Pandan Marble Bread
Yang ni, Maisya ubahsuai sikit resepi yg guna utk 65C TangZhong Method
PANDAN MARBLE BREAD
Untuk Pandan Sheet:
2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar santan pekat(maisya guna santan kotak Ayam Brand)
4 sudu besar air daun pandan( dari beberapa helai daun pandan)
pewarna hijau( jika perlu)
1/2 sudu besar minyak
Campur semua bahan kecuali minyak dan kacau hingga betul-betul sebati( tapis jika perlu ).
Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi pekat(thick paste).
Tutup api.
Tambah minyak dan kacau hingga sebati( mula-mula memang susah nak sebati tapi terus kacau je) ( sila refer gambar )
Sejukkan sebentar.
Masukkan ke dalam plastik zip lock( maisya guna yg saiz S ) atau plastik biasa pun boleh juga. Gelek adunan hingga memenuhi semua ruang plastik tu. (sila refer gambar)
Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Gunting keliling plastik untuk keluarkan dari plastik tu.
Untuk adunan TangZhong:
250ml air
50g tepung gandum/tepung roti
Kacau hingga sebati dan masak dengan api kecil sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi sedikit pekat( adunan masih dlm keadaan cecair tetapi pekat ). Sejukkan sebelum digunakan. Lebihannya boleh disimpan di dalam peti ais, tahan selama 3 hari( buang jika adunan sudah bertukar warna )
Untuk doh roti:
500g tepung gandum/tepung roti
2 sudu besar susu tepung
160g adunan TangZhong
110 ml air suam
100 ml santan pekat(maisya guna santan kotak Ayam Brand)
garam
50g gula
1 paket(11g) yis kering
50g mentega
Bancuh gula dengan air suam dan tambahkan yis, biar hingga yis berbuih sebelum digunakan.
Campurkan tepung, susu tepung, garam dan gaul rata. Buatkan lubang ditengah-tengahnya dan tuangkan adunan yis tadi, adunan TangZhong dan santan pekat.
Gaul rata sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambahkan mentega dan uli hingga rata.
Uli doh hingga elastik kira-kira 15 minit.
Rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda.
Buangkan angin dan uli sebentar. Balut dengan cling wrap dan masukkan dalam bekas bertutup.
Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku selama sekurang-kurangnya sejam.
Keluarkan dan canai bentuk empat segi panjang( lebarnya 2 kali ganda lebar pandan sheet, tingginya lebih sikit dari tinggi pandan sheet)
Letakkan pandan sheet ditengah-tengah dan balut. Boleh lihat gambar di bawah untuk langkah-langkah seterusnya. (klik gambar ni utk lihat gambar yg lebih jelas)
<
kemudian bolehlah dibentuk ikut kesukaan masing-masing
Yang ni menggunakan resepi yg sama macam haritu 65C TangZhong Method, cuma maisya tukar resepi utk chocolate sheet tu kepada yg lebih simple bahan-bahannya. Hasilnya tak mengecewakan cuma pecah-pecah sikit masa proses melapis dan mencanai.

Simple Chocolate Sheet
resepi asal dari cookpad.com tapi dah tukar sikit
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar air
Campur semua bahan dan kacau hingga betul-betul sebati( tapis jika perlu ).
Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi pekat Sejukkan sebentar.
Masukkan ke dalam plastik zip lock( maisya guna yg saiz S ), plastik biasa pun ok. Gelek adunan hingga memenuhi semua ruang plastik tu.
Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Gunting keliling plastik untuk keluarkan dari plastik tu.
Resepi ni menghasilkan lebih kurang 80g chocolate sheet.
Ulasan
gilerrr best roti kali nih....sedap tui nampak gulung2 tuh...kalau i dok sblh umah akak mesti ari2 dpt mkn roti fresh (bkn niat nk ngedeng tp nk order yerrr) ahaks!
jangan tertipu..tu bukan semua akak buat dlm minggu ni....yg lama pun ada jugak.
noora,
try le buat noora...
shima,
akak tgh mabuk dok buat style gulung-gulung tu skrg ni...ha..ha..next time tukar perisa lain plak.
alhamdulillah selagi terdaya boleh le cuba macam-macam tapi sekrang semua brg harga naik, tak boleh le nak baking selalu...hu..uh..
hanny,
beli yg dah siap ke ? kat sana memang ada jual kan. Teringin gak nak buat yg ichigo tapi mana nak cekau ichigo plak...kena cari strawberry paste nampaknya. Buat masa ni buat perasa tempatan jer la.
sue,
ho...perasa kurma yek? kurma memang sentiasa ada stok dlm petiais nanti boleh cuba jugak.
jalan2 blog TTM nampak blog nie... roti nie sgt menarik... sedapnya.... nanti I link blog nie ye....thanks