Chocolate Muffin
Pagi Sabtu tu dok termenung pikir nak buat apa utk breakfast...kena buat yg simple dan cepat. Belek-belek himpunan resepi yg dah diprint...dan inilah resepi yg dipilih. Resepi asal adalah Chocolate Chip Muffin from FP kak Roylazim, tapi kat rumah takde choc cip so tak bubuh le. Suhu tu maisya bubuh 200 C ..bergantung le pada oven masing-masing. Dalam masa sejam dah boleh makan...cepat je.
Bahan-bahan ( 20 biji )
• 6(M-size) biji telur
• 150g chocolate chips
• 250g butter tanpa garam- dicairkan
• 50g serbuk koko - ayak
• 2 sudu kecil baking powder - ayak
• 200g gula aising - ayak
• 200g tepung gandum - ayak
Cara-cara
1. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sampai berbuih. Tak payah guna mixer.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diayak. Kacau.
3. Masukkan butter. Masukkan chococolate chips. Kacau sampai sebati
4. Isikan adunan ke dalam cup muffin. 3/4 penuh.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 30 minit.
Ulasan