Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kuih talam

Kuih Tepung Talam

Imej
Beberapa bulan yang lepas surau di taman Maisya tinggal ni ada anjurkan program untuk muslimat...kami belajar buat kuih tepung talam. Memang puas hati dengan resepi ni, pertama kali cuba dah jadi elok je. Kemanisannya pun ok tak terlalu manis. KUIH TEPUNG TALAM resepi oleh Pn. Suzita Lapisan Bawah: 2 1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan gula pasir 3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa ) 1 cawan air daun pandan 1 sudu kecil pewarna hijau 1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas. 2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata. 3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati. 4. Tambahkan pewarna. 5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit. * Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula. Lapisan atas: 2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa ) 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil garam 1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas. 2 Tuangkan santan pekat sedikit demi se...

Kuih Talam

Imej
Dah lama tak buat kuih-kuih talam ni...dulu selalu gak buat kuih lapis..sekarang malas sikit...lagipun kuih-kuih macam ni banyak betul guna santan...tu yang malas tu. Kuih kaswi sebenarnya dah banyak kali buat tapi kadang-kadang jadik kadang-kadang tak...mana taknya, selalu lupa resepi yg mana satu yg jadik dan mana satu yg tak...bila nak buat jenuh gak selongkar file-file resepi tu....yg ni kali ni jadik elok...so better letak kat blog ni, nanti lupa lagi....hu..hu...maisya guna resepi DianaA tapi dah ubah sikit sebab nak buat rasa pandan. Resepi ni ambik kat blog Teratak Chetam. nie resepi asalnya KUIH KASWI sumbangan Diana Bahan-bahan 500 gm tepung gandum 400 gm gula melaka 200 gm gula pasir 125 gm tepung ubi 1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja 1000 ml air Cara Menyediakan Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan. C ampurkan tepung ubi, tepung gandum, kapur...

Kuih Lapis Jagung-Koko

Imej
Lama tak buat kuih lapis...ada lebihan jagung krim selepas buat apam balik haritu so buat kuih lapis jagung-koko ni. Ni kali kedua buat. Warna tak berapa ceria la...lain kali kena tambah coloring skit kalau nak cantik. KUIH LAPIS JAGUNG 0leh Kak Liza (Buku Aneka Talam dan Kuih Lapis) Bahan-bahan A: 2 cawan tepung gandum 2 s/b tepung beras 2 s/b tepung kastad 3/4 cawan gula 4 cawan santan 1 s/k garam 1/2 cawan jagung ] 1/2 air ] mesinkan 1 s/b serbuk koko ] bancuhkan dan tapis 1/2 cawan air suam ] Cara: 1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan. 2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian. 3. Masukkan jagung dalam 1 bahagian adunan dan campuran koko dalam 1 adunan lagi. 4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan. 5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit. 6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit. 7. Lapiskan adunan koko dan jagung berselang seli sehingga adunan habis. 8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan. Kat bawah ni gambar m...

Serimuka

Imej
Sekali-sekala buat kuih tradisional ni ok jugak kan...cuma kali ni maisya buat utk hidang kat org so dapat makan sisa-sisa dia jer sikit...sedap plak. Bahagian bawah tu guna resepi kak liza dan bahagian atas tu pulak resepi Rashidah dari Resepi Net. Resepi asal suruh masak dulu adunan lapisan atas tu hingga naik wap, tapi maisya malas so terus tuang jer atas lapisan pulut tu dan kukus. Nasib baik menjadik jugak! Serimuka Lapisan bawah: 2 cawan beras pulut 2 1/2 cawan santan cair sedikit garam -Basuh dan rendam beras pulut selama beberapa jam. Toskan -Masukkan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus dengan api besar 15 minit. Buka penutup dan gaul rata pulut. -Kukus lagi 10 minit -Gaul rata dan isikan ke dalam loyang lain yg dah disapu minyak. Tekan-tekan supaya padat. Kukus semula untuk 5 minit. -Cucuk-cucuk bahagian permukaan pulut dgn garfu. Lapisan atas: 100 g gula pasir 1 tbs tepung jagung 1 tbs tepung gandum 12.5 oz santan 3 biji telor (small size) 1/4 ts vanilla ...

Kuih Talam Berlauk

Imej
Kuih talam berlauk...bawahnya guna resepi kak liza ( tak guna keladi ). Bahagian atasnya just bubuh serunding daging, bawang goreng dan daun sup. KUIH TALAM BERLAUK source:buku aneka Talam & Kuih Lapis kak Liza Bahan2:- 3 cawan santan 1 cawan tepung gandum 3 sdm tepung jagung 1 sdt garam 1 biji telur Cara :- 1. Kacau semua bahan hingga sebati 2. Tapiskan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit. 3. Angkat dan sejukkan.

Kuih Lapis Serikaya

Imej
Minggu lepas buat kaya utk inti pau, ada lebih byk so pikir punya pikir camna nak habiskan kaya tu...try buat kuih lapis guna kaya ni. Selepas belek-belek segala resepi kuih lapis…try olah itu ini dan nielah hasilnya. Nasib baik menjadik! Kuih Lapis Kaya Bahagian A 1 cawan kaya 1/4 cawan air ¼ cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung kastad 1/2 sudu teh garam Gaul rata semua bahan dan tapiskan Bahagian B 1 cawan santan 1/2 cawan tepung gandum 1/4 cawan gula 1 sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung kastad 1/2 sudu teh garam pewarna kuning (warna lain pun ok) Gaul rata semua bahan dan tapiskan. Panaskan periuk kukus Sapukan minyak pada loyang. Tuangkan 3 senduk nasi bahagian A dan kukus selama 5 minit. Tuangkan pula 3 senduk nasi bahagian B dan kukus selama 5 minit. Ulang hingga semua adunan habis.Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Kuih Lapis Jagung-Koko

Imej

Serimuka Durian

Imej