Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Cucur Nasi Ikan Bilis

Imej
Rasanya ramai yg cuba resepi ni....sangat suka dgn resepi ni sebab cucurnya lembut walau dah sejuk. Resepi ni kiranya penyelamat buat Maisya sebab Maisya selalu kalau buat cucur jadik liat..ha..ha..tak tau pasai pa peratusan cucur jadik liat tu sgt tinggi so bila jumpa resepi ni tersangatlah sukanya. Dah byk kali buat.


CUCUR NASI IKAN BILIS
http://yatiememories.blogspot.com/2010/10/cucur-nasi-ikan-bilis.html

Bahan-Bahan
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya

Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedik…

Hati Masak Jintan

Imej
My favourite ...my mom kalau beli hati lembu suka masak macam ni. Sukatan tak delah, kena agak-agak sendiri

Hati Masak Jintan
Bhn2:
Hati ayam/lembu
Jintan manis ]
Lada hitam ] tiga-tiga bahan ni ditumbuk (kalau guna yg serbuk lagik senang)
Jintan putih ]

Bawang merah ]
Bawang putih ] dimayang halus
Halia ]

Garam
Daun kunyit - dicarik-carik
Daun limau purut
kulit kayu manis
santan
cabai merah - dihiris asam keping

Caranya:
Masukkan kesemua bhn ke dalam kuali dan masak dgn api yg sederhana hingga agak kering...gaul sekali sekala yer

Setelah lama menyepi...

Imej
Hampir 2 bulan tak update blog ni...hujung tahun sibuk dengan persiapan sekolah anak, jahit uniform sekolah etc. Semenjak sekolah dah buka ni pagi-pagi pun 'meriah' jer ...yang kena ke sekolah liat nak bangun tapi yang kecik 2 org tu pulak dari subuh dah celik mata...dah bangun tu payah pulak nak tido balik so susahlah nak update blog...nak edit gambar pun tak sempat.


Baby Hajar dah berusia 2 bulan...ni gambar dia yg terbaru.


Anak sulung dah masuk darjah 3....dengan uniform sekolah yg siap sehari sebelum sekolah bukak...kih...kih...start potong kain pun seminggu sebelum tu, punyalah malas!