Black Forest Cake

Untuk birthday tahun ni cuba buat Kek Black Forest. Resepi ambil dari fotopages kak MaDiHa. Rasanya kali terakhir makan kek Black Forest ni masa sekolah menengah dulu....lama sungguh dah!

Kek span ni mengecut sikit sebab lambat keluarkan dari loyang. First time decorate guna whipping cream....patut kena tambah gula sikit, sebab tawar tapi maisya tak tambah sebab resepi tak suruh letak...lupa plak nak rasa dulu sebelum pukul kembang tu. Try buat rosette untuk hiasan kat atas tu tapi tak jadik le plak....jadik swirl biasa je. Chocolate rice plak tak de...so tepi tu bubuh serbuk koko sikit...kalau ada chocolate rice baru cantik. Ceri kat atas tu guna ceri yg sama utk filling tu je, malas nak beli ceri yg merah tu.

Ni la hasilnya:





BLACK FOREST CAKE
Sumber : Chef Anuar
http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1203854


Bahan2
1 biji kek span coklat saiz 8 inci (resepi sila rujuk di bawah)
400 g whipping cream (yg manis)- dipukul hingga kental.
200 g chocolate rice
180 g buah ceri hitam dalam tin
2 s/b tepung jagung - bancuh dengan sikit jus ceri
20 g gula kastor
150 ml jus buah ceri -yg dlm tin tadi
sedikit serbuk kayu manis (maisya tak letak)
ceri merah biasa (maisya guna ceri hitam)
kepingan coklat masakan diparut.
sedikit snow powder (maisya tak letak)

Cara2
1. didihkan jus buah ceri dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis.
2. masukkan bancuhan tepung jagung. kacau hingga pekat.
3. tuangkan buah ceri dan kacau sebati. tutup api biarkan sejuk.
4. potong kek span kepada 3 lapisan
5. letak lapisan pertama.. sapukan dengan sirap ceri tadi di atas lapisan kek. kemudian sapukan whip cream rata.
6. letak beberapa biji ceri atas cream. sapu lagi cream atas ceri. ratakan.
7. letak kepingan kedua.. ulang proses no. 5.
8. lakukan hingga ke lapisan ke3.
9. akhir sekali sapukan cream rata2 ke atas kek bahagian atas dan tepi.
10.Paipkan cream menggunakan nozel bintang mengikut kreativiti sendiri.
11 hias dengan coklat rice, ceri & coklat parut sebagai hiasan.
12.akhir sekali.. taburkan atas kek dengan snow powder.

KEK SPAN COKLAT

Bahan2
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
4 biji telur (gred B)
10 gm ovalette
20 ml air
1 s/k vanila
20 ml minyak jagung

Cara2
-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
-Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
-Tuang dlm tin pembakar yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
-Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak.
-Keluarkan kek dari loyang sebaik keluar dari oven
-Sejukkan di atas redai

Ulasan

MyLilBundle berkata…
perghhhh syoknyerrr dpt kek black forest sebijik besau cmni..puas mkn...dulu kalau beli pun sepotong2 jekk mkn sampai jilat sudu sbb x cukup! ikshh mana nk cr ceri hitam tu kak maisya...susah nk jumpa laaa kt kedai(mmg x penah jumpa pun) ahaks
btw happy belated birthday yeee ;p
soulha,cairo berkata…
Happy Birthday Maisya..Semoga Dipermudahkan segala urusan, panjang umur murah rezeki...

ermm..sedapnya blck forest tu..tk pernah try lg..sbnrnya malas.. hehehe, cantikkan kek nie nak2 lg klu ada cerry merah..
Maisya berkata…
shima,
ya betul...kalau buat sendiri boleh makan byk-byk...tapikan haritu dekat separuh tu dimakan oleh hubby akak saja...kami yg lain ni makan sikit-sikit je la.
Ceri hitam tu jual dalam tin macam pie filling tu...kalau tak silap namanya kat tin tu tulis Dark Sweet Cherries

Sue,
Lama tak nampak...bila nak balik msia ni?
umeboshi berkata…
yummy nye...
husna berkata…
salam kak maisya. nak tanya camna cara nak simpan buttercream yang x hbs?
Maisya berkata…
husna,
biasanya maisya letak dlm bekas bertutup dan simpan dalam peti ais.
husna berkata…
thanks kak maisya.