Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Mayonnaise Muffins

Imej
Satu resepi yg agak menarik utk dicuba....rasa dia boleh tahan tapi bahagian permukaan tu jadi melekit plak bila dah sejuk...kena bakar lama lagi sikit kot? Maisya letak jem nenas kat dalam tu.


Mayonnaise Muffins
http://www.bbonline.com/va/theresidence/recipe1.html

2 cups self-rising flour
*maisya tambah gula sikit...beberapa sudu besar
1/4 cup mayonnaise
1 cup milk

Mix ingredients in order given. Spoon into prepared muffin tins. Bake at 400 degrees F for 15 to 20 min. or until lightly browned. Makes 12.
Serve with butter and jam. Easy and good.

Soto

Imej
Masakan-masakan yg renyah macam ni rasanya setahun sekali je boleh buat...kena tunggu bebetul rajin. Resepi di ambil dari fp Lee Lin

SOTO
http://kucingorengemok.fotopages.com/?entry=1702367

Kuah soto
1 ekor ayam
1 kiub perasa ayam (maisya tak letak)
1 sup bunjut

Kisar:
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Kisar kering:
Lada hitam
Jintan kasar
Jintan halus
Ketumbar – 2 kali ganda jintan (kalau jintan 1 paket, ketumbar 2 paket)

1. Tumis bahan kisar, bila wangi masukkan bahan kisar kering.
2. Biarkan wangi, masukkan ayam. Tambah air hingga ayam tenggelam
3. Masukkan kiub perasa ayam, sup bunjut dan garam, biar mendidih.
4. Bila ayam lembut, keluarkan dari kuah. Toskan.
5. Siat dan carik-carikkan isi ayam.


Bergedel
1 kilo kentang
1/2 buku bawang putih
lada sulah (banyak)
400g daging cincang
100-200g bawang goreng
1 cekak daun sup – racik halus
1 cekak daun bawang – racik halus
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur – asingkan kuning dan putih telur

1. Hiris kentang dan goreng hingga lembut. Lenyek/tumbuk.
2. Tumis bawang p…

Hazelnut Chocolate Brownies

Imej
HAZELNUT CHOCOLATE BROWNIES
Recipe by Amy Beh
http://kuali.com/recipes/viewrecipe.asp?r=1468

Ingredients
# 150g dark cooking chocolate, broken into pieces
# 175g butter
# 175g soft brown sugar
# 3/4 tsp vanilla essence
# 3 eggs

Sifted twice:
# 135g plain flour
# 80g cocoa powder
# 1 tsp cinnamon powder(tak letak)
# 1/2 tsp salt

# 100g roasted hazelnuts, very coarsely chopped (maisya guna almond)

Method
Line a 21cm square baking tin with lightly greased aluminium foil. Preheat oven to 180°C.

Melt butter and chocolate over simmering hot water until both chocolate and butter melts into a paste.

Remove from heat and add in sugar. Stir until sugar dissolves( part ni penat dok kacau-kacau tapi tak mau larut pun gulanya). Leave aside to cool.

Add eggs, one at a time into the chocolate butter paste and add in essence, sifted flour and cocoa mixture.

Stir in hazelnuts.

Pour batter into prepared tin and bake for 30 minutes.

Allow brownies to cool for 10–15 minutes then cut into slices.

*maisya guna loyang cutter. Ala…

Roti Arab

Imej
Alhamdulillah menjadik elok je kembungnya walaupun rupanya tak berapa cantik....makan dengan sambal sardin


ROTI ARAB

resepi dari sofinar @ myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/3710

Bahan-bahan ( 18 biji )

* 2 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak masak
* 2 sudu besar gula
* 300 ml air suam
* 6 g yis ( lebih kurang 2 sudu kecil )
* 500g tpg gandum

Cara-cara

1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2. tepung di gaul dengan yis
3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4. perap selama 1 jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7. panaskan minyak dan goreng sebiji2(kaut dan curah-curahkan minyak panas atas roti tu), tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan. Goreng hingga kedua-dua belah bewarna perang.
8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

*uli tak de lama sgt macam buat roti tu...lebih kurang 5 minit
*lepas mencanai jgn biar lama sgt untuk goreng, k…

Laksa Johor

Imej
Dah lama nak cuba buat laksa johor sebab tak pernah makan tapi resepinya nampak leceh. Terjumpa resepi yg agak mudah di fotopages kak Anim (http://penyulawa.fotopages.com/). Ni la hasilnya.


LAKSA JOHOR
http://penyulawa.fotopages.com/?entry=1486016

bahan utama
1 atau 2 pek speghetti - rebus spt arahan di pek

rebus dan kisar (jgn buang air rebusan)
1 kg ikan kembung putih (ikan parang sweeter la walau banyak tulang but expensive)
250 gm udang putih yang kecil2 tu... (yg ni option jer tp kalau bubuh lg sedap)
100 gm ikan bilis basah (option jugak, jarang bubuh sebab susah dapat boleh abaikan)

bahan kisar
15 butir bawang merah (lebih pun sodap)
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit (pakai serbuk pun boleh)
8 batang serai - dihiris
1 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih (halus)
sedikit udang kering
belacan
1 senduk cili kisar
minyak untuk menumis

bahan lain
2 sudu besar kerisik
250 gm santan pati (beli terus kat pasar RM1)
asam keping garam secukup rasa
se…

Sotong

Imej
Sotong Goreng Tepung
che'iza @ myresipi.com (http://www.myresipi.com/top/detail/4014)

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Sotong Masak Sos Berempah
resepi dari Baiduri Othman di FNR

Bahan2nya:-
1 kg sotong dibersihkan mcm biasa
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit halia
dua tiga sudu besar sos cili
dua tiga sudu besar sos tomato
cili merah
sedikit serbuk ketumbar & serbuk kurma
satu btg serai dititik
ga…

Yong Tau Foo (?)

Imej
Nie bukan Yong Tau Foo yg real sebab tak ikut resepi pun...Bubuh je apa yg rasa nak dan sosnya pun hentam saja...ok lah. Rasa Yong Tau Foo yang sebenarnya pun dah lupa sebab dah bertahun-tahun tak makan.

Maisya cuma letak fishball, ganmodoki, kangkung, carrot & laksam. Semua bahan(kecuali laksam) direbus sekejap dengan air rebusan ikan bilis. Lepas tu potong kecik-kecik dan gaul dengan sos.

Fishball ni buat sendiri guna resepi yg ni: FISHBALL tapi tambah carrot yg diparut.

Yang ni Ganmodoki(deep-fried fritters made of tofu & vegetables), resepinya di sini: GANMODOKI. Kali ni tak cantik sgt jadinya, asyik melekat di kuali semasa goreng. Maybe adunan terlalu lembik.

Sebelum dibentukkan dan digoreng



Yang dah digoreng

Laksam guna resepi dari Yani di myresipi

Laksam
http://www.myresipi.com/top/detail/185

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. A…

Penyejuk Tekak

Imej
Selamat Hari Raya Aidiladha.

Rainbow Pudding ni buat untuk jamuan hari raya di surau.

Kali ni berjaya dapatkan jalur-jalur yg halus...setiap warna pada permulaan letak 3 sudu besar , bila dah lebih separuh letak 2 sudu besar dan bila dah nak habis tu letak 1 sudu besar je....tapi yg bahagian last tu adunan dah agak mengeras so jadik berketul sikit.

Kalau ikut resepi asal dia suruh sengetkan loyang masa tuang setiap lapisan tapi maisya terus tuang kat tengah loyang tanpa sengetkan loyang tu macam buat kek zebra

Gula dikurangkan , resepi asal 450g gula tapi maisya guna 400g gula pasir dan 20g gula batu.

Resepi dah ada di sini: RAINBOW MARBLE PUDDING


Yang ni Daifuku ..dah pernah buat dulu tapi kali ni tambah pewarna merah sikit.

Resepinya di sini: DAIFUKU MOCHI


Kat bawah ni plak puding-puding yg buat masa bulan puasa lepas. He..he..dah berbulan baru nak letak kat sini. Resepi nak kena cari dulu, mana ntah letaknya...nanti bubuh kemudian...tengok gambar je dulu.


PUDING KASTAD
resepi dari BEBEH di F…

Hari-hari Yang Sibuk

Imej
Minggu lepas memang busy sangat...macam-macam projek ada...start dari hari Rabu, buat kek coklat kukus 1 adunan dan muffin 2 adunan. Semua ni untuk dibawa ke tadika anak esoknya tu sempena hari terakhir dia di sana. Saja deco sikit-sikit, main-main dengan ising...mulanya Maisya dah buat Swiss Meringue Buttercream sebab dengar kata buttercream ni sedap tapi bila baca balik kat blog yg Maisya ambik resepi tu, dia kata buttercream ni tak digalakkan letak di suhu bilik lebih dari 3 jam ...cancel guna buttercream tu sebab tak tau bila budak-budak kat tadika tu akan makan so buatlah buttercream biasa je. Nie je la yg mampu dibuat...tak de idea la...

Ini kek coklat kukus yg dikukus dalam bekas tau fu fah tu(microwave oven safe)...untuk cikgu-cikgu ...bunga tu entah bunga apa tak tau la...he..he..

Yang ni untuk student


Hari Khamis & Jumaat sibuk kemas rumah sebab family Maisya nak datang hari Sabtu...tak de lah kemas apa pun sebab rumah pun memang tak de banyak barang.

Hari Sabtu pergi Majlis…

Award

Imej
Dapat award ni dari Wani(http://jommainmasak-masak.blogspot.com/) dan Shima(http://shima27.fotopages.com/)

Syarat award ni seperti berikut yer:

1. Sape yang dapat award ni leh letak kat blog memasing
2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
3. Bagi award ni kat 7 orang bertuah
4. Tinggalkan ia mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kt orang tu

err...rasa macam semua org dah dapat award ni...so maisya tayang je la kat sini

Hijau

Imej
Sementara tunggu resepi baru jom tgk apa yg maisya ada tanam kat rumah...since rumah maisya tak de kawasan tanah sebab semua dah kena simen so dapat tanam dlm pasu je la. pokok kesum ni dah besar dan tinggi tapi bekasnya still guna yg kecik tu...ntah bila nak tukar ke pasu yg besar....dah tak muat dah ni.
Pokok kari, kecik lagi
Haritu beli fresh herbs kat jusco untuk masak , since satu paket tu byk so try tanam ...idup plak. Yang ni pun nak kena pindah asingkan....thyme tu dah pindahkan beberapa hari lepas ke bekas yg lain.
Daun selom...ni pun try tanam lepas beli utk buat ulam.
Kangkung ni pun saja cuba tanam dari batangnya...hidup le plak...tapi kesian sebab tak cukup tanah dia nak hidup...he..he..
Pokok kunyit yg penah hampir mati tapi hidup semula..
Nie tgh cuba nak tanam limau kasturi.

nak tanam pandan...dah cuba haritu tapi tak mau hidup...nanti nak pergi ambik lagi anak pokok kat umah mertua.

Fish Burger

Imej
Terjumpa this website: http://www.thebesthamburgerrecipes.com/ nampak cam best dan sempoi je cara dia buat burger so try buat fish burger ikut cara-cara dia( ganti daging tu dengan isi ikan). Nie hasilnya...best, juicy je jadinya.




maisya copy instructions utk buat burger tu tapi untuk tengok step by step photos kena pergi kat link asalnya.

The Best Hamburger Recipes
http://www.thebesthamburgerrecipes.com/

NOTE: This recipe IS meant to be tinkered with!

Basic Ingredients:

Any amount of Ground beef
Breadcrumbs
1 egg

Then gather whatever else you want to put in it.
I want this particular batch to be spicy and sweet so I will also be adding:

Worcestershire Sauce
Tabasco Sauce
Crushed Red Pepper

You can put almost anything into a burger, from peanut butter to fresh salsa to cheese. Experiment! What do you usually add TO your burger? Throw in some diced onions, peppers, even ketchup!

STEP 1 - Wash your hands and your countertop and plop a brick of your favorite thawed ground meat down on it.

STEP 2 - Flatt…

Malaysia + Jepun ?

Imej
Tgh malas nak type resepi so letak gambar ni...ni buat dah lama , saja gatai tgn nak combine macam ni. Nasi( campur beras pulut dengan beras biasa) + sambal tumis ikan bilis + timun, dibalut dengan nori(seaweed) dan gulung ala Temaki Zushi ok jugaklah rasa dia.

Kim's Moist Muffin

Imej
Resepi ni diperkenalkan oleh forumer Sankuriang di FNR. Ramai yg dah cuba dan hasilnya memang best! Maisya dah try pelbagai versi guna resepi ni.Nie link untuk resepi asalnya...bacalah review kat situ nanti boleh adjust kuantiti bahan yg diperlukan berdasarkan pengalaman diaorang.

http://www.bestrecipes.com.au/recipe/Kims-Moist-Muffins-L1010.html

Kim's Moist Muffins
Submitted by: Kim-Marie

Serves: 12
Preparation time: 15 minutes or less

No melting butter or beating sugar until fluffy! Easy to cook and easy to eat!

Ingredients
220 g self-raising flour (1 1/2 cups)
1/2 - 3/4 cup vegetable oil (dinasihatkan guna 1/4 - 1/2 cawan je)
3/4 cup buttermilk or regular milk (maisya guna 1 cawan buttermilk)
1/2 - 3/4 cup caster sugar
1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract
150 g added flavours (frozen raspberries, dark/milk/white choc bits, grated apple, mashed banana)

Method
Preheat oven to 180°C.
Grease muffin tins or use liners.
Mix all dry ingredients together and make a well.
Mix all wet ingredien…

Bun Coklat

Imej
Haritu beli bun coklat yg dalamnya ada inti coklat, so belek-belek bahagian ingredients dia sebab nak tau camna dia buat inti tu....bila tengok bahan-bahan dia macam nak sama dengan bahan-bahan yg digunakan utk buat chocolate sheet dalam entry maisya yg ni: Simple Chocolate Sheet
. So lepas di ubah sikit-sikit jadiklah jugak inti tu cuma pahit sikit, next time kena tambah gula or kurangkan serbuk koko dan tambah susu tepung.


BUN COKLAT

Inti:
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar air
1/2 sudu besar butter

Gaul sebati semua bahan ( kecuali butter ). Masak dengan api kecil sambil sentiasa dikacau. Masak hingga pekat. Tutup api dan tambahkan butter. Kacau hingga sebati dan adunan smooth (tambah lagi butter jika perlu). Sejukkan sebelum digunakan.
*inti ni pahit sikit, so bolehlah tambah gula sikit lagi kalau nak.


Roti:
1 1/4 cawan air suam
2 sudu kecil yis kering
1/2 cawan soft brown sugar
3 1/2 cawan tepung
3 sudu besar susu tepung
1/4 …

Sambal Kelapa

Imej
Asyik resepi kek je kan...kali ni letak resepi lauk plak.

SAMBAL KELAPA

cili merah
udang kering
kelapa parut
tempoyak

Tumbuk cili dan udang kering. Tambahkan kelapa parut dan tumbuk. Gaulkan dengan sedikit tempoyak.
Boleh makan dengan ulam-ulaman atau sumbat kat ikan cencaru dan goreng.


Strawberry Chiffon

Imej
Kek lagi?....he....he...

Resepi ni ambik kat fotopages MamaFaMi, resepi dari chef Alex Goh.



KEK CHIFFON PERASA ASAS
chef Alex Goh

Bahan-bahan :
4 kuning telur (medium size)
115 ml air
85 ml minyak sayuran
1/4 sudu teh garam
100 g gula (maisya kisar halus)
150 g tepung
1 sudu teh serbuk penaik
Maisya tambahkan sedikit Strawberry Emulco

(B)
4 putih telur (medium size)
90 g gula (maisya kisar halus)
1/8 sudu teh cream of Tartar (maisya guna jus limau nipis)

Kaedah penyediaan :

1. Tuang kuning telur, gula dan minyak sayuran ke dalam mangkuk pengadun.
2. Tambah baki bahan-bahan ramuan di (A) ke dalam mangkuk.
3. Adun (A) sehingga tida berbintil-bintil. Ketepikan sebentar.
4. Pukul putih telur di (B) sehingga lembut dan kembang. Tambah gula dan krim tartar. Terus memukul hingga pekat.(soft peak)
5. Adun (A) dan (B) sehingga sebati. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit. Segera balikkan bila dikeluarkan daripada ketuhar. Biarkan ia sejuk. Bila kek sudah sejuk, keluarkannya daripada acuan.

*Maisya bakar dgn suhu 18…

Cheesecake Squares

Imej
Ni satu lagi buah tangan yg dibawa ke majlis hari raya haritu...cheesecake dengan sponge cake sebagai base. Buat nipis je supaya senang nak makan dan boleh dapat byk sikit.

CHEESECAKE SQUARES
base:
2 telur saiz B
2 1/2 sudu besar gula halus
3 2/3 sudu besar tepung gandum
1/3 sudu besar susu tepung
2 2/3 sudu besar butter(dicairkan)
1/3 sudu teh baking powder
1/3 sudu teh esen vanilla
1/3 sudu besar ovalette

-panaskan oven suhu 170 C, api atas dan bawah.
-alaskan loyang dengan kertas minyak hingga menutupi keseluruhan loyang( termasuk bahagian tepi-tepinya )
-pukul dengan high speed semua bahan kecuali butter selama 5-7 minit, hingga gebu dan pekat
-tambahkan butter cair dan kaup balik(fold in) hingga sebati.
-tuangkan ke dalam loyang(maisya guna loyang 9 inci x 10 inci)
-bakar selama 20 minit( di rak tengah ).
-setelah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan.
-setelah sejuk masukkan semula kek ke dalam loyang( sekali dengan kertas minyak )

cheesecake:
200gm homemade cheese - boleh guna cream cheese
1 bek…

African Marble Cake

Imej
Resepi ni dah lama simpan tak buat-buat ....weekend baru ni ada majlis hari raya kat taman tempat maisya tinggal ni so buat kek ni untuk dibawa ke sana. Sangat-sangat puas hati dengan kek ni, buatnya pun tak susah.



AFRICAN MARBLE CAKE
Sumber: Roshayati Johari @ RNet

Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri (maisya guna tpg biasa + 3 sudu kecil baking powder)
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit (maisya guna 6 biji telur size B)
1 camca besar ovallate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-caranya:
1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan selebihnya dalam loyang. (maisya guna loyang 4 segi 20cm x 20cm x 5.6cm).Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan.
4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh lo…