Monday, March 26, 2012

Kek Lumut



Maisya jumpa resepi ini di blog Azlita Aziz http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/kek-lumut.html. Resepi asal dari Dayang Jack. Maisya bakar kek ini menggunakan teknik baine marie selama sejam pada suhu 160 C , api atas dan bawah dan seterusnya tambah lagi 10 minit tanpa teknik baine marie pula menggunakan hanya api bawah. Bahagian atas kek ditutup dengan aluminum foil apabila dah nampak perang(lebih kurang pada minit ke 50 - 60 supaya tak hangus.

KEK LUMUT
Resepi oleh : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

No comments: