati. Biar selama 1 jam. -Kemudian masukkan butter cair dan gaul rata semula. -Panaskan acuan (kuih cara ) dengan butter/minyak. Sudukan adunan dan isikan kaya ataupun apa saja isian kegemaran anda -Tuang sedikit lagi adunan agar ia...

Kuih Tiram Kulit Popia

Imej
Kuih Tiram Kulit Popia Bahan2 Kulit Popia Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air supaya jadi pes yg pekat( ini akan digunakan sebagai gam ) Gula aising Minyak secukupnya utk menggoreng Cara2 Kulit popia digulung sampai habis(gulung longgar je jangan gulung ketat-ketat), kemudian sapukan dgn pes tepung gandum dihujungnya supaya dia melekat. Ulanglah sampai habis. Kulit popia yg belum digunakan tu tutup dengan tuala lembap supaya dia tak kering. Kemudian potong serong2 lebih kurang 1 inci sampai habis. Panaskan minyak, kemudian goreng kulit popia yg telah dipotong dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Biarkan seketika, kemudian taburkan gula aising ke atas popia yg telah digoreng tadi dan digaul biar sekata. Kalau suka gula aising banyak tabur lebih sikit. Bila gula dah melekat kat popia tu maka bolehlah dimakan.

Popia Goreng

Imej
Inti popia: bawang merah bawang putih udang sengkuang lobak merah timun garam serbuk kunyit Bawang merah dihiris dan digoreng hingga garing. Sejukkan. Bawang putih di cincang halus. Udang dipotong kecil. Sengkuang, lobak merah dan timun dipotong halus seperti batang mancis. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang putih hingga garing dan tambahkan udang. Kacau rata. Bila udang dah masak, masukkan sengkuand dan lobak merah. Tambahkan juga serbuk kunyit dan garam. Kacau rata hingga sayur agak layu( jangan sampai terlalu lembik). Tutup api dan tambahkan timun dan bawang goreng. Gaul rata. Pindahkan inti yg dah dimasak ke atas penapis utk membuang lebihan air.

Keropok Lekor

Imej
Ini salah satu projek yg dah lama teringin nak buat tapi asyik tertangguh sebab tak cukup kerajinan....keropok ni rasanya maisya dah terlebih letak tepung...tapi still ok sebab tak de lah keras or liat, makan masa panas-panas tu rangup je. Rasa bawang putih tu kuat jugak so kalau tak suka boleh omit rasanya. KEROPOK LEKOR resepi sumbangan 14sept di myresipi http://www.myresipi.com/top/detail/6657 Bahan-bahan ( - ) 1kg ikan selayang/ kembung 5-10 ulas bawang putih 1kg tepung ubi/kanji 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder Garam secukup rasa Perasa Air Cara-cara Asingkan isi ikan dari tulang. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli... Sapukan tangan dengan sedikit m...

Hari-hari Yang Sibuk

Imej
Minggu lepas memang busy sangat...macam-macam projek ada...start dari hari Rabu, buat kek coklat kukus 1 adunan dan muffin 2 adunan. Semua ni untuk dibawa ke tadika anak esoknya tu sempena hari terakhir dia di sana. Saja deco sikit-sikit, main-main dengan ising...mulanya Maisya dah buat Swiss Meringue Buttercream sebab dengar kata buttercream ni sedap tapi bila baca balik kat blog yg Maisya ambik resepi tu, dia kata buttercream ni tak digalakkan letak di suhu bilik lebih dari 3 jam ...cancel guna buttercream tu sebab tak tau bila budak-budak kat tadika tu akan makan so buatlah buttercream biasa je. Nie je la yg mampu dibuat...tak de idea la... Ini kek coklat kukus yg dikukus dalam bekas tau fu fah tu(microwave oven safe)...untuk cikgu-cikgu ...bunga tu entah bunga apa tak tau la...he..he.. Yang ni untuk student Hari Khamis & Jumaat sibuk kemas rumah sebab family Maisya nak datang hari Sabtu...tak de lah kemas apa pun sebab rumah pun memang tak de banyak barang. Hari Sabtu pergi Maj...

Banana Pancake

Imej
Ada 2 versi banana pancake ni..satu versi pisang dilenyek dan digaul bersama adunan pancake, satu versi lagi pisang dipotong-potong dan cuma disusun atas pancake. Yang ni versi pertama, guna resepi dari kak liza...gebu dan lembut je pancake ni. Tak jumpa plak resepi ni kat fotopages kak liza so copy dari mamaFaMi BANANA PANCAKE (Hanieliza) Ingredients : 8 ripe bananas ~ mashed Salt 1 tablespoon sugar 2 tablespoons milk powder 1 egg 1 cup flour 1 teaspoon bicarbonate soda a bit of margarine Method : 1. Sift flour with bicarbonate soda. Set aside. 2. Mix well the mashed bananas, salt, sugar and egg. 3. Fold in the sifted dry ingredients till well incorporated. 4. Heat the non-stick pan and grease with a bit of margarine. 5. Put a spoonful of the batter onto the pan and flatten it. 6. Cover the non-stick pan and let the bater cook till golden brown. It's best done on medium heat to avoid the blackish color. 7. Flip over, so that the other side will get cooked as well. 8. Serve with h...