Monday, July 16, 2007

Lemang dan Rendang




Entah apa angin yg melanda, last week maisya buat lemang dan rendang..he..he...sebenarnya masa balik kg minggu lepas mak bagi jagung dan daun pisang, terus cuba buat lemang ni sebab sebelum ni asyik tertangguh je nak buat sebab tak de daun pisang. Lemang ni namanya Lemang Perantau...cara moden nak buat lemang tanpa guna buluh...resepi dari K.Noor yg duduk merantau kat UK masa tu. Maisya buat lemang jagung tapi kurang rasa lemak sebab santan yg digunakan tak berapa pekat. Anyway, sedap je bila makan dengan rendang...hu..hu...macam raya le plak. Lemang tu maisya potong masa masih panas, sebab tu dia pecah-pecah...


LEMANG PERANTAU
recipe posted by Noormasri at FNR

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar garam (paras rata)
1 sudu besar gula (paras rata) - optional
air secukup nya

Cara membuat:

Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam
Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap)
Campurkan garam dan gula ke dalam santan.
Angkat pulut, masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan secukup rata
Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak.
Kemudian ambil daun pisang, letakkan pulut atas nya dan gulung padat2 jd bentuk silinder, hujungnya diikat kemas2
Kemudian gulung dlm aluminium foil, masukkan dlm oven pd suhu 180'C-200'C selama 45 min - tujuannya supaya pulut td padat (leik)
Kemudian keluarkan dr oven..buka foil, letakkan semula suapaya daun pisang tadi agak garing (jika suka lemang yg garing kulitnya)
Keluarkan dr oven, sejukkan sket..boleh lah dipotong dan dinikmati bersama rendang/kari


Maisya punya resepi rendang sempoi je. Sorry, takde sukatan.

RENDANG AYAM
Ayam
Santan
Cili kisar/cili boh
Asam jawa/asam keping
Daun kunyit- dihiris halus
Daun limau purut-dicarik
Garam

Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Ketumbar/serbuk ketumbar
Kunyit/serbuk kunyit

-Campurkan ayam, santan, bahan kisar dan cili boh. Masak hingga kuah pekat sambil digaul sekali-sekala.
-Masukkan daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa/asam keping. Gaul rata dan tambah garam.
-Masak hingga agak kering, atau boleh juga dibiarkan berkuah.

1 comment:

nazura76 said...

Mai... Raya kali ni boleh try laaa ;)