Sunday, March 25, 2012

Apam Koko


Resepi di ambil dari fotopages mamaFaMi tetapi resepi asal dari blog http://serojakitchen.blogspot.com . Maisya ubah sedikit kuantiti tepung gandum dan serbuk koko.

APAM KOKO
resepi asal dari http://mamafami.fotopages.com/?entry=1997721

Bahan-bahan :

1 3/4 cawan tepung gandum (resepi asal menggunakan 2 cawan tepung)
4 sudu besar serbuk koko (resepi asal menggunakan 2 sudu besar)
11g yis kering
1 cawan gula
1 cawan air

Method :
1. Panaskan pengukus.
2. Ayak tepung dan serbuk koko. Gaul bersama yis.
3. Campurkan gula dengan air dan tuang ke dalam bahan kering. Gaul rata. Adunan adalah sangat pekat.
4. Rehatkan lebih kurang 20 minit.
5. Alas acuan dengan papercups atau griskan dengan minyak.
6. Isikan adunan ke dalam acuan hingga penuh.
7. Kukus dengan api besar selama 5 - 6 minit.


1 comment:

Nani shuhada said...

Resipi yg menarik.. Tq for sharing