Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Kek Yogurt

Imej
Salah satu resepi yg dah diperam bertahun-tahun...raya haji tahun ni baru ada peluang untuk mencuba. Sangat sedap!


KEK YOGURT KAK PAH
resepi sumbangan Tenko di forum cari

Bhn-bhnnya:

6 biji telur(maisya guna saiz sederhana)
2 cwn gula halus(maisya kurangkan jadi 1 1/2 cawan je)
1 buku butter( maisya guna buttercup)
2 1/2 cwn tepung naik sendiri(diayak)
3/4 cwn yogurt -sebrg perasa(maisya guna 2 tub yg kecil tu, perasa blueberry jenama Marigold- satu tub lebih kurang 140 ml)
Hirisan badam(maisya tak letak)
Secubit garam(maisya tak letak)

Cara2nya:

1. Asingkan kuning telur dgn putih telur.
2. Pukul putih telur hingga betul2 kembang. Ketepikan.
3. Pukul butter dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lg.
4. Masukkan putih telur (yg tlh dipukul td), yogurt & tepung berselang-seli. Kacau & tambah garam.
5. Tuang dlm acuan. Taburkan hirisan badam dan bakar hingga masak, lbh kurang sejam atau lbh = 180 darjah C. (Ikut suhu dan masa yg sesuai dgn oven masing-masing.Maisya ba…

Fried Apple Pie

Imej
Apple Pie Goreng ala McD
Sumber : Faridah Hanom/Bebop
6 - 8 keping pie

Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
1 sudu teh garam
1/2 cawan air sejuk

2 biji epal hijau
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

1 cawan minyak sayuran utk menggoreng

Cara-caranya
1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul.
2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci. Letakkan inti epal di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
4. …

Chocolate Almond Biscotti

Imej
Resepi kali ni diambil dari fp Shima. Dah lama simpan resepi ni cuma kali ni baru berkesempatan nak cuba. Hazelnut tu Maisya gantikan dengan almond.


CHOCOLATE HAZELNUT BISCOTTI
http://shima27.fotopages.com/?entry=1503317
original recipe: Joy of Baking by Stephanie Jaworski

125gms semisweet/bittersweet chocolate - dihancurkan kasar2
1 cwn (215gms) brown sugar
1 3/4 cwn (250gms) tepung gandum
1/3 cwn (30gms) serbuk coco
1 sudu besar (4gms) serbuk kopi espresso
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
3 biji telur saiz besar
1 1/2 sudu teh vanilla
1 cwn (150gms) hazelnut cincang - dibakar dulu sampai rangup

CARA:

1. panaskan oven 150 celcius...bakar kacang dulu, sejukkan.
2. hancurkan chocolate kasar2 pastu satukan dlm food processor dgn brown sugar...blend kasi hancur..
3. dlm mangkuk lain, ayakkan tepung, garam, serbuk koko & baking soda...ketepikan.
4. amik mixer lak, pukul telur & vanilla dlm 30saat gitu...pastu dgn kelajuan rendah, masukkan adunan tepung & chocolate td berselang seli sam…

Kek Milo

Imej
Gambar je dulu, dah lama buat ni...few months back kot?( abaikan tarikh pada gambar tu...lupa nak set semula tarikh lepas ganti bateri kamera)...tgh carik balik resepinya..tapi tak jumpa-jumpa...tak ingat letak kat mana.....tak ingat jugak copy resepi dari mana...uwaaa...



Alhamdulillah, jumpa jugak resepinya...(sebab tu la buat blog ni in the first place, sebab selalu tak jumpa kertas resepi..hu..hu..)

Resepi ni dah diubahsuai dari resepi Eggless Chocolate Cake II oleh Ginger P di allrecipes.

Eggless Milo Cake

A: diayak
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

B
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan milo

C: mix well
1 1/2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan susu

-Campur rata bahan A & B
-Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati.
-Bakar sehingga masak.

Resepi Ayam

Imej
Ketiga-tiga resepi ni ambik kat blog kak Zana. Mula-mula pergi sana nak ambik resepi ayam masak merah je tapi end up salin 3 resepi dan buat ketiga-tiganya(bukanlah buat semua dalam sehari). Semuanya sedap. Ayam masak merah tu buat byk so malam tu makan dengan nasi, pagi esoknya makan plak dgn roti jala.




AYAM MASAK MERAH PAK AJI HASSAN
http://zanazman.blogspot.com/2009/02/ayam-masak-merah-pak-aji-hassan.html
1 1/2 ekor ayam
A- bhn tumis
bwg merah dihiris bwg putih dihiris
halia dihiris
1/2 inci kulit kayu manis
3 bj buah pelaga sekuntum bunga lawang
3 bj cengkih
B - bhn mesin dan di adun sekali jadi pes
5 biji buah keras (ganti kacang tanah pun ok gak)
10 biji buah badam
2 sdb kaskas (optional)
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
1/3 tin tomato sup brand heinz
1/3 tin susu cair
1/2 botol sos tomato
10 ulas bwg merah
5 ulas bawang putih
2 sdb serbuk cili

C -
santan (optional)
susu pekat
garam bawang besar - potong bulat
daun sup dan daun bawang - dipotong

1. ayam dibersihkan dan di gaul dgn garam & kunyit …

Oil Cookies

Imej
Biskut-biskut ni dibuat menggunakan minyak bukan mentega seperti kebiasaannya. Kadang-kadang teringin nak buat biskut tapi butter/marjerin tak de kat rumah, so ni satu alternatif yang bagus. Nak buat pun agak mudah sebab tak payah nak pukul butter & gula. Biskut ni tak lembut..dia keras(tak delah sampai tak boleh gigit) dan maisya suka keras macam ni...masa makan bunyik krup-krap :). Maisya sengaja jugak buat besar-besar.



Crisp Choc Chips Oil Cookies
( anggaran boleh dapat 30 biji saiz besar )

A
1/2 cup vegetable oil
1/2 cup firmly packed soft brown sugar
1/4 cup icing sugar

B
1/2 teaspoon vanilla essence
3 tablespoons water

C
1 1/2 cups flour
3/4 teaspoon baking soda
salt

D
1/2 cup nestum
1/4 cup choc chips
1/4 cup nuts

Panaskan oven.
-Gaul rata semua bahan A, campurkan bahan B kepadanya dan gaul sebati.
-Gaul rata bahan C( ayak kalau rajin ), tambahkan kepada adunan tadi. gaul rata.
-Tambahkan bahan D, gaul rata. Adunan memang terasa agak berminyak tetapi bukan lembik, tambah tepung jika terlalu lem…

7th Birthday

Imej
Last week bday anak sulung, Maisya buatkan doll cake utk dia. Bukan dia mintak pun...maknya yg teringin nak cuba buat :) . Keknya guna resepi Kek Coklat Kukus Bebop. Utk doll cake ni maisya kukus dalam bekas tau fu fah dan dadih( yg kecik ) so tak payah la nak trim kek yg besar, senang sikit. Lebihan adunan bubuh dlm loyang kek dan bakar dlm oven.

Ini rupa kek yg dah dikukus dlm 2 bekas taufufah(dlm gambar ada 1 je) dan satu bekas dadih.

Lepas tu tindan kek tu dan 'gamkan' guna coklat topping. Selalunya org guna kek span utk buat doll cake ni tapi since maisya guna kek coklat, dia berat dan tak berapa stabil bila dah ditindan. Kena extra careful supaya tak tergolek kek-kek tu. Trim kan sikit bagi nampak bentuk macam skirt.

Kemudian salutkan dengan buttercream sikit...nipis je utk lekatkan cake crumbs. Simpan dlm petiais sekejap bagi keras, lepas tu barulah boleh decorate.

Ni kek yg dah decorate bahagian skirtnya...badannya belum cantum lagi. Bahagian ropol-ropol tu tak menjadik sg…

Fluffy Scrambled Eggs

Imej
He..he..resepi scrambled eggs pun nak letak? Just nak share salah satu cara nak dptkan scrambled eggs yg fluffy.


Scrambled Eggs Recipe
http://culinaryarts.about.com/od/eggsdairy/r/scrambled.htm
Making the perfect scrambled eggs isn't difficult. The key is whisking the eggs thoroughly and vigorously before cooking them. Whisking incorporates air, which produces fluffier scrambled eggs. And fluffier is better!

Overcooking is a common problem with scrambled eggs. For starters, scrambled eggs should never be even the slightest bit brown -- that means they're burnt! But the perfect scrambled eggs should be soft and just a little bit moist.

One last thing: Eggs should always be cooked in a nonstick sauté pan. And for that reason, you should always use a heat-resistant rubber spatula.

Prep Time: 5 minutes
Cook Time: 5 minutes

Ingredients:
8 eggs
1/2 cup whole milk
2 Tbsp clarified butter or whole butter
Salt and ground white pepper, to taste

Preparation:
Crack the eggs into a glass mixing bowl and…

Butterscotch Surprise Cake

Imej
Few weeks back ada someone yg tanyakan resepi kek butterscotch dekat forum cari so bila baca perbincangan mengenai kek ni teringin plak nak cuba.Resepi yg maisya cuba ni nama dia Butterscotch Surprise Cake.Dia ada butterscotch layer( soft macam puding ) kat dalamnya....kek tu jadik ok tapi part butterscotch tu tak tau la jadik ke tidak sebab rasa dia ala-ala kaya @ sekaya le plak...camna rasa butterscotch ni sebenarnya Maisya pun tak tau. Nie la rupa kek yg maisya buat



Butterscotch Surprise Cake
http://gggiraffe.blogspot.com/2009/06/butterscotch-and-banner-surprises.html

Cake:
125g butter
3/4 cup sugar
2 eggs
3/4 cup plain flour
1/2 cup self raising flour
1/4 cup milk
1 tsp vanilla essence

Filling:
1/2 cup brown sugar (packed)
2 tbsp custard powder
1/2 cup milk
2 tsp butter
1 egg

Place all cake ingredients into mixing bowl and mix with electric beaters on low until combined and then on medium until the mixture changes colour and becomes lighter.

To make filling, combine brown sugar and custard powder i…

Kuih Kayu Keramat

Imej
KAYU KERAMAT
Sumber : Nor Mariah
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1889820

Bahan2
500 gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan marjerin
300ml air suam

Cara2 Menyediakan
1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn marjerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td.
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah). Boleh juga dibancuh malam dan simpan dlm peti sejuk, besok paginya baru goreng.
5. Gorenglah hingga kuih bertukar warna coklat & hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan lebihan kuah gulai semalam

Candied Ginger

Imej
Ini resepi candied ginger yg maisya guna dlm resepi Gingersnaps Cookies haritu. Candied ginger ni boleh dimakan macam tu je....sesapa yg byk angin dlm badan tu bolehlah cuba. Sebaiknya gunakan halia muda sebab halia muda tak byk serat so senang nak dipotong.


RECIPE FOR HOMEMADE CRISTALIZED OR CANDIED GINGER

http://cookingtheideas.blogspot.com/2009/01/recipe-for-homemade-cristalized-or.html

-Peel and thinly slice 1 pound (500 grams) fresh gingerroot.
-Place sliced ginger in a heavy saucepan.
-Cover with water.
-Cook gently until tender, about 30 minutes.
-Drain off water.
-Weigh the cooked ginger and measure an equal amount of sugar.
-Return ginger to saucepan.
-Add sugar and 3 Tablespoons water.
-Bring to a boil, stirring often, and cook until ginger is transparent and liquid has almost evaporated.
-Reduce heat and cook, stirring constantly, until almost dry.
-Toss cooled ginger in sugar to coat.
-Store crystallized (candied) ginger in an airtight jar for up to 3 months.

Bday Sarah Yg Ketiga

Imej
Try buat kek Nestum sebab ramai yg dah cuba resepi ni dan kata sedap. Anak-anak suka...laju je habis. Terlupa lak nak ambik gambar kek yg belum decorate.

NESTUM CAKE
recipe by: Chanel2004 from forum cari FNR

Ingredients:

250 g butter
200 g caster sugar (kurangkan kepada 180g)
1 tablespoon honey
4 eggs (grade B)
50 g nestum
200 g self-raising flour; sifted
150 ml milk

Method :

1. Preheat oven at 180C
2. Lined & greased 9" baking tin.
3. Beat butter, sugar & honey till light & fluffy (do not overbeat).
4. Add in eggs one at a time. Beat well after each addition.
5. Add nestum and mix well.
6. Fold in sifted flour alternately with milk and blend till combined.
7. Bake for 40-45 minutes.

Untuk decoration cuba guna steamed buttercream untuk salut kek. Risau juga takut tak jadi sebab first time cuba. Nasib baik menjadi tapi tak dapat cover keseluruhan kek ...bahagian tepi tu tak tutup habis...kek pun tak trim betul-betul so nampak bonjol-bonjol kat sana sini. Lebih cantik rasanya kalau disalu…

Salam Aidilfitri

Imej
Selamat Hari Raya dan Maisya minta maaf jika ada salah dan silap.

Lamanya tak update blog ni....Baby Aisyah pun dah nak masuk 2 bulan. Sempat jugaklah buat 4 jenis biskut utk hari raya tahun ni. Buat yg senang-senang je.

Kek buah ni senang je cara nak buatnya dan alhamdulillah hasilnya pun sedap. First time sebenarnya cuba buat kek buah. Resepi ni Maisya ambil di FNR(forum cari) tapi asalnya dari Kak Nur RN (Resepinet)

KEK BUAH MUDAH

BAHAN-BAHANNYA:

2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 1/2 CAWAN GULA
1 CAWAN AIR SEJUK
2 BIJI TELUR
250 GM MENTEGA
2 CAWAN MIX FRUIT
2 SUDU KECIL BICARBONATE
1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR (maisya tak letak)
SEDIKIT GARAM

CARANYA:

1. AYAK TEPUNG DAN AMBIL SEGENGGAM DAN GAUL BERSAMA BUAH DAN LETAK TEPI.
2. AMBIL 3 SUDU GULA (DARI 1 1/2 CAWAN TU) DAN BAKAR DALAM PERIUK UNTUK JADIKAN
GULA HANGUS DAN MASUKKAN AIR DAN KACAU.
3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI MENTEGA, GULA, GARAM DAN MIX FRUIT KE DALAM PERIUK TU. BILA GULA DAN MENTEGA DAH CAIR, MASUKAN BICABONATE DAN CREAM OF TARTAR…

Update

Imej
Just a quick update. Introducing our new family member: Aisyah.



* Click the image to see it in larger size.

Kuih Tepung Talam

Imej
Beberapa bulan yang lepas surau di taman Maisya tinggal ni ada anjurkan program untuk muslimat...kami belajar buat kuih tepung talam. Memang puas hati dengan resepi ni, pertama kali cuba dah jadi elok je. Kemanisannya pun ok tak terlalu manis.


KUIH TEPUNG TALAM resepi oleh Pn. Suzita
Lapisan Bawah: 2 1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan gula pasir 3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa ) 1 cawan air daun pandan 1 sudu kecil pewarna hijau
1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas. 2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata. 3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati. 4. Tambahkan pewarna. 5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.
* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.

Lapisan atas: 2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa ) 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil garam
1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas. 2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga se…

Muffin Kurma

Imej
Guna resepi Kim's Moist Muffin. Ubahsuai sikit untuk jadikan Muffin Kurma.

MUFFIN KURMA
Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
garam
1/2 cawan gula halus( boleh kurangkan lagi sebab kurma pun dah manis )
1 cawan kurma yg dihiris halus
sedikit badam cincang

Bahan B
1/4 cawan minyak
1 cawan buttermilk (susu + air perahan limau nipis )
1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract

Method
Preheat oven to 190°C. ( Api atas dan bawah )
Grease muffin tins or use liners.
Mix all dry ingredients(bahan A) together and make a well.
Mix all wet ingredients(bahan B) together and pour into the well.
Mix well until just combined.
Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned.


Kuah Pecal Segera

Imej
Dulu biasa beli kat kedai kuah pecal yg instant ni. Haritu agak rajin so cuba buat sendiri plak. Guna resepi yg biasa Maisya gunakan. Resepi ada kat sini : KUAH PECAL . Cuma ubah sikit cara nak buatnya. Sukatan tak de la...main agak-agak je.


KUAH PECAL SEGERA
Kacang tanah( disangai dan dikisar )
Udang kering, basuh dan goreng hingga garing
Belacan(optional, maisya selalu tak letak), digoreng sebentar
Bawang merah( dihiris nipis ), digoreng hingga garing
Cili kering( dipotong-potong anggaran 1 inci), basuh dan goreng sebentar
Gula
Garam

1.Kisar semua bahan yg dah digoreng tadi (bawang, belacan, udang kering, cili kering) bersama-sama gula dan garam hingga halus. (Bahan yg dah digoreng tu seeloknya dibiarkan sejuk dahulu barulah dikisar ye)
2.Campurkan bahan kisar dengan kacang yg dah dikisar, gaul rata.
3.Bolehlah dibahagi-bahagikan dan dibungkus dalam plastik kecil dan disimpan dalam peti sejuk.

Cara guna:
Campurkan kuah segera ni dengan air & air asam jawa secukupnya dan masak sebentar hingga…

Bengkang Tepung

Imej
BENGKANG TEPUNG
Posted by Ida on July 20, 2008
http://1001resepi.com/?p=1050

Ingredients
2 eggs
2 cups coconut milk(maisya guna 1 kotak santan Ayam Brands + air secukupnya)
1 cup plain flour
1/3 cup corn flour(maisya guna tepung kastad)
1/2 cup sugar
1/2 teaspoon salt
2-3 drops green food colouring(maisya tambah juga pandan paste)

Directions
Mix all ingredients in blender/mixer and blend/mix until smooth.
Pour batter into greased baking tin and bake in preheated oven for 30 to 45 minutes at 200C
*Maisya bakar guna acuan bengkang kat atas dapur gas, lebih kurang sejam dengan api yg kecil.

Roti lagi

Imej
Semua roti ni guna resepi yang sama , iaitu resepi Mini Loaf Bread . Cuma ada sesetengah tu Maisya tambahkan lagi kuantiti gula.

Yang ni bubuh inti kaya pandan lepas tu pipe kan jugak kaya pandan kat bahagian atasnya. Sedap tu sedap tapi masa nak makan tu comot sikitlah sebab kaya yg jadik topping tu melekit sikit.


Yang ni plak letak sosej dan pipe kan sos tomato. Loyangnya kecik, kesian roti tu terpaksa berhimpit..he..he..


Yang ni kosong je tak de tambah apa-apa.
Yang ni pulak dilapiskan dengan inti coklat...cara nak buatnya macam nak buat croissant or boleh rujuk entry yg ni: Pandan Marble Bread. Ingat nak buat comel-comel je tapi jadik gedabak le plak.

8th Wedding Anniversary

Imej
22hb Jun merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan Maisya & hubby...tahun ni anniversary yg ke 8.

Malas nak buat kek ( kek birthday Maryam yg ke 4 bulan April lepas pun tak buat...) so semalam just buat muffin pandan untuk bekal hubby ke office dan selitkan nota 'Happy 8th Anniversary'.....hubby macam tahu je Maisya malas nak buat kek , masa balik dari office dia bawak balik kek yg dibeli di kedai....tq! Dah lama hubby tak beli kek kat kedai, sebab selalunya Maisya buat sendiri.

Nie lah rupa kek yg dah tinggal separuh je, kek span coklat dengan topping buttercream.
Nie pulak muffin pandan yang Maisya buat semalam

MUFFIN PANDAN
copy from: http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1753794
Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera…

Chicken Pie

Imej
Try buat chicken pie ni tapi just buat kecik-kecik senang nak makan, tak payah potong-potong. Guna acuan tart yg kecik tu.




Untuk inti maisya guna resepi dari
http://makcikkantin.blogspot.com/2009/02/chicken-pie.html
yang maisya copy dari fp mamafami
http://mamafami.fotopages.com/?entry=1822498

PAI AYAM

Inti :

1 peket daging ayam cincang (about 340g)
1 tin sup cendawan
300g sayuran campuran
300g bawang besar, didadu
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung dibancuh bersama 1/2 cawan air
garam
lada sulah

Kaedah penyediaan :

- Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan bawang dadu. Biarkan sampai lembut.
- Masukkan ayam cincang dan kacau agar ayam tidak berketul. Goreng hingga ayam masak.
- Masukkan sayuran campuran.
- Di dalam mangkuk yang berasingan, bancuh sup cendawan dengan 1 cawan air. Kacau rata.
- Tuangkan bancuhan sup cendawan ke dalam ayam tadi. Tambah air jika perlu.
- Masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air. Ini adalah untuk memekatkan kuah.
- Masak di atas api perlahan.
- Perisakan denga…

Kuih Gunting

Imej
Kuih Gunting
resepi chef norzailina nordin

Bahan-bahan ( 1 balang )
375gm tepung
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari-hiris halus
1 1/2 sudu teh garam
pepper
90gm majerin (maisya cuma guna dlm 70g sahaja)
130-140ml santan (tambah air jika x cukup)

Cara-cara
Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh.
Gunting n goreng.

Kuih Cara Moden

Imej
Resepi ni pun jumpa kat myresipi.com. Intinya guna kaya tanpa telur seperti dalam entry yang sebelum ni. Sedap kuih ni , lembut dan ringan. Ada iras kaya ball tapi ada rasa macam apam juga sebab guna yis. Yang bestnya adunan langsung tak lekat kat acuan so senang je nak keluarkan. Maisya guna tepung gandum je semua sebab tepung jagung dah habis.





KUIH CARA MODEN
wifemuda @ myresipi.com
Resepi asal dari laman web saji
http://www.myresipi.com/top/detail/7880


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
250ml susu cair
4 sudu besar gula
1 sudu kecil yis kering (mauripan)
sedikit garam
2 biji telur
3 sudu besar butter ( cairkan )
sekaya secukupnya

Cara-cara
-Campurkan semua bahan kering dan gaul rata
-Kemudian masukkan susu dan telur
-Gaul hingga sebati. Biar selama 1 jam.
-Kemudian masukkan butter cair dan gaul rata semula.
-Panaskan acuan (kuih cara ) dengan butter/minyak. Sudukan adunan dan isikan kaya ataupun apa saja isian kegemaran anda
-Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.
-T…