Tuesday, February 25, 2014

Roti Bantal/ Loaf

Tahun lepas tak banyak mencuba resepi roti yang baru, asyik ulang resepi yang sama cuma ubah sana sini ikut bahan-bahan yang ada di rumah. Ada juga mencuba teknik sponge dough seperti resepi Queen Bread yang agak popular di kalangan blogger masakan pada masa itu.

Maisya ada menjadi ahli kepada Kelab Roti, sebuah group di FB. Banyak juga tips dan ilmu baru yang dipelajari. Contohnya,
1)selama ini Maisya selalu guna air suam untuk buat roti tapi sebenarnya penggunaan air sejuk/air ais sangat bagus untuk menghasilkan roti yang lembut dan bertekstur halus, terutamanya jika uli doh menggunakan mixer atau breadmaker kerana semasa proses menguli doh akan menjadi panas.
2)selama ini juga Maisya selalu menggunakan teknik merehatkan doh 2 kali( uli->biar naik 2 kali ganda->uli buang angin->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar), tetapi rupanya selepas diuli boleh terus dibentukkan (uli->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar). Cara ini lebih cepat dan doh lebih senang untuk dibentukkan.
3)kuantiti yis boleh dikurangkan untuk melambatkan proses pengembangan doh. Anggaran 4g yis kering untuk 1kg tepung. Doh boleh diuli pada waktu malam, dibentukkan dan dibiarkan (bertutup) untuk dibakar pada awal pagi esoknya.
4)tips menggunakan BM(breadmaker) Tesco, pilih menu no 8. Selepas uli yang pertama, terus tekan start beberapa saat untuk reset dan pilih menu no 8 sekali lagi. Selepas selesai uli yang pertama boleh terus keluarkan daripada BM dan bentukkan. Untuk breadmaker, jika pilih untuk uli dan terus bakar, hanya guna anggaran 2 sudu kecil(8g) yis sahaja untuk 500g tepung.
5)doh yang siap diuli akan kelihatan berminyak, lembut dan berat serta boleh ditarik nipis seperti doh roti canai. Sapukan minyak pada tangan untuk lebih mudah mengendalikan doh.
6)sebelum dibakar, sapukan doh dengan bancuhan susu tepung dan air. Selepas bakar juga sapu sekali lagi untuk mendapatkan permukaan yang cantik berkilat.
7)segera keluarkan roti daripada loyang selepas dibakar dan sejukkan di atas redai supaya bahagian bawah roti tidak lembap.

Awal tahun ini Maisya berkesempatan menghadiri kelas membuat roti oleh Mamazieza. Walaupun Maisya dah lama buat roti tetapi selama ini hanya berguru dengan youtube, forum, blog dll sahaja. Teringin pula belajar teknik yang betul.

Gambar daripada Puan Ayu, tuan kedai Eriqa Sweet Bake, Kulim (tempat kelas diadakan)

Kebetulan pula pada penghujung tahun lepas berpeluang membeli breadmaker pada harga yang murah; TESCO buat jualan murah dan breadmaker dijual dengan harga RM199 sahaja. Harga asalnya RM3++. Maka, semangat untuk meroti pun bertambah-tambah.



Setelah membeli loyang Pullman bertutup seperti gambar ini, Maisya telah mencuba beberapa resepi baru.


Gambar daripada:
http://sakura-lovebaking.blogspot.com/2009/10/sandwich-white-bread.html

Ambil masa juga untuk memahami karenah loyang ini. Setelah cubaan kali keempat barulah dapat hasil yang memuaskan hati. Cubaan pertama, bakar sebelum doh belum cukup naik, hasilnya..roti tak dapat bentuk segi empat yang cantik.



Cubaan kedua, kecuaian...penutup loyang tak ditutup rapat...hasilnya doh melimpah di bahagian tepi. Gambar tak ada.

Cubaan ketiga, warna pucat/ roti belum cukup masak. (Disebabkan loyang bertutup sepenuhnya, sukar nak mengagak roti dah masak ke belum sebab tak nampak keadaan roti di dalam loyang tu)



Kali keempat, barulah tidak mengecewakan. Roti masak sempurna.


Tips menggunakan loyang Pullman bertutup
1) sapu shortening/marjerin/butter pada keseluruhan loyang termasuk penutupnya
2) formula untuk tentukan berat doh yang sesuai untuk loyang adalah 1/5 daripada berat air yang boleh diisi dalam loyang tersebut (sesetengah loyang ada ditulis siap-siap pada badan loyang berapa berat doh yang sesuai )
3)doh jangan diletak seketul besar terus. Bahagikan kepada 4 doh kecil. Gulung doh seperti buat kek gulung, dan susun keempat-empat doh di dalam loyang. (Boleh rujuk video Pak Agus di bawah untuk lebih mudah memahaminya)
4) seeloknya doh jangan biar naik sampai memenuhi loyang , tinggalkan ruang anggaran 1/2 inci semasa dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar
5)untuk oven seperti yang saya guna iaitu Pensonic 17L, gunakan suhu 175 C selama 40 - 45 minit, api atas dan bawah, letakkan di rak tengah (pusing loyang selepas 30 minit supaya pembakaran sekata)

Berikut pula adalah resepi-resepi yang telah dicuba.

Biasanya sebelum ini untuk roti loaf Maisya menggunakan resepi dari Kak Noor yang diambil dari forum cari. Resepi mudah dengan bahan-bahan yang sedikit dan kos yang murah.


ROTI PUTIH
source: Noormasri , FNR

Bahan-bahan:

1 cawan air suam (luke warm)
1 sudu kecil garam
1.5 sudu besar gula
1.5 sudu besar minyak boleh ganti mentega atau shortening yg dicairkan
3 cawan tepung roti
1.5 sudu kecil yis kering

Resepi daripada Pak Agus yang sangat bagus, boleh lihat videonya di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=bbzBurr6Gzw

dicampur serbuk koko dan kismis
 roti kosong

Roti Tawar Indonesia Pak Agus Jamhari

1) 500 gram tepung high protein
2) 8 gram garam
3) 2 gram pelembut roti (Maisya tak letak)
4) 8 gram yis segera
5) 30 gram susu tepung
6) 40 gram gula pasir
7) 1 biji kuning telur
8) 50 gram mentega
9) 300 gram air ais

*Untuk cara-caranya, sila lihat video di atas.


Resepi daripada Chef Azuan

Roti Gardenia
1kg bread flour
10g bread softner( Maisya tak letak)
20g bread imprrover(Maisya tak letak)
25g high quality of dry yeast
30g milk powder
20g salt
80g sugar
60g shortening
600 ml water

Resepi daripada ahli Kelab Roti ( FB group) - Ozleen Muhi

ROTI LOAF
500 gm t.roti
100 gm gula
100 gm marjerin/butter/shortening
11 gm yis
2 bj telur(100gm)
10 gm garam
30 gm susu tepung
5g bread improver(Maisya tak letak)
200gm air+ais


campur semua uli smpai elastik..
loyang pullman 8x4x4...450gm doh
boleh dpt 2 loyang ada lebih sikit

Resepi ini bukan khusus untuk loaf tapi Maisya cuba masukkan dalam loyang ni.
Buat marble, doh putih dan doh coklat

 dengan buterscotch chips

Roti Loaf
500 gram tepung gandum 
1 bungkus yis segera (11g) 
15 gram susu tepung 
75 gram gula pasir 
50 gram madu (atau susu pekat )
1 biji telur 
250 ml air sejuk (peti sejuk)
1 sudu teh garam 
50 gram marjerin 


Roti kismis resepi daripada paket yis Mauripan


Roti Kismis 
700g tepung roti
2 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
100g gula
50g(1 biji) telur
35ml susu segar
400ml air sejuk
100g kismis
70g mentega

Roti Cheese resepi daripada manual BM Tesco
Roti Keju
1 1/3 cawan air sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
3 1/3 cawan tepung roti
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil yis kering
3/4 cawan keju cheddar parut


Roti Benggali
Roti Bengggali- Sofinar Myresipi
Bahan-bahan ( 4 orang makan )

350g tepung roti
1 sudu besar shortening
secubit garam
120 - 160 ml air 
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

Thursday, February 6, 2014

Homemade Peanut Butter

Senang rupanya nak buat peanut butter di rumah. Beli yang dah siap di kedai sebenarnya lagi senang...tetapi kadang-kadang datang kerajinan nak bereksperimen di dapur. Ini hasil eksperimen baru-baru ini setelah membaca beberapa resepi di internet dan juga menonton video di youtube.

Mentega Kacang
Bahan-bahan yang perlu:
2 cawan kacang tanah

2 sudu besar minyak 
sedikit garam(kalau mahu)

Kacang tanah dipanggang( atau goreng tanpa minyak).Bersihkan kacang daripada kulit/selaputnya tu. 
Kisar semua bahan sampai halus dan berkrim. Kena sabar sikit masa mengisar tu sebab ambil masa dan kena selalu berhenti-henti dan kacau bagi rata. Bila rupa dah jadi macam peanut butter yang dijual tu dah siap la maknanya.


Boleh ditambah coklat, atau apa-apa yang disukai.


tips: 

1)Masa mengisar tu kita kisar jangan lama-lama terus-menerus. Kisar beberapa saat, berhenti. Kisar lagi, berhenti....ulang-ulang proses ni sampai siap. Masa berhenti tu kacau-kacau sikit supaya sekata.

Boleh tonton video ini di youtube untuk rujukan.

http://www.youtube.com/watch?v=aDNxGBFt0mU

2)Kacang dikisar semasa masih suam


Ini peanut butter yang dah ditambah serbuk koko ( jangan letak banyak nanti pahit pulak )






Tuesday, January 21, 2014

Rainbow Cake

Setelah lama meninggalkan blog ini tanpa dikemaskini, Maisya kongsikan satu resepi yang telah Maisya cuba pada tahun lepas. Sangat berpuas hati dengan hasilnya walaupun mengambil masa yang lama ( 2 jam ) untuk membakar kesemua 6 lapisan satu persatu.



Rainbow Cake
taken from http://dairimama.blogspot.com/2011/07/rainbow-cake-by-dorie-greenspan.html
Adapted from Dorie Greenspan

Ingredients
2 1/4 cups cake flour
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon salt (omit if u’re using salted butter)
1 1/4 cups  milk or buttermilk 
4 large egg whites
¾ cup sugar 
2 teaspoons grated lemon zest 
125gm unsalted butter, softened 
1/2 teaspoon pure lemon extract
Gel or powder food coloring
2 tsp vanilla essence

1. Preheat the oven and put a rack in the middle or upper third of the oven. Butter two 5 inch pans and line with buttered parchment paper.
2. Sift together the flour, baking powder, and salt. In another bowl, whisk together the egg whites and buttermilk. I whisked the mixture using hand for about 1 minute. 
3. Cream the butter and sugar in a mixer on medium speed for a full 3 minutes until very light and fluffy. 
Beat in half of the egg-buttermilk mixture, then flour mixture, then the last of the egg-buttermilk mixture, and finally the last of the flour, beating until the batter is smooth. Beat the entire batter on medium high for two minutes until completely smooth and mixed.
4. Divide the batter in 6, dye each batter with different colour. Bake 20 minutes, rotating halfway through, or until a thin knife inserted in the middle comes out clean. Cool in the pans five minutes, then turn out onto a cooling rack. To ensure moistness, once the cakes are cooled, wrap immediately and chill.

For the Cream Cheese Frosting:
4 ounces butter, at room temperature
4 ounces cream cheese, at room temperature
4 ounces mascarpone cheese, at room temperature
1 cup powdered sugar
1 tablespoon vanilla extract

To make the frosting: Using the whisk attachment, whip the butter and  cheese on high speed for about 5 minutes, scraping the bowl down as necessary. Reduce the speed to low and slowly add the powdered sugar until all is incorporated. Add the vanilla and mix to combine. Increase the speed to medium high and whip for a few minutes until the frosting is light and fluffy, scraping the bowl as necessary.

*Maisya tak guna mascarpone cheese, hanya cream cheese semata-mata.

Tuesday, July 10, 2012

Hokkaido Chiffon Cupcakes


Selalu tertarik dengan pelbagai juadah yang dipamerkan di blog MASAM MANIS. Kali ini mencuba resepi ini:


HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.html


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder


4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin


Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata


Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)


Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama


Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek


Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.


CREAM CUSTARD
by : Honey


1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila


Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.


Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Monday, July 9, 2012

Nasi Biryani Ayam




Ini adalah cara yang agak mudah untuk menyediakan nasi biryani ayam. Resepi ini adalah berdasarkan resepi daripada Chef Vah Reh Vah. Boleh rujuk video ini di youtube 




Nasi Biryani Ayam


persediaan:
1. Cuci bersih dan kemudian rendamkan beras basmathi(kali ini maisya cuma guna beras biasa) di dalam air selama lebih kurang 30 minit. Toskan.
2. Sediakan bawang goreng( kuantitinya bergantung dengan kuantiti ayam dan beras yang digunakan )


Bahan perapan:
Cili hijau, dihiris kasar
Daun pudina dan daun ketumbar, dihiris kasar
Halia dan bawang putih , ditumbuk lumat
Serbuk lada hitam
Jintan hitam dan jintan putih
Serbuk cili
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Bay leaf(daun salam)
Mace(bunga pala)
Kulit kayu manis
Cengkih
Buah pelaga(green cardamom)
Black cardamom
Bawang goreng
Minyak 
Yogurt
*Boleh juga menggantikan kesemua rempah-ratus di atas dengan rempah biryani yang dijual di pasaran.


Cara-cara:
1. Perap ayam dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.( lebih lama lebih bagus )
2. Masukkan ayam ke dalam periuk( gunakan periuk yang dasarnya tebal ). Ratakan di dasar periuk. Tuangkan beras ke atasnya. Taburkan pula daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng. Renjiskan air saffron atau pewarna kuning. Tutup periuk dengaan tudung periuk. Pastikan ditutup dengan rapat supaya wap tidak keluar. Boleh letakkan kain kecil di mulut periuk sebelum ditutup( seperti ditunjukkan dalam video ) atau letakkan sesuatu yang berat di atas tudung periuk ( Maisya letakkan lesung batu ...hi..hi..)
3.Masak dengan api besar selama 5 minit, kemudian api sederhana 15 minit dan api kecil selama 10 minit. Jika takut ayam hangit, alaskan periuk dengan tudung periuk.
4. Bila dah masak, gaul rata nasi supaya rempah sekata.