Bun Coklat

Haritu beli bun coklat yg dalamnya ada inti coklat, so belek-belek bahagian ingredients dia sebab nak tau camna dia buat inti tu....bila tengok bahan-bahan dia macam nak sama dengan bahan-bahan yg digunakan utk buat chocolate sheet dalam entry maisya yg ni: Simple Chocolate Sheet
. So lepas di ubah sikit-sikit jadiklah jugak inti tu cuma pahit sikit, next time kena tambah gula or kurangkan serbuk koko dan tambah susu tepung.


BUN COKLAT

Inti:
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar air
1/2 sudu besar butter

Gaul sebati semua bahan ( kecuali butter ). Masak dengan api kecil sambil sentiasa dikacau. Masak hingga pekat. Tutup api dan tambahkan butter. Kacau hingga sebati dan adunan smooth (tambah lagi butter jika perlu). Sejukkan sebelum digunakan.
*inti ni pahit sikit, so bolehlah tambah gula sikit lagi kalau nak.


Roti:
1 1/4 cawan air suam
2 sudu kecil yis kering
1/2 cawan soft brown sugar
3 1/2 cawan tepung
3 sudu besar susu tepung
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
garam
1 sudu besar butter
1 sudu besar vegetable shortening

-Larutkan gula dalam air dan masukkan yis. Biarkan hingga berbuih.
-Campurkan tepung, susu tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Gaul rata.
-Tuangkan larutan gula dan yis. Gaul rata hingga jadi doh.
-Tambahkan butter dan shortening dan gaul rata.
-Uli hingga adunan elastik (15 minit - atau lebih )
-Peram hingga adunan naik 2 kali ganda
-Tumbuk adunan dan uli sebentar untuk buang angin
-Bahagikan doh kepada 12 bahagian kecil. Rehatkan doh 10 minit.
-Ambil satu bahagian doh dan leperkan, isikan inti dan tutup dengan kemas. Susunkan atas loyang yang dah digris. Ulang hingga habis semua adunan.
-Rehatkan hingga naik 2 kali ganda dan bolehlah dibakar.Maisya bakar dengan suhu 175C guna api atas dan bawah selama 20-25 minit.
-Sebaik sahaja keluar dari oven sapukan permukaan roti dengan butter.


Ulasan

Kak Amal berkata…
Salam maisya,
Rajinnya ber expariment..menjadi pulak tu...anak2 mesti suka makan ni..kalau beli bun coklat gardenia dah berapa ringgit..lebih baik buat sendiri kan..
Bal aka Zai berkata…
Rajinnya Kak Maisya
MyLilBundle berkata…
eh kak maisya tgk inti akak tu tingat kt roti sweetie inti cokelat..my fav dulu time uni ari2 mesti mkn wat bekfast! menjadi laaa nampaknyerr inti tuuuu :-P
Maisya berkata…
kak amal,
betui tu kalau buat sendiri memang jimat tapi kena rajin la

bal,
biasa je

shima,
samalah kita shima akak pun suka roti sweetie tu..memang dah nak hampir sama dah inti tu.
zana @ ros hassan berkata…
rajinnya le maisya ni...terai itu ini...akak ni kalau wat coklat filling men beli je hahahaha.
Maisya berkata…
kak zana,
lebih suka buat kalau benda tu boleh dibuat lagipun jimat duit sikit( maklumlah maisya ni zero income..he..he..)
Reen berkata…
Salam Maisya.
akak nak sikit. klu i uli the doh malam ni utk esok pagi, kena masuk the doh dlm peti ais ke. or leh just leave it outside je.
Maisya berkata…
kak Reen,
kena simpan dalam peti ais...maisya selalu bungkus dengan cling wrap lepas tu letak dlm tupperware (yg lebih besar dari saiz doh),dan letak kat bahagian freezer kalau nak biar semalaman sebab kalau kat bawah tu dia still mengembang gak. Esoknya keluarkan dan biar dia lembut sikit baru uli semula dan bentukkan.
Reen berkata…
ok thank u maisya.
. berkata…
Salam Maisya, Terima kasih keran sudi kongsi ilmu kat blog ini. Semoga Allah murah rezeki dan tambah ilmu. Amin