Oil Cookies

Biskut-biskut ni dibuat menggunakan minyak bukan mentega seperti kebiasaannya. Kadang-kadang teringin nak buat biskut tapi butter/marjerin tak de kat rumah, so ni satu alternatif yang bagus. Nak buat pun agak mudah sebab tak payah nak pukul butter & gula. Biskut ni tak lembut..dia keras(tak delah sampai tak boleh gigit) dan maisya suka keras macam ni...masa makan bunyik krup-krap :). Maisya sengaja jugak buat besar-besar.



Crisp Choc Chips Oil Cookies
( anggaran boleh dapat 30 biji saiz besar )

A
1/2 cup vegetable oil
1/2 cup firmly packed soft brown sugar
1/4 cup icing sugar

B
1/2 teaspoon vanilla essence
3 tablespoons water

C
1 1/2 cups flour
3/4 teaspoon baking soda
salt

D
1/2 cup nestum
1/4 cup choc chips
1/4 cup nuts

Panaskan oven.
-Gaul rata semua bahan A, campurkan bahan B kepadanya dan gaul sebati.
-Gaul rata bahan C( ayak kalau rajin ), tambahkan kepada adunan tadi. gaul rata.
-Tambahkan bahan D, gaul rata. Adunan memang terasa agak berminyak tetapi bukan lembik, tambah tepung jika terlalu lembik.
-Jemput-jemputkan adunan( boleh juga guna sudu ), dan susun atas dulang pembakar yg telah digris atau dialas kertas minyak. Leperkan sikit adunan ikut ketebalan yg disukai. Maisya ambil satu sudu besar adunan, bulat-bulatkan sikit dan letak atas tray kemudian leperkan sikit guna tangan sebab nak yg besar tapi tak tebal sgt.
-Bakar dengan suhu 160 C selama 15 minit , api atas dan bawah ( sila ikut suhu dan masa yg sesuai dengan oven masing-masing ye )
-Sejukkan sebelum disimpan.


yang dibawah ni guna resepi yg sama cuma maisya tambah 1 sudu besar serbuk koko

Ulasan

MamaFaMi berkata…
Memang sesuai sekali tajuk Blog Maisya ni tau... Himpunan PELBAGAI resepi. Rasanya cookie yang gunakan minyak yang ma tahu sebelum ni, hanya Mazola je. :D

Happy belated birthday buat anak sulong Maisya. Kreatif sungguh Maisya menghasilkan gaun dolly tu. Boleh eh kukus guna bekas taufufah tu... ma tak tahu pulak...
Maisya berkata…
MamaFaMi,
Bekas tau fu fah tu kalau ada tulis boleh masuk microwave Insyaallah boleh guna utk kukus ni.
Helmiyani berkata…
bagusnya maisya.. idea yg bagus sebab bukan selalu ada butter kat mah. thanks for sharing :)
ummuhanah berkata…
maisya, bakar cookies tu atas jaring atau atas pan ?
Maisya berkata…
helmiyani @ ciku nunu,
tu la...kena cari alternatif resepi utk pelbagai situasi.

ummuhanah,
maisya bakar dalam tray...tu susun atas jaring utk sejukkan lepas masak.