Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Hijau

Imej
Sementara tunggu resepi baru jom tgk apa yg maisya ada tanam kat rumah...since rumah maisya tak de kawasan tanah sebab semua dah kena simen so dapat tanam dlm pasu je la. pokok kesum ni dah besar dan tinggi tapi bekasnya still guna yg kecik tu...ntah bila nak tukar ke pasu yg besar....dah tak muat dah ni.
Pokok kari, kecik lagi
Haritu beli fresh herbs kat jusco untuk masak , since satu paket tu byk so try tanam ...idup plak. Yang ni pun nak kena pindah asingkan....thyme tu dah pindahkan beberapa hari lepas ke bekas yg lain.
Daun selom...ni pun try tanam lepas beli utk buat ulam.
Kangkung ni pun saja cuba tanam dari batangnya...hidup le plak...tapi kesian sebab tak cukup tanah dia nak hidup...he..he..
Pokok kunyit yg penah hampir mati tapi hidup semula..
Nie tgh cuba nak tanam limau kasturi.

nak tanam pandan...dah cuba haritu tapi tak mau hidup...nanti nak pergi ambik lagi anak pokok kat umah mertua.

Fish Burger

Imej
Terjumpa this website: http://www.thebesthamburgerrecipes.com/ nampak cam best dan sempoi je cara dia buat burger so try buat fish burger ikut cara-cara dia( ganti daging tu dengan isi ikan). Nie hasilnya...best, juicy je jadinya.




maisya copy instructions utk buat burger tu tapi untuk tengok step by step photos kena pergi kat link asalnya.

The Best Hamburger Recipes
http://www.thebesthamburgerrecipes.com/

NOTE: This recipe IS meant to be tinkered with!

Basic Ingredients:

Any amount of Ground beef
Breadcrumbs
1 egg

Then gather whatever else you want to put in it.
I want this particular batch to be spicy and sweet so I will also be adding:

Worcestershire Sauce
Tabasco Sauce
Crushed Red Pepper

You can put almost anything into a burger, from peanut butter to fresh salsa to cheese. Experiment! What do you usually add TO your burger? Throw in some diced onions, peppers, even ketchup!

STEP 1 - Wash your hands and your countertop and plop a brick of your favorite thawed ground meat down on it.

STEP 2 - Flatt…

Malaysia + Jepun ?

Imej
Tgh malas nak type resepi so letak gambar ni...ni buat dah lama , saja gatai tgn nak combine macam ni. Nasi( campur beras pulut dengan beras biasa) + sambal tumis ikan bilis + timun, dibalut dengan nori(seaweed) dan gulung ala Temaki Zushi ok jugaklah rasa dia.

Kim's Moist Muffin

Imej
Resepi ni diperkenalkan oleh forumer Sankuriang di FNR. Ramai yg dah cuba dan hasilnya memang best! Maisya dah try pelbagai versi guna resepi ni.Nie link untuk resepi asalnya...bacalah review kat situ nanti boleh adjust kuantiti bahan yg diperlukan berdasarkan pengalaman diaorang.

http://www.bestrecipes.com.au/recipe/Kims-Moist-Muffins-L1010.html

Kim's Moist Muffins
Submitted by: Kim-Marie

Serves: 12
Preparation time: 15 minutes or less

No melting butter or beating sugar until fluffy! Easy to cook and easy to eat!

Ingredients
220 g self-raising flour (1 1/2 cups)
1/2 - 3/4 cup vegetable oil (dinasihatkan guna 1/4 - 1/2 cawan je)
3/4 cup buttermilk or regular milk (maisya guna 1 cawan buttermilk)
1/2 - 3/4 cup caster sugar
1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract
150 g added flavours (frozen raspberries, dark/milk/white choc bits, grated apple, mashed banana)

Method
Preheat oven to 180°C.
Grease muffin tins or use liners.
Mix all dry ingredients together and make a well.
Mix all wet ingredien…

Bun Coklat

Imej
Haritu beli bun coklat yg dalamnya ada inti coklat, so belek-belek bahagian ingredients dia sebab nak tau camna dia buat inti tu....bila tengok bahan-bahan dia macam nak sama dengan bahan-bahan yg digunakan utk buat chocolate sheet dalam entry maisya yg ni: Simple Chocolate Sheet
. So lepas di ubah sikit-sikit jadiklah jugak inti tu cuma pahit sikit, next time kena tambah gula or kurangkan serbuk koko dan tambah susu tepung.


BUN COKLAT

Inti:
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar air
1/2 sudu besar butter

Gaul sebati semua bahan ( kecuali butter ). Masak dengan api kecil sambil sentiasa dikacau. Masak hingga pekat. Tutup api dan tambahkan butter. Kacau hingga sebati dan adunan smooth (tambah lagi butter jika perlu). Sejukkan sebelum digunakan.
*inti ni pahit sikit, so bolehlah tambah gula sikit lagi kalau nak.


Roti:
1 1/4 cawan air suam
2 sudu kecil yis kering
1/2 cawan soft brown sugar
3 1/2 cawan tepung
3 sudu besar susu tepung
1/4 …

Sambal Kelapa

Imej
Asyik resepi kek je kan...kali ni letak resepi lauk plak.

SAMBAL KELAPA

cili merah
udang kering
kelapa parut
tempoyak

Tumbuk cili dan udang kering. Tambahkan kelapa parut dan tumbuk. Gaulkan dengan sedikit tempoyak.
Boleh makan dengan ulam-ulaman atau sumbat kat ikan cencaru dan goreng.


Strawberry Chiffon

Imej
Kek lagi?....he....he...

Resepi ni ambik kat fotopages MamaFaMi, resepi dari chef Alex Goh.



KEK CHIFFON PERASA ASAS
chef Alex Goh

Bahan-bahan :
4 kuning telur (medium size)
115 ml air
85 ml minyak sayuran
1/4 sudu teh garam
100 g gula (maisya kisar halus)
150 g tepung
1 sudu teh serbuk penaik
Maisya tambahkan sedikit Strawberry Emulco

(B)
4 putih telur (medium size)
90 g gula (maisya kisar halus)
1/8 sudu teh cream of Tartar (maisya guna jus limau nipis)

Kaedah penyediaan :

1. Tuang kuning telur, gula dan minyak sayuran ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tambah baki bahan-bahan ramuan di (A) ke dalam mangkuk.
3. Adun (A) sehingga tida berbintil-bintil. Ketepikan sebentar.
4. Pukul putih telur di (B) sehingga lembut dan kembang. Tambah gula dan krim tartar. Terus memukul hingga pekat.(soft peak)
5. Adun (A) dan (B) sehingga sebati. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit. Segera balikkan bila dikeluarkan daripada ketuhar. Biarkan ia sejuk. Bila kek sudah sejuk, keluarkannya daripada acuan.

*Maisya bakar dgn suhu 18…

Cheesecake Squares

Imej
Ni satu lagi buah tangan yg dibawa ke majlis hari raya haritu...cheesecake dengan sponge cake sebagai base. Buat nipis je supaya senang nak makan dan boleh dapat byk sikit.

CHEESECAKE SQUARES
base:
2 telur saiz B
2 1/2 sudu besar gula halus
3 2/3 sudu besar tepung gandum
1/3 sudu besar susu tepung
2 2/3 sudu besar butter(dicairkan)
1/3 sudu teh baking powder
1/3 sudu teh esen vanilla
1/3 sudu besar ovalette

-panaskan oven suhu 170 C, api atas dan bawah.
-alaskan loyang dengan kertas minyak hingga menutupi keseluruhan loyang( termasuk bahagian tepi-tepinya )
-pukul dengan high speed semua bahan kecuali butter selama 5-7 minit, hingga gebu dan pekat
-tambahkan butter cair dan kaup balik(fold in) hingga sebati.
-tuangkan ke dalam loyang(maisya guna loyang 9 inci x 10 inci)
-bakar selama 20 minit( di rak tengah ).
-setelah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan.
-setelah sejuk masukkan semula kek ke dalam loyang( sekali dengan kertas minyak )

cheesecake:
200gm homemade cheese - boleh guna cream cheese
1 bek…