Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ayam

Pulut Kuning & Rendang

Imej
Buat pulut kuning ni tanpa ada apa-apa sebab....saja je sebab dah lama tak makan. Rendang ayam plak kali ni buat lain dari kebiasaan. Selalunya Maisya buat rendang just campak semua bahan dan biar dia masak sampai kering. Kali ni cuba resepi yg perlu tumis dulu bahan-bahannya. My rendang ni terlebih merah plak padahal bukan pedas pun....maybe sebab tak letak kerisik. PULUT KUNING http://hanieliza.fotopages.com/?entry=421568 Bahan 1 kg beras pulut [ dibasuhkan] 3 keping asam keping 3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan air secukupnya untuk merendam pulut. 1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat] garam gula (maisya tak letak) Cara: 1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya] 2. Toskan beras pulut dalam tapisan. 3. Panaskan kukusan. 4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang. 5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi p...

Ayam Mayonis

Imej
Saja mencuba resepi yang lain dari yang lain. AYAM MAYONIS http://kacip.blogspot.com/2009/04/ayam-mayonis.html Bahan-bahan :- 600 gm daging ayam, dipotong kecil Dimayang/ 1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 3 cm halia 4 sdb cili kisar 2 sdb mayonis 2 sdb sos cili (maisya letak sos tomato) 1 sdb serbuk lada hitam (tak letak) 2 tangkai daun ketumbar, dihiris 2 cm (tak letak) 3/4 cwn air garam dan gula secukup rasa *maisya tambah bunga lawang, bunga cengkih, pelaga semasa menumis *maisya tambah serbuk badam pada langkah ke3 Cara-cara :- 1. Ayam yang telah dibersihkan dilumur garam dan serbuk kunyit lalu digoreng sehingga masak. Tidak perlu sampai garing. Sekadar empuk dan masak sudah mencukupi. 2. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis cili kisar hingga masak dan pecah minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau sehingga rata. 3. Masukkan air, serbuk lada hitam, garam, dan gula [anggaran 1 sdb] kemudian kacau lagi. ...

Kurma Ayam

Imej
Sedikit kelainan dari yang biasa Maisya buat sebab ada tambah jus limau nipis. Maisya perahkan jus limau kepada santan. Kurma Ayam Sumber : Hanieliza Bahan-Bahan: 1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil) 5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air] 3 b iji kentang [belah 4] 1 labu bawang besar [belah 4] 1 biji buah tomato 2 biji lada hijau [belah 2] 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] 1 biji limau nipis [ambil jusnya] 2 s/b majerin minyak garam Bahan tumbuk 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia Cara Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendidih. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendidih dan agak pekat. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat. Hidangkan dengan nasi...

Ayamas Crispy Sweet Sour

Imej
Ayamas Crispy Sweet Sour recipe by: gar_field79 @ myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/3934 Bahan-bahan ( 4-5orang ) 4-5 ketul ayam Ayamas Crispy 2 ulas bawang putih (cincang halus) 3 ulas bawang merah (cincang halus) 1 biji bawang besar (potong dadu) 1 btg lobak,1 btg timun,3 biji tomato(potong dadu) 2 biji limau kasturi 1 sudu besar cili kisar @ 10 biji cili api(ditumbuk manje) 3 sudu besar sos cili dan sos tomato garam dan gula secukup rasa Cara-cara Potong kecil ayam,utk memastikan tepung ayam tak terabur,potong ketika ayam baru keluar dari frozen.Then goreng,siap.Angkat Then,tumis bawang putih,bawang merah,cili sampai naik bau.Masukkan bawang besar. Pastu,masukkan sos cili dan tomato.Masuk lobak dan letak air skit. Selepas itu,masukkan ayamas tadi dan masukkan semua tomato dan timun.Biarkan sekejap. Rasa garam,ikut suka nak tambah garam ke tak coz sos dah ada rasa n ayam pun dah masin.letak gula skit dan last sekali masukkan air limau kasturi. Siap..angkat dan sedap di...

Resepi Ayam

Imej
Ketiga-tiga resepi ni ambik kat blog kak Zana . Mula-mula pergi sana nak ambik resepi ayam masak merah je tapi end up salin 3 resepi dan buat ketiga-tiganya(bukanlah buat semua dalam sehari). Semuanya sedap. Ayam masak merah tu buat byk so malam tu makan dengan nasi, pagi esoknya makan plak dgn roti jala. AYAM MASAK MERAH PAK AJI HASSAN http://zanazman.blogspot.com/2009/02/ayam-masak-merah-pak-aji-hassan.html 1 1/2 ekor ayam A- bhn tumis bwg merah dihiris bwg putih dihiris halia dihiris 1/2 inci kulit kayu manis 3 bj buah pelaga sekuntum bunga lawang 3 bj cengkih B - bhn mesin dan di adun sekali jadi pes 5 biji buah keras (ganti kacang tanah pun ok gak) 10 biji buah badam 2 sdb kaskas (optional) 1 sdt jintan manis 1 sdt jintan putih 1/3 tin tomato sup brand heinz 1/3 tin susu cair 1/2 botol sos tomato 10 ulas bwg merah 5 ulas bawang putih 2 sdb serbuk cili C - santan (optional) susu pekat garam bawang besar - potong bulat daun sup dan daun bawang - dipotong 1. ayam dibersihkan dan di ...

Ayam

Imej
Nie update sekali harung je segala resepi berkaitan ayam yg maisya belum letak kat blog ni. Byk rupanya yg dok terperap dlm pc ni. Jumpa resepi ni di FNR tapi asalnya diambil dari FP MamaFaMi dan MamaFaMi plak ambil dari FP kak Tun....jauh berjalan resepi ni...he..he..maisya memang suka ayam goreng yg ada rempah-rempah ni. AYAM GORENG MARSALA (MAMAK) http://boxhousestudio.fotopages.com/?entry=1420011 Bahan A: Ayam 12 ketui Bahan B: (kisar) Bawang putih 5 ulas Halia 2cm Bawang Merah 2 ulas Cili Hijau 5 batang Bahan C: Rempah kari 4 tsp Jintan Manis 1 tsp (serbuk) Jintan putih 1 tsp (serbuk) Lada sulah 1 tsp Kunyit serbuk 1 tsp Rempah beryani 1 tsp Pewarna kuning 1/2 tsp Pewarna merah 1/2 tsp Garam 1 tsp Bahan D: Tepung beras 2 tbsp Bahan E : (goreng) Daun kari 10 tangkai Bawang besar 2 biji Cara Menyediakannya : Perap ayam dengan bahan-bahan B, C dan D Goreng ayam hingga masak dan hias dengan bahan E Nie ayam utk set nasi ayam. Maisya bakar dlm oven jer ayam ni...malas nak goreng sebab ...

Chicken Chop

Imej
First time cuba buat. Niat dihati nak ikut resepi yg kat bawah ni tapi tak print resepi tu, masa buat just agak-agak je bahannya, bubuh apa yg teringat jer...ada jugak bahan yg terlupa letak..hu..hu..tapi oklah jugak. Nanti nak cuba ikut sepenuhnya resepi ni. CHICKEN CHOP -resepi dari cikgu suria, ambik kat teratak chetam ************** 4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk ½ cawan jus limau ½ cawan air bawang putih 1 sk serbuk lada hitam 2 sb kicap pekat 2 biji telur dipukul 1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa minyak untuk menggoreng hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad Cara-caranya : 1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam. 2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit. 3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas. 4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad. 5. hidang bersama sos chicken chop. Sos lada hitam ac...

Lemang dan Rendang

Imej
Entah apa angin yg melanda, last week maisya buat lemang dan rendang..he..he...sebenarnya masa balik kg minggu lepas mak bagi jagung dan daun pisang, terus cuba buat lemang ni sebab sebelum ni asyik tertangguh je nak buat sebab tak de daun pisang. Lemang ni namanya Lemang Perantau...cara moden nak buat lemang tanpa guna buluh...resepi dari K.Noor yg duduk merantau kat UK masa tu. Maisya buat lemang jagung tapi kurang rasa lemak sebab santan yg digunakan tak berapa pekat. Anyway, sedap je bila makan dengan rendang...hu..hu...macam raya le plak. Lemang tu maisya potong masa masih panas, sebab tu dia pecah-pecah... LEMANG PERANTAU recipe posted by Noormasri at FNR Bahan-bahan: 1 kg beras pulut 2 1/2 cawan santan pekat 1 sudu besar garam (paras rata) 1 sudu besar gula (paras rata) - optional air secukup nya Cara membuat: Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap) Campurkan garam dan gula ke dalam sa...

Pita Bread & Kebab

Imej
Ini adalah cubaan kali ketiga maisya buat roti pita...Dah cuba 3 resepi yg berbeza tapi kali ni sungguh puas hati bila kelapan-lapan roti pita yg dibuat tu naik kembung dgn sempurna bila bakar. Sebelum ni mesti ada yg tak naik. Tak taulah sebab resepi ni yg bagus ke or sebab maisya dah improve cara buat roti pita ni tapi korang cubalah...tak susah. Maisya ikut sebijik cam resepi, tak de ubah apa-apa kecuali maisya uli dgn tangan je. Peppy's Pita Bread Submitted by: Sandy Rated: 5 out of 5 by 126 members Prep Time: 30 Minutes Cook Time: 15 Minutes Ready In: 3 Hours 20 Minutes Yields: 8 servings "Easy to make pita style bread." INGREDIENTS: 1 1/8 cups warm water (110 degrees F/45 degrees C) 3 cups all-purpose flour 1 teaspoon salt 1 tablespoon vegetable oil 1 1/2 teaspoons white sugar 1 1/2 teaspoons active dry yeast DIRECTIONS: 1. Place all ingredients in bread pan of your bread machine, select Dough setting and start. When dough has risen long enough, machine will beep. ...

White Stew/Cream Stew

Imej
White Stew/Cream Stew sumber: Bistro SMAP's Complete Recipe book hidangan utk 4-6 org Bahan A: Isi ayam-digaul dgn garam dan lada sulah 3 ubi kentang 2 carrot 1 bawang besar 1 broccoli 5 cendawan butang 2 celery 15 kacang buncis Bahan B: 60g butter 60g tepung gandum 5 cawan susu segar suam 5 cawan stok ayam @ kiub ayam dilarutkan dgn 5 cawan air 1 helai laurel/bay leaf ( tak de pun tak pe la...) garam lada sulah 1 1/2 cawan fresh cream Bahan C: 200g twist macaroni/fussili - direbus sehingga lembut, ditos Cara: 1. Semua bahan A dipotong kecil/saiz yang sesuai 2. Cairkan butter dalam periuk dan goreng sebentar semua bahan A. 3. Alihkan periuk dari api. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. 4. Letakkan semula periuk atas api dan tambah susu. Gaul rata dan tambahkan pula stok ayam dan daun laurel. Gaul rata dan masak sehingga semua bahan empuk dgn api yg sederhana. Kacau sekali sekala. 5. Tambahkan garam dan lada sulah mengikut citarasa. 6. Tuangkan fresh cream sejurus sebelum tutup ap...

Ayam Goreng Berempah

Imej
Ayam Goreng Berempah recipe posted by hasmal at FNR Bahan A bawang putih 5 ulas bawang merah 5 ulas halia 2-3 inci serai 3 batang Bahan B cili mesin 2-3 sudu rempah kari daging BABA's - 1 paket jintan manis - 1 sudu besar jintan putih - 1 sudu besar ketumbar - 1 sudu besar garam,gula,ajinomoto(kalau tak buh pun tak pe) Blend bahan A dan gaul dengan bahan B dan perap dengan ayam selama 3 jam... pas tu goreng dengan minyak yang banyak hingga tenggelam ayam dengan api sederhana......siap dan sedap di makan dengan nasi kukus dan gulai kari mamak....

Ayam Percik Special

Imej
Nie second time guna resepi ni...sedap! Resepi boleh check sini Ayam Percik Special

Daging Dendeng ( version negeri Perak )

Imej
Masa raya haji haritu mak sedara maisya ada masak daging dendeng ni, sedap tapi segan nak tanya resepi. Kebetulan ada forumer yg kongsi resepi ni di FNR so maisya try. Memang sedap!! Mula-mula tu maisya try guna ayam( gambar kat bawah) sebab tak de daging, ok jugak rasanya. Baru-baru ni baru berpeluang guna daging plak. Memang akan jadik one of my favourite la lepas ni. Daging dendeng posted by: mias_2004 at FNR daging batang pinang- rebus then potong nipis serai - hiris kasar kicap bawang merah - hiris nipis dan goreng garing blend; cili kering serai(nak sedap, letak banyak) halia bawang merah bawang putih (nak sedap, letak banyak) air rebusan daging 1.hirisan daging tu digoreng, agak-agak garing 2. lepas goreng, tumbuk daging tu dlm lesung batu bagi leper 3.panaskan minyak, tumiskan serai yg dihiris then masukkan bahan yg diblend 4. bila dah naik minyak, masukkan daging, kicap, bawang goreng dan garam. siap

Sate Ayam

Imej
Cuba buat sate resepi k.noor( noormasri ) dari FNR. Buat 20 cucuk je, tapi gemuk-gemuk! Kuah kacang guna resepi k.liza( hanieliza) juga dari FNR. Taaapi sate tu ter masin le plak Masa buat tu posa, petang tu tengok hubby dan anak-anak makan laju je..ingatkan ok ler. Masa bukak posa, makan baru tau rupanya masin ...tapi bubuh kuah kcg byk-byk tak le terasa sgt...Nie bakar dlm oven je. SATE recipe by: noormasri Bahan-bahan satay: 1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm 1 1/2 sudu kecil garam 4 sudu besar gula pasir 2 sudu besar madu 2 sudu besar minyak masak lidi sate minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik) Bahan yg perlu dikisar: 3 ulas bawang merah 2 biji buah keras 2 ulas bawang putih 3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk 4 cm halia 2 batang serai 4 cm lengkuas 1 sudu besar ketumbar } disangai 1 sudu kecil jintan manis } disangai 1 sudu kecil jintan putih } disangai Cara membuatnya: Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar. Pe...

Ayam Percik Special

Imej
Maisya pilih untuk cuba resepi ni sebab cara penyediaannya yang agak berbeza. Cara macam ni tak payahlah nak risau ayam tak masak kat dalamnya bila dibakar. Lagipun bahan-bahannya simple sahaja. Alhamdulillah sedap! Ayam Percik Special kiriman:periperi ,board FNR, forum.cari.com.my Bahan2nya: 1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya) Bahan A: (diblender dengan sedikit air) 3 batang serai 2 inci halia 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah Bahan B: 1 1/2 cawan air asam jawa pekat 7 sudu besar gula garam secukupnya Bahan C: 6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit) 1 cawan santan pekat Cara2nya: Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata. Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan sa...

Chicken

Imej
Ayam Rampai Ini ada satu resepi yg simple dan sedap. Kalau masak lauk ni, tak payah masak lauk lain lagi sebab macam-macam ada kat dalamnya. Selalu Maisya tambahkan juga daun kari supaya wangi. Resepi ini sumbangan forumer hanieliza dari board FNR forum.cari.com.my AYAM RAMPAI Bahan 1/2 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil..bersihkan] 5 biji kentang[ potong kecil dan gorengkan] 1 batang carrot [potong kecil] 20 tangkai kacang sepat/buncis 1 bij capsicum merah[potong kecil] 2 biji tomato [belah 6] 1 labu bawang besar [potong bulat] 3 biji cili merah [hiriskan kasar] 10 biji cili api [hiriskan kasar]...kalau nak pedas... garam kunyit serbuk minyak Bahan tumis [hiriskan] 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 3 cm halia Cara. 1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak [gunakan minyak bekas goreng kentang]. Jangan terlalu garing [nanti keras isi ayam tu] 2. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk tumis bahan tumis. 3. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan masu...