Air Soya

Dah lama teringin nak buat air soya sendiri tapi selalu terlupa nak beli kacang soya. Haritu pergi supermarket ternampak kacang soya ni terus beli 1kg. Byk projek boleh buat dgn kacang soya ni ...buat permulaan, kita buat air soya dulu...


Fresh soya beans & okara(hampas kaca soya)
resepi oleh:
yani@myresipi.com

http://www.myresipi.com/top/detail/1680


Bahan-bahan ( menghasilkan +/- 1 liter )
200g kacang soya
6 cawan air

Cara-cara
Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.

*maisya tak sure, lepas rendam tu dia toskan dulu ke or terus kisar sekali dgn air tu. Yang maisya buat haritu, maisya toskan dan baru kisar ( tambah air takat paras kacang tu masa nak kisar ). Kisar dlm kuantiti yg sikit ye senang sikit nak hancurnya.

Nie rupa okara(hampas kacang soya). Still agak lembap sebab tak larat nak perah dah.

Ulasan

Anonymous berkata…
Aslmk,
Hi what do we do with the okara? Any idea?
salam,
Aishah
Maisya berkata…
Wsalam Aishah,
I've came across quite a number of recipes that uses okara but I've only tried making cookies with it( I'll post the recipe later). You can also use it in making muffins, croquettes, nuggets and so many more. You can search for the recipes in the net because I haven't had the chance to try it all
MyLilBundle berkata…
baru ak tanya soklan samerrr..aritu i perah soya pastu syg nk buang hampas dia...tp mmg x reti nk guna tuk wat perr...nnti tepek resepi cookies tu yerr kak maisya pansi xle membazir hampas soya tuh :D
Maisya berkata…
Shima,
ok sat gi akak letak resepi tu