Hari-hari Yang Sibuk

Minggu lepas memang busy sangat...macam-macam projek ada...start dari hari Rabu, buat kek coklat kukus 1 adunan dan muffin 2 adunan. Semua ni untuk dibawa ke tadika anak esoknya tu sempena hari terakhir dia di sana. Saja deco sikit-sikit, main-main dengan ising...mulanya Maisya dah buat Swiss Meringue Buttercream sebab dengar kata buttercream ni sedap tapi bila baca balik kat blog yg Maisya ambik resepi tu, dia kata buttercream ni tak digalakkan letak di suhu bilik lebih dari 3 jam ...cancel guna buttercream tu sebab tak tau bila budak-budak kat tadika tu akan makan so buatlah buttercream biasa je. Nie je la yg mampu dibuat...tak de idea la...

Ini kek coklat kukus yg dikukus dalam bekas tau fu fah tu(microwave oven safe)...untuk cikgu-cikgu ...bunga tu entah bunga apa tak tau la...he..he..


Yang ni untuk student


Hari Khamis & Jumaat sibuk kemas rumah sebab family Maisya nak datang hari Sabtu...tak de lah kemas apa pun sebab rumah pun memang tak de banyak barang.

Hari Sabtu pergi Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil tadika anak sulung Maisya...macam-macam gelagat budak-budak ni bila buat persembahan atas pentas....respek betui kat cikgu-cikgu yang sabar melayan karenah anak-anak kecil ni. Balik dari situ pi shopping barang-barang dapur sat.

Petang tu start buat muffin lagi...kali ni nak bawak pergi kenduri sepupu kawin..buat 2 jenis, choc chips muffin dan muffin pandan tapi separuh dah habis dimakan petang tu...he..he..famili maisya datang petang tu so sibuk masak utk dinner. Adik maisya malam tu buat 2 lagi adunan choc chips muffin tu.

Esoknya(Ahad) lepas breakfast kami pergi Butterworth untuk kenduri kawin sepupu. Balik rumah petang tu tidur sekejap sebab malamnya ada projek lagi nak kena buat...Malam tu lepas belek-belek resepi kat file dan jugak internet ambik keputusan utk buat Apple Crumble sebab bahan-bahannya ada kat rumah. Tapi ubahsuai sikit letak dalam tart shell supaya senang nak bawa dan makan. Mula-mula buat dia punya crumble lepas tu simpan dalam petiais. Buat pulak tart shell...siap bakar tart shell(separuh masak) dah pukul 2 pagi hu...hu..hu..

Esok paginya lepas husband pergi kerja kelam-kabut plak buat filling utk tart tu , assemble semua dan bakar. Sambil-sambil tu kejutkan anak-anak, mandikan dan bagi breakfast. Nasib baik sempat siap semua sebelum waktu yg dijanjikan...
Nie dia Apple Crumble Tart sebelum letak crumble dan jugak selepas bakar


oops! Lupa plak nak bagitau...hari Isnin tu ada janji nak jumpa dengan cyber friends. Mamazieza(
http://mamazieza.fotopages.com/) dari Penang datang jemput Maisya kat Kulim dan kami pergi ke Sungai Petani untuk jumpa kawan-kawan yg lain. Dalam perjalanan tu kak Ana(http://elianas.fotopages.com/) pun join sekali. Kat Sungai Petani, kak Liza(http://hanieliza.fotopages.com/) dan kak Rinn(http://rinnchan.fotopages.com/) dah tunggu. Seronok dapat jumpa dengan semua tapi rasa segan sikit sebab baru first time bersua muka. Kat sana Mamazieza sempat buat demo masak Takoyaki ...best sebab dah lama betul tak makan. Maisya tak byk ambik gambar sebab kamera Maisya ni kalau gambar indoor memang tak clear so kalau nak tgk gambar yg cantik kena tunggu kak Liza, kak Rinn, kak Ana dan Mamazieza update kat fotopages masing-masinglah. Thanks Mamazieza sebab sudi ajak Maisya join sekali.


Antara makanan yang ada nasi lemak & pulut panggang(kak Ana), kek coklat kukus & takoyaki(Mamazieza), sandwich & bahulu lapis & rojak buah(kak Rinn), salad sayur & salad buah, biskut snow almond, mushroom soup serta air apple(kak Liza), apple crumble tart(Maisya)

Resepi-resepi:

Choc Chips Muffins-->
http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/04/muffins.htm

Pandan Muffin
resepi asal:
Kim's Moist Muffins

Ingredients
1 1/2 cups self-raising flour
1/4 cup vegetable oil
3/4 cup buttermilk *
3/4 cup caster sugar
1 egg, lightly beaten
1 tablespoon pandan emulco

for topping:
15g mentega
15g gula
30g tepung gandum
Campurkan mentega dan gula hingga sebati. Tambahkan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan atau simpan di dalam peti ais.

Method
Preheat oven to 180°C.
Grease muffin tins or use liners.
Mix all dry ingredients together and make a well.
Mix all wet ingredients together and pour into the well.
Add flavourings and mix well until just combined.
Place in tins,sprinkle topping and bake for 15-20 minutes or until lightly browned. (maisya bakar dalam 25 minit)

*Buttermilk Substitute
1. Place a Tablespoon of white vinegar or lemon juice in a liquid measuring cup.
2. Add enough milk to bring the liquid up to the one-cup line.
3. Let stand for five minute. Then, use as much as your recipe calls for.

Apple Crumble Tart
diolah dari resepi Apple Crumble kat blog Kacip(
http://kacip.blogspot.com/2008/11/apple-crumble.html)

Tart shell:
recipe from 1mas2ra FNR
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour

1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy. Cucuk-cucuk bahagian dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan.(maisya guna suhu 160 C api atas dan bawah)

Filling:
8 biji epal hijau, kupas kulit dan potong dadu
8 sdb gula perang
2 sdt serbuk kulit kayu manis(tak letak)
100 gm kismis/mixed fruits (tak letak)

Cara-cara :-
Cairkan sedikit butter(about 1 sudu besar). Masukkan epal dan gaul rata. Taburkan gula perang , gaul rata. Masak hingga epal lembut dan air hampir kering. Sudukan ke dalam tart shell.

Crumble/Topping :-
100 gm tepung gandum
50 gm tepung naik sendiri
2 sdb tepung kastad
30 gm serbuk badam [ground almond]
150 gm mentega sejuk, potong dadu
120 gm gula

Cara-cara :-
1. Satukan 2 jenis tepung, tepung kastad dan serbuk badam.
2. Masukkan mentega sejuk tadi dan ramas dengan tangan sehingga menjadi 'crumb'.
3. Masukkan gula dan gaul sebati.
4. Sudukan 'crumb' tadi ke atas epal [jgn tekan] sehingga rata dan menutupi keseluruhan epal dan bakar selama 25-30 min atau sehingga bahagian atas menjadi perang keemasan. (maisya guna suhu 160 C, api atas dan bawah...last few minutes guna api atas shj utk bagi garing bahagian atas tu)

Kek Coklat Kukus
resepi diubahsuai dari beberapa resepi kek coklat kukus

3 cawan tepung gandum -ayak
3 sudu kecil baking powder-ayak
1 cawan gula-kisar halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko -ayak
4 biji telur-dipukul sedikit dengan garfu
1 cawan minyak sayuran
1 cawan susu segar

-Campurkan susu pekat bersama susu segar ke dalam periuk, gaul rata dan panaskan (gunakan api kecil dan hendaklah sentiasa dikacau).
-Campurkan tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan gula. Gaul rata.
-Masukkan telur dan minyak. Kacau dan gaul rata... tak payah pukul pun.
-Bila bahan di atas semua dah gaul sebati, masukkan susu panas tadi dan kacau rata.
-Tuang adunan dlm loyang yang telah digris dan dialas kertas minyak. Tutup atas loyang dengan aluminum foil supaya air tak menitik jatuh.
-Kukus sehingga masak dengan api kecil/sederhana sahaja.

Ulasan

Mawarceria berkata…
Hai Maisya, Seronok kan dapat jumpa blogger lain. Kalau sudi la Yas nak cadangkan kita tubuh kelab Blogger Utara. Leh le jumpa ramai2 Kongsi ilmu.2 bulan sekali ka. Kalau sudi mai la tengok blog yas http://mawarceria.blogspot.com.Saya budak baru belajar. Seronok masuk blog Maisya dapat bayak ilmu. TQ very much.
MyLilBundle berkata…
bestnyerr kak maisya dpt gather2 ngan kwn2 siber...siap leh jumpa kak lieza ngan kak rinn lg tuh!
huhuuuu sedapnyerr tart apple crumble...i likeee :p
soulha,cairo berkata…
salam kak maisya..izzaiyik!! sihat hendaknya..kita dtng sokmo cuma tk tinggal jejak jer....special tart untuk majlis ghat erkk..bestnya dpt jumpa sifoo uthaga..nie tk sabaq nk balik nie..hehehe
Kacip_Fatimah berkata…
seronokkkkkk nyerr..dan jelesssssss nyerr..huhuhu..
sayang Cip takleh join gath arituh..atleast maisya dah pun jumpa kak liza..kan..
Kak Ana berkata…
Salam Maisya...teringat-ingat apple crumble maisya tu...balik kat umah akak makan pun masih crunchy dan sedap...maisya ni pemalu orgnya tapi kaya dengan senyuman....
PINATBATE berkata…
wah..seronoknya sifu-sifu gathering..
Maisya berkata…
Yas,
Dok kat utara kat mana?

shima,
apple crumble tu first time akak buat dan first time jugak makan

sue,
bila nak balik msia ni?

Cip,
tu la before ni takat cakap kat telefon je, akhirnya dpt jugak jumpa. Bila plak nak jumpa Cip eh?He..he..

Kak Ana,
Memang seganlah...in real life Maisya 2 kali ganda pemalu dari alam cyber ni...

kat Pinat,
Yg lain-lain tu memang sifu-sifu, Maisya ni siput je kot...ha..ha..
Anonymous berkata…
Bestnya dapat jumpe kwn2 alam cyber ni..
nnti kl nk gathering lg..bgtaula..
leh sy join jupe sifu2 nie..
sy pun dok di utara gak..

enan_zulikh@yahoo.com