Photos only
Pau ni maisya buat inti kacang tanah + gula yg dikisar halus...sedap jugak dan yg penting tak payah susah-susah nak masak inti. Selalunya maisya guna soft brown sugar. Ini senarai antara inti yang pernah dibuat:
-Kacang tanah + gula, dikisar halus
-kaya , resepinya di sini ----> KAYA
-chicken black pepper , resepi ada di sini ----> CHICKEN BLACK PEPPER
-kacang merah , resepi yg sama utk buat Ohagi ----> SWEET AZUKI BEAN PASTE
-kastad , guna resepi inti kastad utk cream puff tu ---> INTI KASTAD
Boleh tengok sini utk resepi Pau----> PAU
Buat lagi wadey kepeng, tapi kali ni buat kecik-kecik jer sebesar duit 5 sen sebab haritu tengok cousin buat kecik-kecik jer. Before ni maisya dok buat besor duit 20 sen tu ha...dan kali ni tekan sikit jer ikut nasihat shida..this time baru nampak cantik sikit.
Resepi ada di sini ---->WADEY KEPENGApam ni guna resepi APAM GULA HANGUS, tapi maisya tambah sedikit butter dalam larutan gula hangus tu so rasa dia macam apam butter. Bubuh dalam loyang je sebab malas nak bubuh dalam bekas kecik-kecik.
Cream Puff yang ni buat utk hubby punya officemate...dia dtg rumah suruh demonstrate cara buat ceam puff...tapi tak berapa cantik, patutnya bakar lama sikit. Resepi guna yang ni ---> CREAM PUFF
Roti ni guna resepi donut suria, just bentukkan panjang dan tabur bijan hitam dan putih. Tapi bijan tu tak berapa nak lekat. Mungkin kalau sapu telur dulu baru letak bijan tu ok kot, maisya just sapu air je sikit...he..he..malas! Resepi donut suria ada di sini ---> DONUT SURIA
Mantou, tak berapa gebu...tapi still lembut jugak. Guna resepi PAU sahaja. Bahagi 2 dan satu bahagian ditambah serbuk koko. Gelek dan lapiskan 2 warna tu, lepas tu gulung dan potong-potong. Selain koko boleh jugak guna perasa lain, maisya pernah buat perasa koko dan pandan sahaja.
Pizza base ni guna resepi DONUT SURIA, topping dengan inti karipap dan mayonis, tak de cheese.
Biskut tembikai...malas nak buat bulat-bulat dan potong-potong, so terus gelek dan lapiskan lepas tu potong bentuk empat segi...senang dan cepat tapi tak real le macam rupa tembikai kan..oklah just utk makan kat rumah je. Resepi ada di sini ---> BISKUT TEMBIKAI
Ulasan