Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Apam

Bolu Kukus Pecah Merekah

Imej
Jumpa resepi ini di blog RIMA . Nampak sungguh gebu.Hasilnya memang tidak mengecewakan. BOLU KUKUS PECAH MEREKAH By Lisa basuki http://alleykitchen.blogspot.com/2008/07/bolu-kukus-si-penantang.html Bahan : 2 telur ( 100 g )- 250 g gula -dikisar halus 1 sudu teh ( 8 g ) ovallette 250 g tepung gandum/tepung kek 50 g tepung jagung 200 cc air biasa / air kelapa / susu / santan- 1 sudu teh Essence Vanilla 2 sudu besar Paste/emulco Coklat Cara Membuatnya : - Siapkan acuan dan alas dengan paper cup. - Panaskan kukusan - Pukul telur, gula kastor dan ovallette sampai kental, kalau sudah terasa berat, masukan sebahagian air sedikit demi sedikit - Masukkan tepung gandum dan tepung jagung berselang-seli dengan air, pukul terus sampai rata - Ambil 1/3 bagian adunan dan campurkan paste coklat, kacau rata - Sisa adunan putih ditambah essence vanilla. - Isi acuan dengan adunan putih 1/2 bahagiannya, penuhi berselang-seli dengan adunan coklat dan putih menggunakan pi...

Apam Indon

Imej
APAM INDON Resepi asal: Blackmore Forum Cari Sumber resepi: http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/04/apam-indon.html 5 biji telur 1 sudu kecil ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 300 gm tepung gandum 300 gm gula halus 250 ml susu segar atau santan 1/2 sudu kecil baking powder sedikit garam pewarna Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain. Sediakan loyang ukuran 9 inci Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper Ayakkan tepung bersama baking powder. Campurkan garam ke dalam susu. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat. Ulangi kae...

Apam Koko

Imej
Resepi di ambil dari fotopages mamaFaMi tetapi resepi asal dari blog http://serojakitchen.blogspot.com . Maisya ubah sedikit kuantiti tepung gandum dan serbuk koko. APAM KOKO resepi asal dari http://mamafami.fotopages.com/?entry=1997721 Bahan-bahan : 1 3/4 cawan tepung gandum (resepi asal menggunakan 2 cawan tepung) 4 sudu besar serbuk koko (resepi asal menggunakan 2 sudu besar) 11g yis kering 1 cawan gula 1 cawan air Method : 1. Panaskan pengukus. 2. Ayak tepung dan serbuk koko. Gaul bersama yis. 3. Campurkan gula dengan air dan tuang ke dalam bahan kering. Gaul rata. Adunan adalah sangat pekat. 4. Rehatkan lebih kurang 20 minit. 5. Alas acuan dengan papercups atau griskan dengan minyak. 6. Isikan adunan ke dalam acuan hingga penuh. 7. Kukus dengan api besar selama 5 - 6 minit.

Apam Polkadot

Imej
APAM POLKADOT Sumber resepi: Shelly@myresipi.com http://www.myresipi.com/top/detail/12857 Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium ) 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar@susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa pewarna Cara-cara -masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang -bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan -masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag -picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja -letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan -picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. -last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit @ sehingga masak

Zutto Fuwa-fuwa Mushipan

Imej
He..he..tajuk kali ni dlm Japanese....resepi ni ambik dari cookpad.com, website resepi yg popular di Jepun. ** Zutto=sentiasa/always, Fuwa-fuwa=gebu/fluffy, Mushipan=apam(?) /steamed bread (cake) ** Secara ringkasnya bolehlah dikategorikan sebagai apam. Resepi ni memang mudah, bahan pun tak byk dan gerenti dpt hasil yg mekar/tersenyum lebar. Zutto Fuwa-fuwa Mushipan http://cookpad.com/recipe/747785 160 tepung kek(maisya selalu guna tepung gandum biasa je) 40g serbuk koko 2 sudu teh baking powder 100g gula halus 200 ml susu segar 4 sudu besar minyak 80g coklat chips 1.Panaskan kukusan. 2.Satukan gula, susu segar dan minyak. 2.Di dalam bekas lain, ayak dan gaul rata tepung, serbuk koko, serta baking powder. Campurkan kepada bahan dalam langkah 2. Kacau rata hingga smooth. 4.Tambahkan coklat chips dan gaul rata. 5.Alaskan acuan dengan papercups dan tuang adunan. 6.Kukus dengan api yang besar selama 10 minit Gambar bawah ni maisya guna milo ganti serbuk koko Yang ni plak tak letak coklat ...

Apam Lenggang

Imej
Nie antara kuih yg selalu dibuat utk sarapan. Selalunya guna tepung gandum sepenuhnya tapi kali ni cuba guna separuh tepung gandum dan separuh tepung beras. Tapi...anak-anak tak berapa minat plak yg campur tepung beras ni. Selalunya diaorang laju je makan. So lepas ni kena guna tepung gandum je. Maisya belum pernah letak ke resepi Apam Lenggang ni ye? Rasanya macam pernah post...tapi cari tak jumpa plak. APAM LENGGANG resepi dari mak sedara Bahan A 2 cawan tepung gandum ( atau 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung beras ) 2 sudu teh yis kering 1/2 cawan gula ( boleh kurangkan jika mahu ) 1 1/2 cawan air Bahan B 1 telur 1/2 ~ 1 cawan santan Campur semua bahan A dalam bekas yg besar , gaul rata dengan senduk. Tambah telur (yg dah dipukul sedikit dengan garfu) dan tambah santan secukupnya sehingga dapat adunan cair( agak-agak supaya nanti boleh dilenggangkan dalam kuali ...kalau cair sgt pun tak boleh, pekat sangat pun tak sesuai ) Peram adunan sekurang-kurangnya 1/2 jam. Sapu sedikit...

Coconut Blossom

Imej
Ada pelbagai versi resepi ni kat internet , yang Maisya buat ni secara asasnya guna resepi apam mekar kak Liza(berbeza sikit pada kuantiti ovalet yg digunakan) cuma ditambah inti kelapa je. Ini resepi yg dah diolah oleh Lady _Aries dari forum cari. COCONUT BLOSSOM Bahan 250 gm gula 2 biji telur sejuk 1 sudu kecil esen vanilla 200 ml santan / susu cair / susu segar 300 gm tepung gandum 1 sudu besar ovalette pewarna merah dan hijau acuan kertas Cara 1. Panaskan kukusan 2. Pukul gula, telur dan ovalet sehingga kembang dan gebu. 3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi. 4. Masukkan tepung gandum dan susu. Pukul lagi sehingga gebu. 5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. 6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan. 7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag setiap warna yg berlainan. 8. Picitkan sedikit adunan kedalam acuan kertas. Letakkan inti dan picit lagi adunan ke atasnya. 9. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api yg besar. 10. Bila telah masak angkat dan hidangkan ...

Apam Pisang

Imej
try resepi yg sempoi ni dari kak jun...alhamdulillah menjadik, lembut dan gebu je. APAM PISANG resepi dari http://yummylicious-jun.blogspot.com/2007/03/apam-pisang.html 6-7 biji pisang emas-dilenyek 4-5 sudu besar gula ( boleh kurang or lebihkan ikut kemanisan pisang ) 1 biji telur 3/4 sudu kecil soda bikarbonat 1 1/2 - 2 cawan tepung ( maisya guna tepung naik sendiri ) Gaul pisang yg dah dilenyek tu dengan gula, tambahkan soda bikarbonat dan gaul rata. Tambahkan telur dan gaul sebati. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang lebih kurang nak wat cucur pisang tu. Masukkan dalam bekas yg digris. Kukus hingga masak( 20-30 minit) ; satu cara nak tau dia masak, atas dia akan jadi soo dark brownish..kalu nak sure, cucuk aje la...kalu x lekat tu..masak la... Pernah jugak try resepi dari Diana ni...sedap! Gambar rasanya ada ambik tapi tak jumpa plak maklumlah buatnya dah bertahun-tahun dulu..ha..ha..kalau jumpa nanti maisya paste gambarnya. dah jumpa gambarnya...rasanya y...

Apam Tapai & Apam Marmar

Imej
Kat kg Maisya...famous gak apam yg letak dalam daun pisang macam ni tapi Maisya tak tau resepi dan nama sebenar apam tu...gebu dan putih melepak je apamnya. Yang ni apam tapai biasa je tapi saja alas loyang dengan daun pisang. Apam tapai selalunya guna eno tapi maisya malas nak ke kedai semata-mata nak beli eno so guna yis kering ...nasib baik jumpa resepi ni kat Fp kak Masriyah. APAM TAPAI BERAS resepi asal dari http://mariha.fotopages.com/?entry=1582325 Bahan A 1/2 cawan tepung beras ] ayakkan 1/2 cawan tepung gandum ] 1/2 cawan gula 1/2 s/kecil yis kering Bahan B 1/2 cawan tapai nasi 3/4 cawan air pewarna (jika suka) kelapa parut [muda] ] garam ] gaulkan Cara 1. Gaulkan bahan A sama rata. 2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A. 3. Bubuh pewarna jika mahu. 4. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam 5. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. 6. Sapukan minyak pada loyang/alaskan loyang dengan daun pisang dan tuangkan adunan. 7. Kukus selama 10 - 12 minit. 8. Bila telah...

Fatt Koh @ Huat Kueh

Imej
Resepi yg sangat sempoi...bahan-bahannya mudah dan hasilnya superb! Ada persamaan dengan mushi-pan yg maisya buat guna pancake mix haritu....tapi yg ni lebih sedap dan gebu. Resepi asal dari blog Lily Ng tapi maisya dah ubah sikit bahan-bahannya. Gula tu kalau rasa macam byk sila kurangkan, maisya rasa ok je. Brown Sugar Fatt Koh Ingredients: 250 gm self rising flour(maisya guna 240 gm tpg gandum + 3 teaspoons baking powder) 140 gm soft brown sugar(bukan gula merah tu tau..ni soft brown sugar yg halus tu) 100 ml air suam 150 gm santan pekat garam Method: Panaskan periuk kukus. Griskan acuan dengan minyak. Larutkan gula dalam air suam, tapis dan sejukkan. Campurkan semua bahan, whisk until thick and smooth. Tuangkan adunan ke dalam acuan hingga 90% penuh( supaya dia merekah dengan cantik). Kukus dengan api besar selama 15 minit( atau lebih jika acuannya besar ) * maisya buat dapat 8 biji saiz besar

Apam Betawi

Imej
Semalam dok belek-belek resepi cari idea nak masak apa utk breakfast...teringin nak cuba apam marble/marmar or apam indon tapi semua guna ovallete(takde stok kat rumah skrg)...so at last buat apam betawi ni....dah lama maklang(ulampegaga fotopages) post resepi tu kat FNR...few years back rasanya, baru ada kesempatan nak cuba. Maisya buat 1/2 adunan je ...rasa apam ni macam bahulu pun ada. APAM BETAWI Recipe posted by MAKLANG at FNR sumber : SAJI 3 cwn tepung gandum 1 1/2 cawan gula kasar( maisya kisar halus supaya senang sebati dgn telur) 5 biji telur 1 sk baking powder Esen vanila Pewarna merah Pukul telur+gula hingga kembang betui (kaler jadi putih dan pekat).Masukkan esen vanila.Baking powder + tepung gandum disatukan,gaul kasi rata dulu dan masukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit (kaup balik).Bahagi kepada 2 adunan, 1 asal dan 1 lagi merah.Tuang ke dalam loyang warna asal diikuti warna merah.Kukus 1/2 jam.Enak dimakan begitu saje atau bersama kelapa

Apam

Imej
Dah cuba buat pelbagai jenis apam gula merah yg guna tepung gandum, yg ni lain sikit sebab ada campuran tepung beras. Maisya buat dia macam kering dan keras la...tak tau le silap maisya or memang sepatutnya jadik macam tu. Prefer yg guna tpg gandum sahaja. APAM GULA MERAH http://yummylicious-jun.blogspot.com/2007/07/apam-gula-merah.html 60gm gula merah 40gm gula 150ml air 2 daun pandan jerang semua hingga mendidih, tapis n sejukkan. bahan yis:- 125ml air suam 1 sudu teh gula 1 1/2 sudu besar yis campur air suam ngan gula, pastu campurkan yis. bahan tepung:- 240gm tepung gandum 40gm tepung beras garam satukan bahan tepung ngan air gula n campuran yis tadi. tuang dalam loyang yg disapu minyak sket. biar kembang. kukus 15-20min. (make sure isi dlm loyang tu jgn penuh ye..1/2-3/4 sbb pastu dia kembang..) Before ni dah pernah cuba resepi dari Cranko21( FNR ) ...lebih kurang je tapi ada yg jadik berat kat bahagian bawahnya walaupun atasnya dan kembang mekar. Yang tak kembang pun ada tapi yg ...

-Apam Gula Merah -

Imej
APAM GULA MERAH resepi ambik dari fotopages rinnchan. Sedap plak apam ni...lembut plak tu, bahan dan cara pun sempoi jer..definately akan masuk dlm favourite list maisya. APAM GULA MERAH --> http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1203422 Bahan-bahan: 3 cawan air 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir *Ketiga-tiga bahan di atas hendaklah dimasak, ditapis dan dibiar sejuk. 500gm tepung gandum 1 pkt (11gm) Yis Mauripan, dibancuh dengan 1 cwn air dan sedikit gula pasir Cara-cara: 1. Panaskan kukusan. 2. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk besar ( Bila dia naik taklah melimpah2 nanti !!!)dan tuangkan bancuhan yis dan bancuhan gula. Gaul rata, seelok-eloknya menggunakan tangan. 3. Tutup bekas selama 1 jam. Dibiar adunan naik 3 kali ganda. 4. Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak. 5. Tuangkan bancuhan tepung ke dlm loyang dan kukus selama 40minit. 6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong. 7. Sedap dimakan dengan kelapa parut muda yg digaul dgn sedik...

Apam Gula Hangus

Imej
Resepi ini dah jadi resepi favourite maisya...dah banyak kali buat dan jugak diolah jadik pelbagai versi. TQ so much to xette kerana sudi kongsi resepi ni di FNR APAM GULA HANGUS recipe posted by xette at FNR 1 1/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan susu tepung 1/4 cawan gula kastor 1 biji telur 1 camt soda bikarbonat 1/4 cawan air bahan gula hangus 1/2 cawan gula pasir 1/2 cawan air Sediakan gula hangus, biar sejuk. Ayak tepung, susu dan soda sebanyak 2 kali. Pukul telur dan gula hingga kembang, Masukkan air. Tambah gula hangus dan tepung berselangseli dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam acuan yg sudah dilengser dengan minyak. Kukus hingga masak

Apam Gula Merah

Imej
Kuih ni dah lama buat...tahun lepas kot tapi terlupa nak letak kat blog ni. Apam Gula Merah....asalnya resepi apam gula hangus Xette , malas nak buat gula hangus so bubuh air gula merah jer ganti... APAM GULA MERAH 1 1/4 cawan tepung gandum 1/4 cawan susu tepung 1/4 cawan gula kastor 1 biji telur 1 camt soda bikarbonat 1/4 cawan air 1/2 cawan air gula merah(1/2 cawan gula merah + air , dimasak hingga gula larut, tapis) -Sediakan air gula merah, biar sejuk. -Ayak tepung, susu dan soda sebanyak 2 kali. -Pukul telur dan gula hingga kembang. -Masukkan air. -Tambah air gula merah dan tepung berselang-seli dan gaul sebati. -Tuangkan ke dalam acuan yg sudah dilengser dengan minyak. -Kukus hingga masak(15 minit)

Apam Pandan

Imej
Teringin nak buat apam perasa pandan...nak buat apam puteri ayu tak boleh sebab tak de ovalette so modify apam gula hangus xette jadik apam pandan..bubuh santan dan jus daun pandan. Tapi tak terasa pandan sangat sebab guna sehelai je daun pandan(malas nak pi ambik kat depan rumah sebab masa buat tu dah malam) Ni resepi yg dah diubah: Apam Pandan Bahan A 1 1/2 cawan tepung gandum 1/4 cawan gula kastor 1 biji telur 1 camt soda bikarbonat Bahan B 3/4 cawan santan, blenderkan bersama beberapa helai daun pandan dan pewarna hijau. 1/2 cawan gula pasir -Campur dan panaskan bahan B sekejap hingga gula larut. Sejukkan( suam pun ok) -Ayak tepung dan soda sebanyak 2 kali. -Pukul telur dan gula hingga kembang -Tambah bahan B dan tepung berselang-seli dan gaul sebati. -Tuangkan ke dalam acuan yg sudah dilengser dengan minyak. -Kukus hingga masak(lebih kurang 15 minit)

Apam Aiskrim

Imej
Uwaa...tension jer buat apam ni...walaupun bentuknya cute dan rasa pun sedap tapi nak buat tu leceh sikit. Kon kertas tu asyik tergolek je kat dalam periuk kukus tu, tak mau duduk tetap. Maisya buat kecik jer ada le saiz mini cornetto tu tapi buat sikit jer, yg lain tu buh dlm acuan muffin jer, senang kerja..he...he..jadikler aiskrim bentuk cup plak. maisya guna kertas minyak/baking sheet tu so dia lembik sikit. Rasanya better pakai kertas yg keras sikit kot...tapi kertas minyak ni senang le nak bukak kertas tu bila dah masak....kalau kertas yg keras tak tau le macamana ek? kertas A4 tu ok kot, keras le sikit dari kertas minyak ni. Apam Ice Cream recipe by MIL Erna posted at MamaFaMi's FP http://mamafami.fotopages.com/?entry=1100329 Bahan-bahan : 3 cawan tepung gandum 4 biji telur 2 cawan gula pasir 3/4 cawan ice-cream soda / sprite / 7up 1 sudu essence rose sedikit pewarna merah kertas secukupnya (5.5 in x 4 in) - dibuat bentuk kon Kaedah penyediaan : 1. Pukul telur + gula hingga ...

Apam Puteri Ayu

Imej
Apam puteri ayu @ seri ayu...sebab tak de acuan nyer so buat dlm acuan bahulu @ cara....dapat ler apam yg comei-comei jer...Maisya guna resepi dari Restoran Pak Amir sumbangan Mariani bt. Mat. Sedap..my favourite! Kuih Puteri Ayu Bahan: 4 biji telur 250g gula 300g tepung gandum ayak bersama 1 sudu besar serbuk penaik 1 sudu besar Ovalette 250ml susu sejat sedikit pewarna (biasanya hijau) 1/2 biji kelapa parut (putih sahaja) digaul dgn sedikit garam & tepung ubi Cara Pukul telur dgn gula hingga kembang, masuk Ovalette & pukul lagi. Masuk tepung berselang seli dgn susu - gaul rata. Sapu acuan dgn sedikit minyak, letakkan sedikit kelapa di bhg bawah acuan. Tuangkan adunan - kukus 10 hingga 20 minit.

Apam Coklat Pisang

Imej

Huat Kueh

Imej
Huat Kuih resepi dari Cranko21 di FNR Bahan A 170gm gula kastor sedikit garam 200ml water - didihkan bahan2 A di atas api sederhana dan jadikan sirap. ketepikan dan biarkan sejuk sebentar. Bahan B 300g tepung beras 1/2 sdt baking powder 200ml water 1 sdm serbuk Eno beberapa titik pewarna Cara: 1. Ayak tepung ke dlm mangkok besar dan campurkan air dan kacau rata. 2. Tuangkan air sirap yg telah sejuk tadi dan kacau lagi hingga sebati. 3. Tutup mangkok dgm kain lembab dan biarkan sekurang2nya 30 minit. 4. bagikan ke bahagian yg diperlukan (utk bubuh pewarna). 5. Panaskan calong2 mengukus di dlm pengukus selama 10 minit. keluarkan dan alaskan dgn mangkok kertas. 6. Campurkan pewarna dan sedikit eno ke dalam bahagian adunan yg mahu di kukus dan cepat2 tuangkan ke dalam mangkok2 kertas dan kukus selama 10 ~ 15 minit. jangan buka tutup pengukus sebelum 10 minit (kalau tidak apam tu tak akan mengembang dan merekah seperti bunga)