Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

cooking video

last week ada problem dgn internet connection...byk le resepi yg belum dpt update..malas le plak jadiknya...nie nak share beberapa video yg menarik How to make cheese http://youtube.com/watch?v=jBPYopcoeqs How to make toufu(tauhu) http://www.youtube.com/watch?v=3kARjk3k3EY How to knead dough(for bread) http://youtube.com/watch?v=-nPLsaMaGyM http://youtube.com/watch?v=dWj8oHMPFm0 How to shape dinner rolls http://youtube.com/watch?v=RU4taKontMg How to shape braided bread http://youtube.com/watch?v=peBLtCEOlA0 How to make croissant http://youtube.com/watch?v=JpIx0th5tgg http://youtube.com/watch?v=6a-Re9w_RMA Selain di youtibe, boleh jugak carik video masakan di VIDEOJUG

7th Wedding Anniversary

Imej
22hb June, my wedding anniversary...every year memang tak de apa-apa celebration or hadiah pun...tapi every year maisya akan buat kek. Rasanya tiap-tiap kali pun maisya mesti buat kek coklat..he...he..senang dan sedap! Seperti biasa tangan tu gatai nak main-main icing...sekali-sekala dpt peluang kan...nie lah kek utk tahun ni. Untuk kek tu guna resepi Kek Coklat Kukus Zaiima , dilayerkan dengan buttercream koko...topping dgn coklat, keliling tu letak kacang tumbuk( kacang tanah je..he.he..tak de stok badam )...tulisan '7th' tu pun gunakan kacang jugak( tak cukup buttercream sebenarnya nak tulis ). Bunga (bunga ros yg huduh) dan daun tu guna buttercream. Actually masa buat bunga ros tu rasa macam buruk je so ingat nak buat ros style swirl tu je sekali tu carik-carik nozzle bentuk star tak jumpa....entah manalah perginya, entah-entah dah terbuang sekali masa buang piping bag the last time guna haritu...hu...hu...nozzle tu beli masa zaman bujang lagik tu...sayangnya, nan

Slice Cheese Chiffon

Imej
Sempena Hari Bapa yg lalu, cuba resepi yg ni...resepi yg agak low cost sikit( barang semua mahai skrg so kena jimat cermat ). Ni kali kelima maisya buat kek chiffon..still tak perfect jugak...atasnya merekah dan jugak kecut sikit tapi still tegap jugaklah bentuknya. Bila agaknya baru dapat buat kek chiffon yg betul-betul cantik...kena cuba lagi dan lagi. Rupa bahagian atas yg tak cun, merekah! Rupa bahagian bawah, nampak kek mendap sikit. Slice Cheese Cake http://cookpad.com/mykitchen/recipe/465020/ Bahan A 80ml susu segar 3 keping cheese( yg jenis slice tu ) Bahan B 3 kuning telur 40g gula halus 80g tepung kek -diayak 40ml minyak(maisya guna minyak jagung) 2 sudu besar jus lemon(maisya guna jus limau kasturi) Bahan C 3 putih telur 40g gula halus 1-Panaskan bahan A di dalam periuk hingga cheese cair( jangan biarkan susu mendidih, guna api kecil dan kacau selalu). Sejukkan. 2-Pukul kuning telur bersama dengan gula hingga sebati. Tambahkan campuran susu dan cheese (yg dah sejuk). Gaul s

Okara Cookies

Imej
Nie dia resepi yg guna okara(hampas kacang soya)...actually, maisya ada try 2 resepi tapi yg first tu tak jadik ...hu...hu...rasanya sebab okara tu terlalu lembap ! Nasib baik resepi tu cuma guna combination of okara dan gula je..tak delah rasa membazir sgt( tapi makan jugaklah sampai habis cookies tak jadik tu...hu..hu..). Resepi yg kedua ni best...lagipun okara tu digoreng dulu tanpa minyak sampai kering baru digunakan..sedap tau. Resepi ni tak dpt byk sgt..haritu maisya doublekan adunan. Okara Cookies http://cookpad.com/mykitchen/recipe/540782/ 50g tepung gandum -diayak 50g okara kering 10g tepung jagung -diayak 50g butter( dibiarkan pada suhu bilik ) 30g gula halus -Utk dapatkan okara kering , ambik lebih kurang 120-130g okara(yg lembap tu) dan goreng tanpa minyak hingga kering dan berderai, jgn sampai hangus plak, setakat brownish sikit je.Lama jugak ambik masa..dekat 20 minit ..lepas tu baru sukat ambik 50 g je. Memang lepas kering, berat okara tu akan berkurang lebih kurang sepa

Homemade Tauhu

Imej
Lepas dah buat air soya, try buat tauhu plak...sejak terbaca cara-caranya yg sempoi kat fp sue , memang dah plan nak buat. Bila dah berjaya buat air soya sendiri maisya pun ambik sikit air soya tu(masa tgh-tgh panas lagi) dan campurkan dengan cuka sikit-sikit sampai le dia mendadih. Lepas tu tapis,perah dengan kain dan tindih dengan benda berat utk keluarkan lebihan airnya. Menjadik jugak...tak sangka. Tapi tauhu ni keras sikit, tak macam kat kedai tu still boleh goyang-goyang sikit tauhunya. Maybe sebab buat sikit dan nipis je, nanti akan cuba buat dlm kuantiti yg banyak plak. Haritu maisya memang buat sikit sebab nak try dulu so dapat le seketul kecik je.Tak bubuh dlm acuan apa-apa so bentuknya bulat. Lepas tu maisya potong 4 dan goreng. Dah goreng tu hiris nipis plak sebab nak tabur atas kuey teow.

Air Soya

Imej
Dah lama teringin nak buat air soya sendiri tapi selalu terlupa nak beli kacang soya. Haritu pergi supermarket ternampak kacang soya ni terus beli 1kg. Byk projek boleh buat dgn kacang soya ni ...buat permulaan, kita buat air soya dulu... Fresh soya beans & okara(hampas kaca soya) resepi oleh: yani@myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/1680 Bahan-bahan ( menghasilkan +/- 1 liter ) 200g kacang soya 6 cawan air Cara-cara Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu. *maisya tak sure, lepas rendam tu dia toskan dulu ke or terus kisar sekali dgn air tu.

Penang Char Kuey Teow

Imej
Sebenarnya tak pernah makan pun Penang Char Kuey Teow ni maklumlah maisya jaaaraaang sangat pi keluar makan kat kedai so byk jenis masakan yg tak berapa tahu. ... Nie ada resepi utk buat paste CKT ni sekali. Boleh buat dan simpan dalam petiais, bila nak masak senang sikit kerja. Maisya dah cuba, sedap tapi tak taulah sama ke tak dengan yg kat kedai sebab tak pernah beli. Maisya buat just basah sikit tak bubuh air byk so tak berkuah. Nie CKT pastenya Untuk kuey teow tu maisya guna resepi yg ni : HOMEMADE KUEY TEOW Tapi agak malang haritu...masak tgh gelek bagi nipis doh tu, mesin mee tu rosak le plak...dah stuck, tak mo pusing...uhuk..uhuk...nasib baik dah gelek nipis semuanya cuma nak gelek lagi sekali utk ketebalan yg paling nipis tu cuma sempat siap 2/3 je so hasilnya, ada yg nipis ada yg tebal tapi oklah jugak. Nasib baik jugak part utk juraian mee tu tak rosak kalau tak kena guna pisau je la. Dah suruh hubby tgkkan , dah bukak mesin tu tapi tak tau tang mana yg rosaknya...terpaksal

Roti John Goreng

Imej
Cuba Roti John versi goreng plak. Kalau boleh salut nipis je dgn batter tu so tak ambik byk masa utk goreng...kurang le serap minyaknya. Untuk inti pun gunakan hanya sedikit minyak utk tumis segala tu...kalau dah terbyk minyak inti tu letak atas tapis dan biarkan sekejap untuk buang lebihan minyak. Roti John Goreng che'iza@myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/4505 Bahan-bahan ( 6 biji ) 6 buku roti hotdog * INTI * 150 gm daging cincang 150 gm kentang di potong dadu 1/2 labu bawang besar di potong dadu 2 biji bawang puting cincang halus 1 sk serbuk cili 2 sb serbuk kari daun sup cincang halus, sedikit garam n gula * BATTER * 100 gm tepung gandum 1 sb tepung beras 1/2 sk baking powder 2 sb telur (dlm 1/2 biji) 180 ml air 1 sb serbuk ketumbar & jintan (optional) sedikit lada sulah n garam Cara-cara Untuk inti: tumis bwg besar n bwg putih hingga kekuningan. Masukkan serbuk cili n serbuk kari, tumis garing. Masukkan daging cincang dan kentang. Kacau rata biar masak keri

Laksa..my mom's style

Imej
My family punya kuah laksa simple jer tak guna banyak bahan..dari kecik dok makan yg ni so memang sedaplah...orang lain tak tau lah kan. Kat kg Maisya - Kuala Kangsar, mee utk laksa ni dibuat dari tepung gandum...biasanya kat tempat lain laksa ni guna tepung beras kalau tak salah. Rasa dia nak sama macam udon( dulu kat Jepun memang guna udon utk buat laksa ) so maisya guna resepi utk udon utk buat laksanya. Resepi boleh check kat sini: UDON . Untuk kuahnya plak: KUAH LAKSA Ikan kembung( ikan sardin pun ok ) Bawang besar Cili kering( rendam dlm air panas ) Bunga kantan Daun kesum Asam keping -ikan dibersihkan dan direbus dengan air yg banyak bersama asam keping hingga masak. -keluarkan ikan ambil isinya sahaja(asingkan tulang-tulangnya) dan masukkan dalam blender, tambah air rebusan tadi secukupnya dan kisar sampai hancur. -Tuang semula ke dalam periuk yg berisi air rebusan tadi -Kisar bawang dan juga cili , tuang ke dalam periuk tadi. -Tambah lagi asam keping, daun kesum dan bunga kant

Oden

Imej
Oden ni sedap makan masa winter tapi kat malaysia bila-bila pun boleh je...ni lebih kurang macam Yong Tau Foo le. Selalunya kalau Jepun di supermarket tu dah jual paket-paket utk buat oden ni. Tinggal balik rumah masak supnya dan bubuh le segala benda dlm tu. Utk sup selalunya guna dashi, kicap je. So maisya just rebus ikan bilis lepas tu tambah le kicap sesedap rasa. Tambah garam dan gula kalau nak. Bahan-bahan kali ni maisya letak kentang & carrot(yg dah direbus separuh masak terlebih dulu), fishball(yg ni beli), ganmodoki, kamaboko, chikuwa, dan abura age. Kamaboko dan chikuwa tu sebenarnya kena guna ikan yg isi putih tapi maisya buat guna ikan kembung jer...saja je nak try...kalau beli tenggiri tu mahal le plak. So rupa dan rasa dia tak sama le dgn yg sepatutnya. Chikuwa plak guna bahan yg sama dengan kamaboko cuma balut kat chopstick dan kukus lepas tu grill plak sekejap. Abura age tu tak menjadik...resepi just suruh potong nipis tauhu, keringkan dan goreng. Tapi tak jadik le

Pandan Marble Bread

Imej
Yang ni, Maisya ubahsuai sikit resepi yg guna utk 65C TangZhong Method PANDAN MARBLE BREAD Untuk Pandan Sheet: 2 sudu besar tepung gandum 4 sudu besar gula 4 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar santan pekat(maisya guna santan kotak Ayam Brand) 4 sudu besar air daun pandan( dari beberapa helai daun pandan) pewarna hijau( jika perlu) 1/2 sudu besar minyak Campur semua bahan kecuali minyak dan kacau hingga betul-betul sebati( tapis jika perlu ). Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi pekat(thick paste). Tutup api. Tambah minyak dan kacau hingga sebati( mula-mula memang susah nak sebati tapi terus kacau je) ( sila refer gambar ) Sejukkan sebentar. Masukkan ke dalam plastik zip lock( maisya guna yg saiz S ) atau plastik biasa pun boleh juga. Gelek adunan hingga memenuhi semua ruang plastik tu. (sila refer gambar) Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan. Gunting keliling plastik untuk keluarkan dari plastik tu. Untuk adunan TangZho

Apam

Imej
Dah cuba buat pelbagai jenis apam gula merah yg guna tepung gandum, yg ni lain sikit sebab ada campuran tepung beras. Maisya buat dia macam kering dan keras la...tak tau le silap maisya or memang sepatutnya jadik macam tu. Prefer yg guna tpg gandum sahaja. APAM GULA MERAH http://yummylicious-jun.blogspot.com/2007/07/apam-gula-merah.html 60gm gula merah 40gm gula 150ml air 2 daun pandan jerang semua hingga mendidih, tapis n sejukkan. bahan yis:- 125ml air suam 1 sudu teh gula 1 1/2 sudu besar yis campur air suam ngan gula, pastu campurkan yis. bahan tepung:- 240gm tepung gandum 40gm tepung beras garam satukan bahan tepung ngan air gula n campuran yis tadi. tuang dalam loyang yg disapu minyak sket. biar kembang. kukus 15-20min. (make sure isi dlm loyang tu jgn penuh ye..1/2-3/4 sbb pastu dia kembang..) Before ni dah pernah cuba resepi dari Cranko21( FNR ) ...lebih kurang je tapi ada yg jadik berat kat bahagian bawahnya walaupun atasnya dan kembang mekar. Yang tak kembang pun ada tapi yg

Chocolate Chiffon

Imej
2 hari lepas cuba buat chocolate chiffon, tak berapa menjadi. Atasnya merekah sikit dan jugak kecut sikit lepas dah sejuk. Masa tonggengkan acuan tu kek tu terkeluar le plak walaupun tak griskan acuan pon. Bila potong nampak masih lembap sikit so I guess tak cukup masak lagi. Haritu utk pandan chiffon guna suhu 160 C, api atas dan bawah selama 45 minit dah elok masak so ingatkan oklah. Patut tambah lagi 5-10 minit rasanya utk chocolate chiffon ni...resepi pun suruh masak sampai sejam, tu la degil..he..he.. p/s: baru beli acuan chiffon weekend haritu, size 20cm(RM 13.90) je sebab oven kecik...kalau lebih dari tu tak muat dah. Maisya guna resepi dari blog Yochana. Chocolate Chiffon Cake http://auntyyochana.blogspot.com/2006_08_01_archive.html Ingredients: 4 Egg yolks 40 gm. cocoa powder 130 ml. water 130 gm. sugar 1/4 tsp. salt 150 gm. cake flour -maisya guna tpg biasa, keluarkan 1 tbs dan ganti dgn 1 tbs tpg jagung 1 tsp. Baking powder 85 gm. Cornoil 4 Egg white 90 gm. Sugar 1/8 tsp. Cr