Penang Char Kuey Teow

Sebenarnya tak pernah makan pun Penang Char Kuey Teow ni maklumlah maisya jaaaraaang sangat pi keluar makan kat kedai so byk jenis masakan yg tak berapa tahu. ... Nie ada resepi utk buat paste CKT ni sekali. Boleh buat dan simpan dalam petiais, bila nak masak senang sikit kerja. Maisya dah cuba, sedap tapi tak taulah sama ke tak dengan yg kat kedai sebab tak pernah beli. Maisya buat just basah sikit tak bubuh air byk so tak berkuah.

Nie CKT pastenya





Untuk kuey teow tu maisya guna resepi yg ni : HOMEMADE KUEY TEOW
Tapi agak malang haritu...masak tgh gelek bagi nipis doh tu, mesin mee tu rosak le plak...dah stuck, tak mo pusing...uhuk..uhuk...nasib baik dah gelek nipis semuanya cuma nak gelek lagi sekali utk ketebalan yg paling nipis tu cuma sempat siap 2/3 je so hasilnya, ada yg nipis ada yg tebal tapi oklah jugak. Nasib baik jugak part utk juraian mee tu tak rosak kalau tak kena guna pisau je la. Dah suruh hubby tgkkan , dah bukak mesin tu tapi tak tau tang mana yg rosaknya...terpaksalah cuti sekejap dari buat mee ni buat sementara waktu. Nanti nak try bukak sekali lagi dan bedah siasat..he..he...





Penang Char Kuey Teow
resepi oleh che'iza@myresipi.com
http://www.myresipi.com/top/detail/4513

Ni resepi paste tuk buat Char Keuy Teow.......

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* U TK MEE *
300gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

UTK PASTE-
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg msk nak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust
**kalau utk yg kering tak yah buh air n kurangkan sikit paste tu
**kalau tak masuk petis pati ikan bilis tu tambah 1sb lg jd 3sb




Ulasan

Bal aka Zai berkata…
kak maisya, sedap tak penang charkuew tiaw..bal tak pernah makan.tapi asyik terpandang gambar ni kecur lak..hu.hu
Maisya berkata…
bal,
samalah kita tak pernah makan. Sedap sebab ada letak byk bahan dlm tu berbanding dgn yg selalu akak buat....selalu akak buat kuey teow just guna bawang putih, cili boh, kicap, kerang dan taugeh jer
Linda berkata…
ada ada jya maisya..nie..nandemo jibun de tsukurareru ne...buat kak linda nak mencuba ja..tapi bila yaaaa?akan ku cuba gak...
Maisya berkata…
kak linda,
cubalah , sempoi je.
ram berkata…
Salam 1 Malaysia sumua :)

Sapa nak makan cha koi teow sedap ala-ala penang ori punya mai kak rahmah ajaq, semua mau kena cara baru dia sedap, xleh silap sikit na!

Mau ada

1. Gas regulator yang bulih ejas gas bagi banyak (api besaq)
2. Kuali kawah 13-14 inci yang ada tangkai kayu/plastik baguih lagi

Cara goreng (sepinggan saja sekali goreng baru syok)

1. Pasang api besaq, Masuk minyak sikit (2-3 sudu)
2. Dah cukup panaih masuk udang besaq 2-3 ekoq (goreng sesedap rasa)
3. Agak2 udang da ok, ketepikan sikit udang tu, buang sikit minyak sampai tinggai 1 sudu (tak mau buang pun xpa ikut suka hangpa)
4. Masuk [b]cabai mesin[/b] setengah cawan (tang ni kena jaga takut tebakaq bulu-bulu hangpa, api naik tinggi woo)
5. Masuk kerang sejemput kecik, toge sejemput besaq, kucai sejemput haluih, kacau bagi cabai masak n sebati ngan bahan2 tadi
6. Masuk la pulak sejemput koteaw, pakai yang haluih (yg depa buat koteaw sup tu) lagi ok, kacau lagi sambe2 katoq kuali ngan sudit tu bagi gempaq sikit weh
7. Bagi bahan2 tu tepi ckit, pecah teloq sebiji, jangan lupa basuh dulu nanti x lalu abe nk makan, cepat-cepat boh [b]kicap koteau special[/b] secawan sambe kacau teloq bagi sebati ngan kicap koteau tadi (nak kuah lebih tarok lebih, nak kerin bagi kureng lar kicap tu)
8. Jangan biaq lama (berapa saat), dah mesra kicap ngan teloq, hangpa padam api

Masuk pinggan dah bulih pekena chakoteau penang punya

KOMEN KAK RAHMAH LAGI

Sebenaqnya nak goreng cakotiau ni x susah, laki kak rahmah yang tak penah pegang suditpun dah pakaq masak cakotiau la ni, Rahsia sedap x sedap cakotiau ni letak kat kicap/sos dia. Kak rahmah buat sendiri kicap cakotiau dengan cabai sekali, insyaAllah bukan nak sombong tapi buleh la saing dengan hat kat matang pauh ka bukit mentajam ka sungai dua ka insyaAllah buleh cuba.

Sapa-sapa nak cuba kicap cakotiau kak rahmah bulih hubungi kak rahmah di 013-7790417 (kak rahmah prefer sms na), yang nak meniaga dialu-alukan
Maisya berkata…
kak rahmah,

terima kasih bagi tips ...nanti bolehlah dicuba.
writer is writing berkata…
Hi Misya,

sy seve resepi char keow teow n drop by dkt blog maisha..sy cube sebijik n adjust ala2 mcm org dkt kedai masak le kunun....sedap....sgt!!! Thanks...tau. kalo dh ade paste..bile2 je, bole msk keow teow, sekejap je...xsampai 10 min dh siap.
Maisya berkata…
luna dear,
glad that you like it.