Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Roti ...macam-macam ada..

Imej
Mini Loaf Bread recipe taken from: http://cookpad.com/recipe/641947 300g tepung roti 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 1/2 sudu besar yis kering 1 telur 25g butter - melted 90ml susu suam 90ml air suam -Campurkan semua bahan kecuali butter dan gaul rata hingga jadi doh.(Air tu jangan tuang semua sekaligus...sebab maisya buat haritu doh jadik lembik sgt) -Tambahkan butter dan gaul rata. -Uli hingga adunan elastik (15 minit - atau lebih ) -Peram hingga adunan naik 2 kali ganda -Tumbuk adunan dan uli sebentar untuk buang angin -Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, bulat-bulatkan. Rehatkan doh 10 minit. -Ambil satu bahagian doh dan canai, bentukkan seperti gambar dibawah. Susunkan dalam loaf pan yang dah digris. Ulang hingga habis semua adunan. -Rehatkan hingga naik 2 kali ganda dan bolehlah dibakar.Maisya bakar dengan suhu 175C guna api atas dan bawah selama 25-30minit(di rak yg bawah). -Sebaik sahaja keluar dari oven sapukan permukaan roti dengan butter. Sejukkan di atas reda

Black Forest Cake

Imej
Untuk birthday tahun ni cuba buat Kek Black Forest. Resepi ambil dari fotopages kak MaDiHa. Rasanya kali terakhir makan kek Black Forest ni masa sekolah menengah dulu....lama sungguh dah! Kek span ni mengecut sikit sebab lambat keluarkan dari loyang. First time decorate guna whipping cream....patut kena tambah gula sikit, sebab tawar tapi maisya tak tambah sebab resepi tak suruh letak...lupa plak nak rasa dulu sebelum pukul kembang tu. Try buat rosette untuk hiasan kat atas tu tapi tak jadik le plak....jadik swirl biasa je. Chocolate rice plak tak de...so tepi tu bubuh serbuk koko sikit...kalau ada chocolate rice baru cantik. Ceri kat atas tu guna ceri yg sama utk filling tu je, malas nak beli ceri yg merah tu. Ni la hasilnya: BLACK FOREST CAKE Sumber : Chef Anuar http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1203854 Bahan2 1 biji kek span coklat saiz 8 inci (resepi sila rujuk di bawah) 400 g whipping cream (yg manis)- dipukul hingga kental. 200 g chocolate rice 180 g buah ceri hitam dalam

Spinach Pasta

Imej
cuba buat spinach pasta...before ni dah selalu buat yg plain je so try yg lain sikit. Resepi dan cara sama je macam pasta biasa cuma tambah bayam. Oklah jugak resultnya walaupu n tak berapa nampak hijau, maybe kena bubuh lebih sikit bayam tu. Maisya masak macam biasa dengan sos spagetti je. Spinach Pasta ( for 3 person ) Secekak bayam hijau(sebenarnya tak berapa sure sukatan ni...agak-agak je la) 3 biji telur(large) 3 cawan tepung 1.Mula-mula basuh bersih-bersih bayam dan ambik bahagian daunnya sahaja, toskan. 2.Masakkan sebentar bayam tadi dalam kuali (tanpa minyak) sehingga bayam layu.(refer gambar) 3.Biarkan sejuk lepas tu perahkan bayam tadi untuk buang lebihan air. 4.Cincang halus bayam tadi. 5.Sediakan tepung dan buatkan lubang ditengahnya, pecahkan telur dan tambahkan bayam yg telah dicincang tadi kat lubang tu(refer gambar) 6.Gaul telur&bayam dengan tepung sedikit demi sedikit dan ulilah sehingga jadi doh. Kalau rasa adunan agak kering(sebab maybe guna saiz telur yg kecil)

Sotong Pattaya

Imej
Resepi dari Ninoz...boleh guna sotong / udang/ ketam etc. Maisya buat terlebih kuah plak . Sotong Pattaya http://cangkirbiru.blogspot.com/2008/11/sotong-kawin-dengan-ketam-di-patayya.html cara: tumbuk bawang putih dgn cili hidup, tp jgn terlampau hancur tumis dgn minyak masak+ minyak bijan sket. once naik bau, just masukkan sos tiram sket, sos tomato sket , sos cili sket and adjust garam n gula to taste.. then masukkan seafood pastu tutup kuali bagi cepat sket masak n tak makan masa lama.. then masukkan daun selasih atau daun limau purut

Bahulu Lapis

Imej
Resepi asal untuk buat bahulu gulung tapi maisya buat style lapis. Lapiskan macam buat kek lapis; masak satu layer lepas tu sapu jem dan tuang layer seterusnya sampailah habis. Each layer masak dalam 10-15 minit. Bahulu Gulung Resepi dari dayang_jack di myresipi http://www.myresipi.com/top/detail/6819 Bahan-bahan ( dulang saiz 9" x 7". Satu gulung utk 3-4 orang ) 90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak) 3 biji telur A 5 sb gula halus 1 sdt esen vanilla / jus lemon 2 sb jem raspberi sedikit gula halus utk taburan Cara-cara Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak) Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik.

Hari Keluarga

Imej
Saja letak gambar-gambar masa hari keluarga kat tempat tinggal maisya hari Sabtu baru ni....anak-anak & suami ada la masuk acara, maisya tukang tengok je.