Laksa..my mom's style


My family punya kuah laksa simple jer tak guna banyak bahan..dari kecik dok makan yg ni so memang sedaplah...orang lain tak tau lah kan.

Kat kg Maisya - Kuala Kangsar, mee utk laksa ni dibuat dari tepung gandum...biasanya kat tempat lain laksa ni guna tepung beras kalau tak salah. Rasa dia nak sama macam udon( dulu kat Jepun memang guna udon utk buat laksa ) so maisya guna resepi utk udon utk buat laksanya. Resepi boleh check kat sini: UDON.

Untuk kuahnya plak:

KUAH LAKSA
Ikan kembung( ikan sardin pun ok )
Bawang besar
Cili kering( rendam dlm air panas )
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping

-ikan dibersihkan dan direbus dengan air yg banyak bersama asam keping hingga masak.

-keluarkan ikan ambil isinya sahaja(asingkan tulang-tulangnya) dan masukkan dalam blender, tambah air rebusan tadi secukupnya dan kisar sampai hancur.

-Tuang semula ke dalam periuk yg berisi air rebusan tadi

-Kisar bawang dan juga cili , tuang ke dalam periuk tadi.

-Tambah lagi asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Tambah air jika perlu dan jerang dengan api perlahan hingga semua sebati dan masak....lagi lama lagi bagus. Tambah garam secukup rasa.

utk bahan sampingan:

bawang merah- dihiris
timun-dihiris halus
daun salad-dihiris halus
cili merah-dihiris
telur rebus-potong 4
limau kasturi-potong 2


Ulasan

shima berkata…
mak aiiii laksa asam...ikshhh kalau kt umah bila wat laksa ni mesti satu periuk besaauuu buleh mkn 3-4 round satu kepala!! perghhhh masyukkk gilerrr hirup panazzzz2...
i kdg2 bila xde stok laksa pun guna udon gakkk tp lg sedap mee laksa kan :p
soulha,cairo berkata…
sedapnya terliur ler plak..laksa nie buat ler camner pun..sure tk tolak punya..
tuan umah berkata…
salam kak maisya,

laksa tu buat dgn gandum 100% ke?kalau mix,camna?tingin nk buat laksa tp sarang tak de.

psst...kak maisya pernh duk kt jepun yek?
Maisya berkata…
shima,
akan pun boleh sepanjang hari makan laksa jer..

sue,
betui tu

ct,
akak guna campuran tpg gandum dgn tpg ubi sikit. Yg ni buat macam mee kuning tu tak payah pakai acuan, guna mesin mee tu je.
Ha ah...pernah dok merantau kat sana kejap.
Tanpa Nama berkata…
Maaf nk tanya..
y resipi Udon 2 same cam laksa kuala kangsar ke?atau same cam y org selalu jual 2..?
npak cam menarik.insyaAllah akan cube wt 1 hari nanti..heheh
Maisya berkata…
resepi tu memang utk buat udon. Maisya saje je suka makan dgn kuah laksa sebab rasa & teksturnya lebih kurang je dgn laksa.